Isnin, 15 November 2010

Laman Mikro MBMMBI

Laman Portal MBMMBI yang dibangunkan oleh KPM untuk info lebih lanjut perlaksanaan MBMMBI pada Tahun 2011.

Khamis, 11 November 2010

Portal Keselamatan ICT Sektor Awam

Portal Keselamatan ICT yang dibangunkan oleh MAMPU memberi pelbagai info mengenai Keselamatan ICT yang sangat penting untuk Kakitangan Awan.

Rabu, 13 Oktober 2010

Kajian Kepuasan Pengguna Schoolnet

Satu kajian perlu dilaksanakan bagi menilai kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan SchoolNet bagi capaian internet yang telah dibekalkan ke sekolah. kajian tersebut perlu dilaksanakan secara atas talian dan boleh dicapai pada alamat http://goo.gl/herU atau http://bit.ly/9HOaKH
Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT sekolah untuk mengisi borang tersebut pada atau sebelum 14 OKT 2010. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai kami di 05-8904163.

Selasa, 5 Oktober 2010

Mengaktifkan Lesen Antivirus Kaspersky

Untuk mengaktifkan lesen antivirus kaspersky yang baru, pihak sekolah boleh memuat turun melalui laman web Schoolnet di http://kaspersky.schoolnetwork.com.my. (hanya boleh muat turun dengan talian Schoolnet sahaja)

Khamis, 30 September 2010

Panduan Operasi Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah 2010

Proses Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah 2010 sedang dilakukan oleh Syarikat RHL Sdn. Bhd.Pihak sekolah perlu mengikut Panduan Operasi yang telah dikeluarkan oleh Bahagaian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.Panduan tersebut boleh di download di dalam blog ini dalam Info ICT box.Harap Maklum. Sebarang Pertanyaan, sila hubungi Pegawai kami di 05-8904163.

Jumaat, 17 September 2010

PEMBEKALAN TV-LCD DAN DVD FASA 1

Bahagan Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia akan membekalkan peralatan TV-LCD dan DVD ke sekolah terpilih bagi meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pembekalan dijangka akan bermula pada 17 September 2010 hingga 27 November 2010 yang akan dibekalkan oleh Syarikat MHS Resources Sdn. Bhd.Tempoh jaminan peralatan tersebut adalah selama setahun daripada tarikh pembekalan.
Pihak sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan yang dibekalkan.Berikut adalah senarai peralatan yang akan dibekalkan:
  1. Satu unit TVLCD 40"/42"
  2. Satu unit DVD player
  3. Satu unit Remote Controled Rotating Outdoor TV Antenna
  4. Satu unit Antenna Booster
  5. Satu unit Rack/Stand (mobile & adjustable)
  6. Satu unit VGA Distributor
  7. Satu set RCA cable
  8. Satu set VGA cable
Pihak sekolah perlu memastikan peralatan dibekalkan mengikut kuantiti sepeti dalam senarai di atas dan dipasang serta dapat berfungsi sepenuhnya sebelum menandatangani borang Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dan Sijil Pemasangan dan Pengujian (SPP). Pihak skolh WAJIB menghantar satu salinan SAP dan SPP kepada PKG sebaik sahaja proses pemasangan dan pengujian selesai.
Senarai sekolah yang terlibat bagi Zon kelompok PKG Gunung Semanggol adalah:
  • ABA3029 SK GUNUNG SEMANGGOL - 1UNIT TV
  • ABA3031 SK DATO' ALAUDIN - 2UNIT TV
  • ABA3013 SK TEBUK PANCHUR - 1UNIT TV
  • ABA3037 SK HJ DAHLAN - 2UNIT TV

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Isnin, 6 September 2010

Top 5 Best Antivirus 2010

5 Antivirus yang terbaik pada tahun 2010 adalah:
  1. Sheild Deluxe Antivirus Protection
  2. Trend Micro Antivirus Internet Security 2010
  3. Norton Antivirus 2010
  4. Panda Antivirus Pro 2011
  5. ZoneAlarm Antivirus 2010
Antivirus ini telah dipilih oleh pengguna komputer dan internet diseluruh dunia, selain mempunyai ciri-ciri keselamatan yang canggih dan terkini.

