Selasa, 30 Mac 2010

Jalur Lebar Negara - Siri I


Keputusan kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara diambil memandangkan kadar penembusan jalur lebar negara (broadband penetration) amat rendah iaitu 18 peratus berbanding dengan negara-negara maju di Asia seperti Singapura (78 peratus), Hong Kong (80 peratus) dan korea (93 peratus).

Pelaksanaan jalur lebar ini akan memberi impak yang besar kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Jika dahulu perkhidmatan bekalan air dan elektrik merupakan faktor penting untuk menarik pelaburan, kini perkhidmatan jalur lebar pula merupakan keperluan asas.

Oleh kerana infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar negara merupakan tulang belakang bagi perkembangan K-Ekonomi Negara, pelan ini mensasarkan penembusan jalur lebar bagi isi rumah sebanyak 50 peratus pada tahun 2010.

Perkhidmatan jalur lebar ini akan memberi manfaat kepada negara, kerajaan, industri dan rakyat. Perkhidmatan seperti
  1. e-Goverment
  2. e-Education
  3. e-Commerce
  4. e-Health
  5. Internet Protocol TV (IPTV)
  6. Teleworking (Berkerja dari rumah)
  7. e-payment
Sebagai contoh, kita perlukan beberapa saat sahaja untuk memuat turunkan (download) dokumen bersaiz 10 MB berbanding lima minit sekarang sementara perkhidmatan e-Health membolehkan pesakit berurusan secara on-line dengan pakar perubatan tanpa perlu bersemuka. Manakala petani dan nelayan boleh menyemak harga hasil tani mereka secara on-line dan memasarkan hasil pencarian secara terus tanpa menggunakan khidmat orang tengah.

Ehsan:Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

Rabu, 24 Mac 2010

Aliran Kerja & Status IQ-PSS



Mohon Guru PSS / Guru Penyelaras Media untuk mengisi Data IQ-PSS secara on-line.
Click Disini

Status Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS)

Memohon kerjasama Guru ICT untuk mengisi data seawal yang boleh untuk mengelakkan masalah 'Server Jam' pada tarikh akhir isi data iaitu pada 9 April 2010. Harap Maklum.
Sebarang masalah dan kemusykilan sila hubungi kami di 05-8904163.
Click Disini

Rabu, 10 Mac 2010

Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS)




Dalam usaha merancang dan menyelaras hala tuju inisiatif ICT pendidikan dan menyediakan sokongan perkhidmatan ICT untuk semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) diberi tanggungjawab untuk memantau dan menilai penggunaan Teknologi Pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran serta pengurusan sekolah. lapan medan inisiatif ICT yang dikenal pasti untuk dipantau dan dinilai pada tahun ini adalah seperti berikut:
  1. Capaian Internet
  2. Pusat Akses Sekolah
  3. Makmal Komputer
  4. Eduweb TV
  5. Peralatan PPSMI
  6. Perisian Kursus Pendidikan
  7. ICT dalam Pengurusan dan Pentadbiran
  8. Perkongsian Pintar
Sehubungan dengan itu, kutipan data secara online dengan menggunakan Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) bagi tahun ini akan dilaksanakan sebanyak 3 kali seperti berikut:

  • 21 Mac hingga 09 April 2010
  • 20 Jun hingga 09 Julai 2010
  • 19 sept hingga 08 Okt 2010
Dalam hal ini, semua sekolah diminta mengemaskinikan maklumat penggunaan inisiatif ICT tersebut dalam SPPICTS yang boleh dilayari secara online melalui http://ssqs.moe.edu.my/ssqs/index.php hanya pada tarikh-tarikh diatas sahaja. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Pegawai kami di talian 05-8904163 atau email pkggsmgl@gmail.com

Jumaat, 5 Mac 2010

Sekitar Taklimat Buku Teks Daerah Kerian 2010



Pada 4 Mac 2010, Satu taklimat Buku Teks telah diadakan di Dewan Kelisa PKG Gunung Semanggol.Seramai 27 orang Guru telah terlibat melibatkan sekolah-sekolah di daerah Kerian.
Taklimat tersebut telah disampaikan oleh En.Zainal Bin Hj. Mad Isa dari Pegawai Khas,Hem PPD Kerian.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More