Selasa, 27 November 2012

You Tube EDU


MDeC dengan kerjasama pihak Youtube telah menandatangani satu “Memorandum Of Understanding (MoU” pada 9 Oktober 2012 di Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa untuk berkolaborasi dalam platform “YouTube EDU”.
Sehubungan dengan itu, MDeC dan YouTube telah mengadakan satu sesi pengenalan “YouTube EDU” yang bertujuan untuk membolehkan pencipta kandungan pendidikan memasarkan dan mempromosikan kandungan pendidikan mereka di laman “YouTube EDU”.
Objektif utama taklimat ini ialah untuk berkongsi bagaimana “YouTube EDU” berfungsi sebagai satu platform yang dapat membawa pendidik dan pelajar bersama-sama untuk membangunkan kandungan-kandungan yang unggul.
Taklimat tersebut telah diadakan pada Bilik Rebung 1, Multimedia Development Corporation, Cyberjaya pada 20 November 2012. Antara yang hadir pada sesi taklimat tersebut adalah Ketua Jabatan, Netizen Life Long Learning, MDeC , YBhg. Datin Dr Norrizan Razali, dan Pegawai YouTube Asia Tenggara.
Pihak Youtube juga ada memberi bayaran sekitar USD 2.00 kepada bahan video yang diupload jika rating viewers mencapai lebih 1000 viewers. Maka, melalui MoU ini, MDec berharap agar kita dapat sama berkongsi bahan pendidikan yang bermutu bagi memenuhi kehendak pembelajaran maya pada masa kini.
Antara contoh YouTube EDU yang ditunjukkan ialah di http://www.youtube.com/user/hooplakidz

Jumaat, 9 November 2012

SENARAI SEMAK PELUASAN PENGGUNAAN FROG VLE

BTPN Perak sedang melaksanakan penilaian pelaksanaan peluasan Frog VLE bagi Sekolah Champion Negeri Perak. Mohon kerjasama Sekolah Champion agar mengisi Senarai Semak Peluasan Frog VLE Sekolah Champion secara dalam talian melalui portal rasmi BTPN Perak 


http://btpnperak.moe.edu.my > Laman Utama 


Status pengisian boleh dilihat melalui portal rasmi BTPN Perak 


http://btpnperak.moe.edu.my > Laman Utama > 1BestariNet > Senarai Semak 
Senarai Semak Peluasan Frog VLE Sekolah Champion ini boleh diisi oleh Pengetua/ Guru Besar atau Penolong Kanan/ Guru Kanan atau Admin Frog VLE atau mana-mana guru bagi pihak sekolah berkenaan. Sekolah bukan Champion juga perlu mengisi senarai semak ini.

KLIK SINI UNTUK MENGISI BAGI SEKOLAH CHAMPION 

KLIK SINI UNTUK MENGISI BAGI SEKOLAH BUKAN CHAMPION

TARIKH AKHIR PENGISIAN : 16 NOVEMBER 2012 

Rabu, 7 November 2012

KAJIAN LEASING (PAJAKAN) PERALATAN ICT DARIPADA PIHAK SWASTA

Bahagian Teknologi Pendidikan sedang menjalankan kajian leasing (pajakan/sewaan) peralatan ICT ke BTP/BHG KPM/BTPN/PTPB/PKG/JPN/PPD/SEKOLAH. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap perkhidmatan peralatan ICT secara sewaan. Hasil maklum balas ini akan menjadi input untuk menambah baik inisiatif memanfaatkan penggunaan ICT berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sehubungan itu, kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG SEKOLAH DAN PENGGUNA ICT BAHAGIAN B: PENGGUNAAN PERALATAN ICT BAHAGIAN C: ISU DAN CABARAN ICT BAHAGIAN D: INTERVENSI/TINDAKAN