Sumber:Best Antivirus 2010 Top Rated Antivirus, All-Internet-Security

Rabu, 1 September 2010

Kem Membaca 1Malaysia & READ2010

Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Program Membaca 1Malaysia dengan Tema "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia". Semua sekolah dikehendaki mengambil bahagian denga mengadakan aktiviti membaca disekolah masing-masing pada 8 hingga 12 November 2010.
Disamping itu sebanyak 59 buah sekolah Negeri Perak telah dipilih untuk melaksanakan program READ2010 dimana Sekolah SK Bukit Merah telah terpilih.Tahniah diucapkan..Kempen ini akan disenaraikan dalam Malaysian Book Of Record.

Isnin, 30 Ogos 2010

Merdeka!! Merdeka!!

Jumaat, 20 Ogos 2010

Statistik SSQS Terkini

Mohon Kerjasama Sekolah yang masih belum mengisi data SSQS untuk mengisi sebelum
30 Ogos 2010

Rabu, 18 Ogos 2010

Kampus Astro - MYStory

Saluran sempena bulan kemerdekaan dari 15 Ogos 2010 hingga 16 September 2010.
Saluran sementara MySTORY (318).

Selasa, 10 Ogos 2010

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak, mudah-mudahan Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya..

Isnin, 9 Ogos 2010

Pakej Jalur Lebar




Telekom Malaysia telah membuat promosi untuk pakej Jalur Lebar yang sedang hangat diperkatakan pada hari ini.Bayaran bulanan serendah RM38.oo sebulan dan percuma netbook 1Malaysia.Sebagai rakyat Malaysia, jangan lepaskan peluang ini.

@
Hubungi 100

Jumaat, 23 Julai 2010

SSQS 2010

Pengsian Data SSQS 2010 telah bermula pada 19 Julai 2010 sehingga 30 ogos 2010. sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Guru ICT untuk mengisi data tersebut.Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di 05-8904163

Jumaat, 25 Jun 2010

Jimat Sehingga RM 870 Dengan Ubuntu!!!




Hanya dengan melakukan satu perubahan sistem operasi (OS) yang anda gunakan kepada Ubuntu, kos pemilikan dapat dikurangkan dengan drastik sekali. Rujuk jadual di bawah dan lihatlah perbandingannya sendiri.

Ubuntu bukan sahaja membantu anda berjimat dengan hanya perisian malah juga perkakasan -- Ubuntu memerlukan sistem perkakasan rendah tidak memerlukan anda melakukan pertukaran perkakasan yang melibatkan kos yang tinggi. Bayangkan anda boleh menggunakan komputer lama tapi diberikan nafas baru!



Ya, Ubuntu tidak memerlukan anda membeli lesen tambahan seperti suit pejabat (office suit), bebas virus -- maknanya jimat lagi kos anti-virus, laju, stabil dan selamat.
Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai perkara percuma lagi.

>Click Disini<

Sumber: jomlinux.com

Isnin, 21 Jun 2010

Pengisian Data ICT SPPICTS kali Ke-2



Pengisian data ICT secara on-line SPPICTS kali ke 2 bermula pada 20 Jun 2010 sehingga 9 Julai 2010. Mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengisi data tersebut dengan betul.Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di 05-8904163.Harap Maklum.

Rabu, 2 Jun 2010

Sekitar Kursus Baik Pulih Komputer Guru ICT

Kursus Baik Pulih Komputer untuk Guru ICT telah diadakan pada 26 Mei 2010 sehingga 27 Mei 2010 di dewan Kelisa PKG Gunung Semanggol.Seramai 18 orang Guru ICT Sekolah Kelompok PKG Gunung Semanggol dan dibantu oleh 4 orang Juruteknik Komputer Sekolah dan PKG.Tujuan kursus ini untuk memberi pendedahan asas baik pulih komputer kepada Guru ICT.

