Jumaat, 25 Jun 2010

Jimat Sehingga RM 870 Dengan Ubuntu!!!




Hanya dengan melakukan satu perubahan sistem operasi (OS) yang anda gunakan kepada Ubuntu, kos pemilikan dapat dikurangkan dengan drastik sekali. Rujuk jadual di bawah dan lihatlah perbandingannya sendiri.

Ubuntu bukan sahaja membantu anda berjimat dengan hanya perisian malah juga perkakasan -- Ubuntu memerlukan sistem perkakasan rendah tidak memerlukan anda melakukan pertukaran perkakasan yang melibatkan kos yang tinggi. Bayangkan anda boleh menggunakan komputer lama tapi diberikan nafas baru!



Ya, Ubuntu tidak memerlukan anda membeli lesen tambahan seperti suit pejabat (office suit), bebas virus -- maknanya jimat lagi kos anti-virus, laju, stabil dan selamat.
Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai perkara percuma lagi.

>Click Disini<

Sumber: jomlinux.com

Isnin, 21 Jun 2010

Pengisian Data ICT SPPICTS kali Ke-2



Pengisian data ICT secara on-line SPPICTS kali ke 2 bermula pada 20 Jun 2010 sehingga 9 Julai 2010. Mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengisi data tersebut dengan betul.Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di 05-8904163.Harap Maklum.

Rabu, 2 Jun 2010

Sekitar Kursus Baik Pulih Komputer Guru ICT

Kursus Baik Pulih Komputer untuk Guru ICT telah diadakan pada 26 Mei 2010 sehingga 27 Mei 2010 di dewan Kelisa PKG Gunung Semanggol.Seramai 18 orang Guru ICT Sekolah Kelompok PKG Gunung Semanggol dan dibantu oleh 4 orang Juruteknik Komputer Sekolah dan PKG.Tujuan kursus ini untuk memberi pendedahan asas baik pulih komputer kepada Guru ICT.

Sekitar Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Perak

Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Perak 2010
Peringkat PKG Gunung Semanggol telah berlangsung pada 25 Mei 2010 di Dewan Kelisa PKG Gunung Semanggol. Seramai 24 murid terlibat di dalam pemilihan kali ini.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More