RESPONDED:
1 ORANG GURU ICT
1 ORANG PENTADBIR

TARIKH PENGISIAN : 6 NOVEMBER - 16 NOVEMBER 2012

KLIK DISINI UNTUK MENJAWAB

Selasa, 4 September 2012

READ2012:PANDUAN PENYERTAAN


Langkah 1: Datftar Penyertaaan Anda!
-     Lawati laman sesawang www.readtogether.com.my untuk mendaftarkan penyertaan sekolah anda sebelum 30 September 2012.
-     JANGAN GUNAKAN ALAMAT P.O. Box. Jika sekolah anda tidak mempunyai alamat surat-menyurat, sila gunakan alamat anda Pusat Kegiatan Guru atau merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri /Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri anda.
-     Scholastic akan menghantar Kit READ2012 Sekolah yang terdiri daripada penanda buku, poster, dan lain-lain kepada sekolah-sekolah yang mendaftar sebelum tarikh tutup atau, selepas kita telah mencapai 2,000 buah sekolah. Yang mana terdahulu.
-     Selepas 30 September 2012, sekolah masih boleh mendaftar untuk mengambil bahagian dalam READ2012 dan menerima 50 buku, tetapi mereka tidak akan menerima Kit Sekolah.
Lagkah 2: Hebahkan  Acara Itu Kepada Murid-Murid Sekolah Anda!
-     Edarkan bahan-bahan dalam Kit Sekolah kepada murid sekolah anda dan gantung poster di sekitar sekolah anda sekurang-kurangnya satu minggu sebelum 24 Oktober 2012 untuk memberitahu semua murid sekolah anda untuk membaca untuk acara tersebut.
-     Ingatkan murid sekolah anda  untuk membawa buku cerita pada 24 Oktober 2012 untuk dibaca pada masa acara tersebut berlangsung.
Langkah 3: Waktu Persembahan!
-     Pada 24 Oktober, sekolah perlu  menganjurkan sesi membaca di dalam kelas mereka selama 2012 saat (33.5 minit).
-     Anak-anak yang bersekolah dari peringkat pra-sekolah hingga ke sekolah menengah - boleh menyertai program pembacaan ini. Bergantung kepada keupayaan membaca mereka,  guru boleh mengatur teknik membaca – samaada membaca kuat atau berkongsi sesi membaca atau membenarkan mereka untuk membaca bahan-bahan pilihan mereka secara bebas.
Langkah  4: Selepas Upacara !
-  Hantar kepada kamu SEKEPING gambar foto  murid-murid  anda sedang membaca semasa program dilaksanakan.
-  Had maksima saiz gambar ialah 1MB.
-  Untuk muatnaik, layari www.readtogether.com.my dan klik pada punat Upload Photo
-  Scholastic akan menghantar 50 buah buku kepada sekolah anda apabila telah menerima gambar foto selepas  acara tersebut.

Selasa, 14 Ogos 2012

Program Ziarah Sempena Perayaan Hari Guru Daerah Kerian


Selasa,7 Ogos 2012 - Satu Program Ziarah Sempena Perayaan Hari Guru Daerah Kerian 2012 telah di adakan bagi membantu dan memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban dan kesusahan yang di alami oleh Guru-guru yang sakit serta keluarga bagi guru yang telah meninggal dunia. Program ini diketuai oleh Ketua Sektor Psikologi dan kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri Perak Pn.Khadijah Bt Mohd Shaari, Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, Pn.Ommi Kalsom Bt Mohamad dan Pegawai-pegawai PPD serta Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian yang turut sama bagi menjayakan Program Ziarah pada kali ini.

Program ini dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas bagi memaklumkan kepada semua yang terlibat mengenai aturcara dan hal-hal yang berkaitan bagi melincinkan perjalanan program. Selepas selesai taklimat, Program Ziarah dimulakan dengan terus ke rumah Pn.Siti Sarah Bt Ani di Taman Seri Tenggara,Parit Buntar yang mengalami masalah kesihatan kanser.sedikit sumbangan telah diberikan kepada beliau dan doa agar beliau terus tabah dan diberikan kesihatan yang lebih baik.

Program ziarah diteruskan lagi ke rumah keluarga Allahyarham Ust.Hj Hassan Bin Husin di Taman Kerian,Parit Buntar. Tahlil ringkas telah diadakan dirumah keluarga Allahyarham dan sedikit sumbangan. Kemudian,diteruskan lagi ke rumah En.Saidi Bin Majid di Sg Dungun.En.Saidi mengalami masalah penyakit kencing manis yang kritikal sehingga beliau tidak dapat melihat serta lemah pada kedua-dua belah kaki.Doa dan sumbangan telah diberikan kepada beliau agar kesihatan beliau bertambah baik dan dapat meringankan sedkit beban bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Seterusnya,program diteruskan lagi ke rumah yang terakhir bagi program ini iaitu rumah En.Ismail Hajar Bin Abdul Rahman di Taman Serai Maju,Bagan Serai. Beliau juga mengalami masalah kesihatan yang serupa dengan En.Saidi. Matanya juga tidak boleh melihat dan lemah kedua belah kakinya. Diharap beliau terus tabah menjalani ujian dan dugaan yang telah diberikan oleh Allah, sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah jua lah yang lebih mengetahui. Doa dipohon dan sedikit sumbangan telah diberikan kepada beliau.