Sekitar Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Perak

Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Perak 2010
Peringkat PKG Gunung Semanggol telah berlangsung pada 25 Mei 2010 di Dewan Kelisa PKG Gunung Semanggol. Seramai 24 murid terlibat di dalam pemilihan kali ini.

Khamis, 29 April 2010

Soal Selidik Maklumat Pemasangan Kampus Astro


Di Maklumkan kepada semua sekolah kelompok PKG Gunung Semanggol untuk menghantar Borang Soal Selidik Maklumat Pemasangan Kampus Astro (L/UPIM) bagi sekolah yang telah memasang Kampus Astro dan berfungsi.Borang tersebut boleh di ambil (Download) pada blog ini.

  • Pergi ke sidebar blog ini di sebelah kanan. Pada label Info PSS/Nilam dan Media. Click pada folder Kampus Astro.



  • Cari Borang Maklumat dan Borang Rekod Penggunaan.




  • Click pada borang tersebut dan satu paparan akan keluar. pilih tempat untuk menyimpan borang tersebut pada komputer dan click save.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di 05-8904163.

Selasa, 20 April 2010

15 Laman Web Popular Malaysia

Comscore Inc. sebuah badan dan peneraju ukuran dunia digital, baharu-baharu ini mengeluarkan laporan mengenai penggunaan laman web di Malaysia. Fakta dan penemuan ini cukup menarik untuk dikongsi memaparkan laman web yang mempunyai bilangan pengunjug teramai termasuk laman web pemilikan internet dan juga laman web tempatan.

Ia dibuat berdasarkan servis ComScore World Metrix dan dijalankan sekitar jun tahun lalu terhadap lebih 9.3 juta pengguna Internet di Malaysia berumur 15 tahun ke atas. Mereka ini dikaji dengan melihat corak penggunaan Internet sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Secara tidak langsung, laporan ini turut mendedahkan bahawa pengguna Malaysia mengakses kira-kira 1,066 muka kandungan Internet dan menghabiskan hampir 14 jam di talian pada bulan berkenaan.

Laman Web Tempatan Paling Banyak Dikunjungi

  1. MAYBANK2U.COM
  2. MUDAH.MY
  3. AIRASIA.COM
  4. STAR PUBLICATIONS
  5. UTUSAN.COM.MY
  6. BHARIAN.COM.MY
  7. MALAYSIAKINI.COM
  8. JOBSTREET.COM
  9. 701PANDUAN.COM
  10. HMETRO.COM.MY
  11. LOWYAT.NET
  12. DIGITAL FIVE
  13. CIMBCLICKS.COM.MY
  14. MALAYSIAAIRLINES.COM.MY
  15. MAXIS.COM.MY
Sumber: Comscore World Matrix / Majalah PC

Jumaat, 16 April 2010

PC Fair Kembali Lagi...


Pikom PC Fair Kembali lagi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping pada 16 April 2010 hingga 18 April 2010. Bermula 11.00 pagi hingga 9.00 malam.Jangan lepaskan peluang dapatkan harga barangan ICT dengan harga yang berpatutan..

Pekeliling Perolehan Dan Pengurusan Aset (ICT)

Dimaklumkan bahawa Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset (BPPA) Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Pekeliling Perolehan dan Pengurusan Aset Bil.1/2009 bagi menjelaskan dan menyeragamkan mengenai peraturan / prosedur khusus bagi penggunaan, penjagaan, penyimpanan dan membawa keluar peralatan Teknologi Maklumat dan komunikasi yang akan diguna pakai di kementerian Pelajaran Malaysia.

*Pekeliling di atas boleh di download di dalam blog ini.