Program Ziarah telah berakhir di sini, dan diharapkan program seperti ini akan terus diadakan lagi bagi mengingati Guru-Guru yang uzur dan sakit yang telah banyak memberikan jasa kepada Agama,Bangsa dan Negara.Akhir kata, "Terima Kasih Cikgu" dan di doakan mereka semua terus tabah menjalani kehidupan yang mendatang.

Rabu, 8 Ogos 2012

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR

Jumaat, 3 Ogos 2012 - Satu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR telah diadakan dengan kerjasama Pengerusi Sekolah Kelompok 7 iaitu En.Mokhtar Bin Mat Piah,Guru Besar Sk Dato' Alaudin. Bengkel yang telah bermula pada 31 Julai 2012 - 3 Ogos 2012, Seramai 50 orang murid telah terlibat dalam bengkel ini.Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan teknik yang betul bagi menjawab soalan di dalam peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua pelajar yang terlibat dan didoakan semoga berjaya di dalam Peperiksaan nanti.
Photobucket

Pemantauan BTPN/PKG 2012

Khamis,2 Ogos 2012 - Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) telah melaksanakan Pemantauan di Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol (PKG) bagi memenuhi kehendak Persijilan ISO. Pemantauan yang berlangsung selama 2jam setengah itu telah berjalan dengan jayanya mengikut instrumen yang telah ditetapkan. Tahniah kepada seluruh warga kerja Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol kerana telah memberi komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang Pemantauan berlangsung.

Photobucket

Selasa, 31 Julai 2012

Status Terkini Pengisian Data SSQS 2012


Status terkini pengisian data SSQS 2012. Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya mengisi data ini dengan 100% pengisian. bagi sekolah yang masih belum mengisi,perlu mengisi dan elakkan mengisi pada saat akhir bagi mengelakkan masalah 'server jam'. Sebarang pertanyaan,sila hubungi Pegawai PKG di talian 05-8904163.

Rabu, 18 Julai 2012

Pengisian Semula Data SSQS 2012

Untuk makluman pihak sekolah, data SSQS yang telah di isi pada 6 Julai yang lalu telah terbatal kerana server SSQS telah mengalami masalah teknikal yang amat serius. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah perlu mengisi semula data SSQS dengan menggunakan nombor tag yang baru. Tarikh baru bagi pengisian ini ialah pada 18 Julai - 17 Ogos 2012 bagi zon utara. Sebrang pertanyaan, sila hubungi Pegawai PKG di talian 05-8904163. Segala kesulitan amat dikesali, sekian harap maklum dan terima kasih.

Isnin, 16 Julai 2012

Laman Web Rasmi 1BestariNet


Pihak Sekolah boleh layari Laman Web Rasmi 1bestariNet untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai 1BestariNet yang sedang dipasang oleh Pihak YTL Sdn.Bhd.

Klik Sini : http://1bestarinet.net/

Jumaat, 13 Julai 2012

PENANGGUHAN PENGISIAN DATA SSQS 2012

Untuk Makluman Pihak Sekolah, Server SSQS telah mengalami kerosakan teknikal di luar jangkaan, Sehubungan dengan itu, pengisian data SSQS 2012 ditangguhkan sehingga akan diberitahu kelak. Segala kesulitan amat dikesali dan sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PKG di Talian 05-8904163. Sekian,Harap Maklum.

Rabu, 27 Jun 2012

Penarafan Sekolah Menggunakan SSQS 2012


Untuk makluman Pihak Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Penarafan Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan Pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari.

Penarafan ini akan diselaras, dipantau dan dibimbing pelaksanaanya oleh Pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini adalah pada 1 Julai 2012 - 30 Julai 2012 mengikut Zon.

Pada tahun 2012, pemverifikasian terhadap penarafan SSQS akan dilakukan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) bersama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) ke sekolah-sekolah. Pemverifikasian ini akan dijangka dilaksanakan pada 9 September 2012 - 21 September 2012.

Sehubungan dengan itu,mohon kerjasama semua pihak sekolah terutamanya Guru Penyelaras Bestari ,Guru ICT dan Juruteknik Komputer sekolah untuk memastikan Pengisian penarafan SSQS pada tahun ini mencapai 100% seperti pada tahun-tahun sebelum ini.

Mohon Guru Penyelaras Bestari ,Guru ICT dan Juruteknik Komputer sekolah untuk memuat turun Borang Responden 2012di dalam blog ini pada Muat turun ICT untuk di isi secara offline. Pihak PKG akan mengadakan 1 Bengkel Pengisian data SSQS yang dijangka akan dilaksanakan pada 4 Julai 2012 - 5 Julai 2012. Sebarang pertanyaan,sila hubungi Pegawai PKG di talian 05-8904163. Sekian,harap maklum.



Selasa, 5 Jun 2012

Bengkel Pembinaan Portal Joomla Untuk Juruteknik Komputer Sekolah dan PKG


Bengkel Pembinaan Portal Joomla Untuk Juruteknik Komputer Sekolah dan PKG telah di adakan pada 29 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012. Seramai 35 orang peserta yang terlibat yang terdiri daripada Juruteknik Komputer Sekolah, PKG serta Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Kerian.

Bengkel yang di adakan selama 3 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua peserta mengenai pembinaan portal dengan menggunakan perisian portal yang agak popular pada masa kini iaitu Joomla.

Penceramah untuk bengkel ini ialah En.Nazarkhan Bin Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada semua peserta. Beliau merupakan Pentadbir Portal BTPN Perak serta beberapa portal lain. Banyak tips dan maklumat yang telah beliau curahkan kepada semua peserta.

Pihak PKG Gunung Semanggol, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penceramah, En.Nazarkhan Bin Abdullah di atas kesudian beliau untuk berkongsi ilmu mengenai portal. Semoga dengan kursus yang di adakan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta terutamanya Juruteknik Komputer yang perlu membangunkan Portal Sekolah dan PKG bagi memenuhi keperluan ICT yang semakin berkembang pesat.

Jumaat, 20 April 2012

Profile Sekolah 2012 On-Line

Mohon kerjasama semua sekolah kelompok PKG Gunung Semanggol untuk mengisi Profile Sekolah 2012 secara on-line. Mohon Semua Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT untuk menjayakan pengisian ini dengan bantuan Pembantu Tadbir di sekolah. Tarikh Pengisian adalah pada 20 April 2012 hingga 6 Mei 2012.Untuk mula mengisi,sila klik 'Profile Sekolah' pada Pautan Aplikasi di dalam blog ini. Sebelum memulakan pengisian,Guru Penyelaras Bestari  dan Guru ICT perlu memuat Turun dahulu tatacara dan soalan yang akan dijawab di Bahagian Muat Turun dan klik sekolah.Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak PKG di talian 05-8904163.Sekian,harap maklum dan terima kasih.

Selasa, 17 April 2012

Bahan Pengubalan Format Baru Pemilihan Tokoh Nilam 2012


Untuk makluman Guru Penyelaras Media, Bahan Pengubalan Format Baru Pemilihan Tokoh Nilam boleh di muat turun di dalam blog ini. Untuk muat turun, klik pada menu bar 'Muat Turun' di atas,kemudian pilih 'Nilam'. Sebarang Pertanyaan,sila hubungi PKG di Talain 05-8904163. Sekian,Harap Maklum.

Jumaat, 30 Mac 2012

KETIDAKPATUHAN AKTIFKAN 3 ZOOM WIFI (1BESTARINET)

Penolong PPD/Penyelia ICT Daerah
Pengetua/Guru Besar Berikut
Berdasarkan pemantauan Penggunaan Akses Internet melalui kemudahan 1BestariNet, dukacita didapati terdapat sekolah yangTIDAK MEMATUHI jumlah maksimum 3 Zoom sahaja dibenarkan aktif dalam sesuatu masa. Adalah diharapkan senarai sekolah berikut akur terhadap syarat penggunaan Zoom ( 3 Aktif 1 Simpanan). Sehubungan itu sekolah-sekolah berikut dinasihatkan mematuhi syarat yang ditetapkan sehingga diberitahu kelak. Sila SIMPAN Backup Zoom.