Rabu, 14 April 2010

Status Terkini Data ICT (SPPICTS)

Tahniah Pada Sekolah yang telah berjaya mengisi semua data.Pada sekolah yang masih belum isi, jangan bimbang kerana masih ada masa lagi. Untuk makluman,pengisian data ICT ini bermula pada 14 - 15 April 2010 bagi negeri perak untuk mengelakan kesesakan.

Jumaat, 9 April 2010

Jadual Baru Pengisian Data SPPICTS

Catatan:
  1. Mohon Guru ICT untuk mengisi data semula mengikut jadual baru diatas iaitu pada 14 hingga 15 April 2010 bagi mengelakkan kesesakan.
  2. Pada 17 April(sabtu), 24 April (sabtu) dan 2 jun (Ahad) terbuka kepada semua negeri.
  3. Pada 6 Mei (Khamis) hingga 9 Mei (Ahad) terbuka kepada semua negeri yang terlewat.
  4. Pastikan semua 8 bidang yang terlibat iaitu:
  • Capaian Internet
  • Pusat Akses Sekolah
  • Makmal Komputer
  • Eduweb TV
  • Peralatan PPSMI
  • Perisian kursus pendidikan
  • ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran & perkongsian Pintar diisi dengan lengkap.
Pengecualian di beri hanya kepada Pusat Akses sekolah dan Perkongsian Pintar untuk sekolah yang tidak mempunyai bidang tersebut.Pihak PKG ingin meminta Maaf diatas kesulitan yang dialami oleh Guru.Harap Maklum.
Sebarang kemusykilan sila hubungi kami di 05-8904163.

Selasa, 30 Mac 2010

Jalur Lebar Negara - Siri I


Keputusan kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara diambil memandangkan kadar penembusan jalur lebar negara (broadband penetration) amat rendah iaitu 18 peratus berbanding dengan negara-negara maju di Asia seperti Singapura (78 peratus), Hong Kong (80 peratus) dan korea (93 peratus).

Pelaksanaan jalur lebar ini akan memberi impak yang besar kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Jika dahulu perkhidmatan bekalan air dan elektrik merupakan faktor penting untuk menarik pelaburan, kini perkhidmatan jalur lebar pula merupakan keperluan asas.

Oleh kerana infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar negara merupakan tulang belakang bagi perkembangan K-Ekonomi Negara, pelan ini mensasarkan penembusan jalur lebar bagi isi rumah sebanyak 50 peratus pada tahun 2010.

Perkhidmatan jalur lebar ini akan memberi manfaat kepada negara, kerajaan, industri dan rakyat. Perkhidmatan seperti
  1. e-Goverment
  2. e-Education
  3. e-Commerce
  4. e-Health
  5. Internet Protocol TV (IPTV)
  6. Teleworking (Berkerja dari rumah)
  7. e-payment
Sebagai contoh, kita perlukan beberapa saat sahaja untuk memuat turunkan (download) dokumen bersaiz 10 MB berbanding lima minit sekarang sementara perkhidmatan e-Health membolehkan pesakit berurusan secara on-line dengan pakar perubatan tanpa perlu bersemuka. Manakala petani dan nelayan boleh menyemak harga hasil tani mereka secara on-line dan memasarkan hasil pencarian secara terus tanpa menggunakan khidmat orang tengah.

Ehsan:Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

Rabu, 24 Mac 2010

Aliran Kerja & Status IQ-PSS



Mohon Guru PSS / Guru Penyelaras Media untuk mengisi Data IQ-PSS secara on-line.
Click Disini

Status Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS)

Memohon kerjasama Guru ICT untuk mengisi data seawal yang boleh untuk mengelakkan masalah 'Server Jam' pada tarikh akhir isi data iaitu pada 9 April 2010. Harap Maklum.
Sebarang masalah dan kemusykilan sila hubungi kami di 05-8904163.
Click Disini

Rabu, 10 Mac 2010

Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS)