SENARAI SEKOLAH MENGAKTIFKAN BACKUP ZOOM SEPERTI 29 MAC 2011
Sumber : PORTAL 1Bestarinet Zoom Monitor 

4 Butang HIJAU menunjukkan 4 Zoom diAktifkan Serentak

Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Maklumat,
Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak

SUMBER:PORTAL JPN PERAK

Selasa, 21 Februari 2012

Garis Panduan Pemasangan 1BestariNet oleh YTL


Untuk makluman pihak sekolah,pihak syarikat pemasangan1BestariNet iaitu YTL Communications sedang melaksanakan kerja-kerja pemasangan 1BestariNet di sekolah. oleh yang demikian,mohon kerjasama pihak sekolah untuk memberikan kerjasama kepada syarikat tersebut.

Pihak sekolah,perlu memahami bahawa projek 1BestariNet adalah projek jalur lebar capaian internet bagi semua sekolah untuk mengakses bahan pembelajaran dengan menggunakan platform Virtual Learning Enviroment  (VLE). Syarikat tersebut,akan memasang peralatan capaian internet iaitu ZOOM, dengan standard bilangan ZOOM adalah 3 + 1.

Bilangan ZOOM adalah bergantung kepada kajian pihak kontraktor di mana semua kawasan utama iaitu makmal komputer, bilik guru, pejabat pengurusan dan pentadbiran sekolah, pusat sumber dan common area boleh mencapai internet termasuk kawasan asrama, jika asrama dalam kawasan  sekolah dan boleh melebihi atau kurang 3 + 1 ZOOM. untuk makluman lanjut, sila muat turun Garis Panduan Pihak Sekolah bagi pemasangan 1BestariNet.

Jumaat, 27 Januari 2012

Rekod Penggunaan Pusat Sumber Sekolah


Kepada Guru Penyelaras Media / Guru Pusat Sumber Sekolah kelompok. klik di sini untuk muat turun contoh Rekod Pengggunaan Pusat Sumber Sekolah  yang boleh diguna pakai di pusat Sumber Sekolah. Sekian, Harap Maklum.

Rabu, 25 Januari 2012

Cara Mengatasi Masalah Virus ShortCut



Ada 2 cara yang akan ditunjukkan cara untuk mengatasi masalah Virus Shortcut. cara yang pertama adalah melalui command prompt.cara ini sesuai bagi Pendrive atau external hardrive.
langkah-langkahnya:

1. buka RUN
2. type CMD
3. taip dalam command prompt tu ---> cd.. dan enter ( perkataan cd dan dua titik)
4. taip lagi cd.. (perkataan cd dan dua titik)
5. kenal pasti pendrive ke samada F ke atau G dan sebagainya
6. taip F: ( huruf F dan titik bertindih bergantung pada pendrive anda kalu G taip G: lah yea)
7. taip --> attrib -h -s \*.* /s /d
tunggu sebentar sampai semua shortcut am pendive anda bertukar
ke folder asal. Contoh seperti gambar rajah dibawah.


cara kedua pula adalah dengan menggunakan Shortcut Virus Remover. Program ini telah dibangunkan oleh sekumpulan pelajar dari UITM.


klik disini untuk mendapatkan Shortcut Virus Remover. cara menggunakannya adalah seperti berikut:

  1. Pilih sama ada untuk scan pada Pendrive atau Komputer.
  2. Pilih device. contoh pendrive adalah pada drive E:\


     3.  Tekan Scan dan klik "Yes"
     4.  Kemudian,klik "OK" untuk delete virus shortcut.
    5. Kemudian klik "Yes". 
   6. kemudian periksa semula pendrive yang telah di scan. Shortcut Virus Remover ini juga boleh digunakan untuk scan pada komputer. hanya pilih komputer pada antaramuka Shortcut Virus Remover dan ikut langkah-langkah diatas. Selamat Mencuba.

Khamis, 19 Januari 2012

Sindiket Penipuan Sebagai Pegawai Sektor ICT JPN

Untuk makluman, sejak akhir-akhir ini terdapat sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai dari Sektor ICT JPN menelefon sekolah untuk mendapatkan butir-butir syarikat Komputer dan Kontraktor Pembersihan. Pemanggil dipercayai lelaki Melayu.  Sekiranya pihak tuan mendapat panggilan telefon bertanyakan butir berkenaan sila ambil langkah berikut;
1. Jangan memberi apa-apa maklumat kepada pemanggil.
2. Dapatkan nama penuh dan nombor telefon PEJABAT pemanggil.
3. Hubungi nombor telefon PEJABAT yang diberikan untuk kepastian. Untuk makluman, semua nombor telefon rasmi di JPN bermula 501xxxx.
4. Pihak tuan dipohon merujuk kepada Sektor ICT JPN/ Unit ICT, BTPN Perak untuk sebarang kes-kes yang melibatkan perolehan ICT, pelupusan ICT, penyelenggaraan ICT sekolah dan hal-hal lain yang berkaitan.
Modus Operandi Sindiket:
Selepas mendapat butir-butir syarikat/kontraktor dari pihak sekolah, sindiket akan menghubungi pula syarikat/kontraktor kononnya KPM/JPN akan menawarkan beberapa kontrak bernilai puluhan atau ratusan ribu ringgit secara tertutup. Jika berminat syarikat/kontraktor dikehendaki membayar wang deposit ke dalam akaun bank yang diberikan antara RM2,000 hingga RM4,000. Setelah wang dimasukkan, wakil syarikat/kontraktor dikehendaki hadir ke JPN Perak untuk menandatangi beberapa dokumen. Diharap semua syarikat/kontraktor tidak melayan kes seperti ini.
Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan perkara di atas pihak tuan boleh menghubungi Sektor ICT di talian 05-5015204.
SUMBER: PORTAL BTPN PERAK

Selasa, 10 Januari 2012

1BestariNet


1BestariNet? Apakah ia?. Bagi yang pertama kali mendengarnya pasti tertanya-tanya apakah ia, adakah satu lagi program kerajaan selepas 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. 1BestariNet merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan satu perkhidmatan capaian Internet yang berteknologi tinggi dan pantas untuk kegunaan di sekolah bagi menggantikan TM School Broadband yang dulu dikenali sebagai SchoolNet.

Projek 1BestariNet merupakan pembaharuan dan penambahbaikan  perkhidmatan capaian Internet di sekolah. Antaranya:

  1. Sambungan WAN & LAN di sekolah.
  2. Hosting Terurus
  3. Centralize Monitoring
  4. Tapisan kandungan
  5. Sekuriti tanpa had bagi device di sekolah
  6. Penambahbaikan dalam sistem tampalan pengurusan
  7. Virtual Learning Enviroment (VLE)
Fokus utama adalah kepada end to end solution dengan komponen utama adalah capaian internet dan perkhidmatan VLE untuk warga sekolah. Antara faedah pelaksanaan 1BestariNet ialah:
  1. Akses rangkaian stabil (kelajuan dari 2Mbps Sehingga 10Mbps)
  2. Bahan pembelajaran melalui platform tunggal menggunakan VLE
  3. Guru fokus kepada integrasi ICT dalam P&P dan bukan mengurus peneyelenggaraan
  4. Mengintegrasikan bahan P&P dan aplikasi P&T dalam satu platform yang terurus
  5. Memberi autonomi kepada sekolah dalam pengurusan ICT
  6. Menyediakan pengurusan keselamatan terurus,mantap dan berkesan
  7. Menampung keperlan KSSR dan KSSM serta keperluan Native Speakers
  8. Help Desk tunggal untul sluruh perkhidmatan
1BesatariNet akan bermula secara berperingkat-peringkat bermula Disember 2011 sehingga Disember 2012.

Selasa, 3 Januari 2012

Lanjutan Tempoh Interim Talian Internet 2012


Untuk Makluman Pihak Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memutuskan semua sekolah dibawah pengurusan KPM adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan internet dengan pembekal perkhidmatan sedia ada atau memilih mana-mana penyedia perkhidmatan internet (ISP) lain bagi mendapatka sambungan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah sepanjang tahun 2012 sehingga projek perkhidmatan 1BestariNet dilaksanakan di sekolah masing-masing. Pemasangan perkhidmatan internet dibawah projek perkhidmatan 1BestariNet akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu mulai Disember 2011 sehingga Disember 2012. Pihak sekolah masih tertaluk kepada peraturan-peraturan kewangan sedia ada bagi tujuan perolehan perkhidmatan internet ini. sekian,harap maklum.sebarang pertanyaan,sila hubungi pihak PKG di talian 05-8904163.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More