Dalam usaha merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT untuk semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) diberi tanggungjawab untuk memantau dan menilai penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran serta pengurusan sekolah. lapan medan inisiatif ICT yang dikenal pasti untuk dipantau dan dinilai pada tahun ini adalah seperti berikut:
  1. Capaian Internet
  2. Pusat Akses Sekolah
  3. Makmal Komputer
  4. Eduweb TV
  5. Peralatan PPSMI
  6. Perisian Kursus Pendidikan
  7. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
  8. Perkongsian Pintar
Sehubungan dengan itu, kutipan data secara online dengan menggunakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) bagi tahun ini akan dilaksanakan sebanyak 3 kali seperti berikut:

  • 21 Mac hingga 09 April 2010
  • 20 Jun hingga 09 Julai 2010
  • 19 sept hingga 08 Okt 2010
Dalam hal ini, semua sekolah diminta mengemaskinikan maklumat penggunaan inisiatif ICT tersebut dalam SPPICTS yang boleh dilayari secara online melalui http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php hanya pada tarikh-tarikh diatas sahaja. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Pegawai kami di talian 05-8904163 atau email pkggsmgl@gmail.com

Jumaat, 5 Mac 2010

Sekitar Taklimat Buku Teks Daerah Kerian 2010



Pada 4 Mac 2010, Satu taklimat Buku Teks telah diadakan di Dewan Kelisa PKG Gunung Semanggol.Seramai 27 orang Guru telah terlibat melibatkan sekolah-sekolah di daerah Kerian.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En.Zainal Bin Hj. Mad Isa dari Pegawai Khas,Hem PPD Kerian.

Rabu, 24 Februari 2010

Salam Maulidur Rasul



Rasul adalah Pemimpin Umat Islam yang tiada tolak bandingnya..
Marilah kita berpegang kepada Sunnah & Ajarannya.

Rabu, 17 Februari 2010

SPYWARE TERMINATOR


Spyware terminator perisian pengimbas adware dan spyware dengan perlindungan masa nyata. ia mampu membuang dan mengkuarantikan sebarang spyware, adware, Trojans, keyloggers, pencuri laman web dan ancaman malware. ia mengimbas menurut pengalaman yang ada pada perisian, lebih lama perisian itu mengimbas lebih baik ia berfungsi.
download secara percuma!!!

http://www.spywareterminator.com/


>click di sini untuk cara-cara install<

Selamat mencuba...


Jumaat, 5 Februari 2010

Kajian Status Peralatan Dan Penggunaan TV Di Sekolah


Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) sedang melaksanakan satu kajian keperluan dan keberkesanan terhadap peralatan TV di sekolah.Sehubungan dengan itu,instrumen kajian telah di muat naik ke dalam Web dan boleh diakses melalui alamat URL http://apps.moe.edu.my/spms . ID pengguna dan kata laluan adalah sama seperti sistem SSQS. Semua sekolah dikehendaki menjawab soalan instrumen pada atau sebelum 10 Febuari 2010. Kerjasama Pihak sekolah mengambil tindakan yang sewajarnya amatlah dihargai.Sebarang pertanyaan,boleh menghubungi pegawai PKG di talian 05-8904163 atau mail pkggunungsemanggol@gmail.com.
ID Pengguna: Kod Sekolah
Kata laluan: 123

Khamis, 7 Januari 2010

Kampus Astro

Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah merupakan inisiatif tanggungjawab korporat Astro di mana pengendali TV satelit berbilang saluran Terus Ke Rumah yang terkemuka di negara ini menyediakan alat Perakam Video Peribadi, set televisyen, akses kepada saluran-saluran kandungan pembelajaran dan maklumat Astro serta penyelenggaraan peralatan secara percuma sepanjang tempoh kempen kepada 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia termasuk Pusat Aktiviti Guru













Semoga dengan adanya kemudahan ini, pihak sekolah dapat menggunakannya dengan sebaik yang mungkin..

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More