Khamis, 30 September 2010

Panduan Operasi Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah 2010

Proses Penyelenggaraan Peralatan ICT Sekolah 2010 sedang dilakukan oleh Syarikat RHL Sdn. Bhd.Pihak sekolah perlu mengikut Panduan Operasi yang telah dikeluarkan oleh Bahagaian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.Panduan tersebut boleh di download di dalam blog ini dalam Info ICT box.Harap Maklum. Sebarang Pertanyaan, sila hubungi Pegawai kami di 05-8904163.

Jumaat, 17 September 2010

PEMBEKALAN TV-LCD DAN DVD FASA 1

Bahagan Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia akan membekalkan peralatan TV-LCD dan DVD ke sekolah terpilih bagi meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Pembekalan dijangka akan bermula pada 17 September 2010 hingga 27 November 2010 yang akan dibekalkan oleh Syarikat MHS Resources Sdn. Bhd.Tempoh jaminan peralatan tersebut adalah selama setahun daripada tarikh pembekalan.
Pihak sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan peralatan yang dibekalkan.Berikut adalah senarai peralatan yang akan dibekalkan:
  1. Satu unit TVLCD 40"/42"
  2. Satu unit DVD player
  3. Satu unit Remote Controled Rotating Outdoor TV Antenna
  4. Satu unit Antenna Booster
  5. Satu unit Rack/Stand (mobile & adjustable)
  6. Satu unit VGA Distributor
  7. Satu set RCA cable
  8. Satu set VGA cable
Pihak sekolah perlu memastikan peralatan dibekalkan mengikut kuantiti sepeti dalam senarai di atas dan dipasang serta dapat berfungsi sepenuhnya sebelum menandatangani borang Sijil Akuan Penerimaan (SAP) dan Sijil Pemasangan dan Pengujian (SPP). Pihak skolh WAJIB menghantar satu salinan SAP dan SPP kepada PKG sebaik sahaja proses pemasangan dan pengujian selesai.
Senarai sekolah yang terlibat bagi Zon kelompok PKG Gunung Semanggol adalah:
  • ABA3029 SK GUNUNG SEMANGGOL - 1UNIT TV
  • ABA3031 SK DATO' ALAUDIN - 2UNIT TV
  • ABA3013 SK TEBUK PANCHUR - 1UNIT TV
  • ABA3037 SK HJ DAHLAN - 2UNIT TV

Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Isnin, 6 September 2010

Top 5 Best Antivirus 2010

5 Antivirus yang terbaik pada tahun 2010 adalah:
  1. Sheild Deluxe Antivirus Protection
  2. Trend Micro Antivirus Internet Security 2010
  3. Norton Antivirus 2010
  4. Panda Antivirus Pro 2011
  5. ZoneAlarm Antivirus 2010
Antivirus ini telah dipilih oleh pengguna komputer dan internet diseluruh dunia, selain mempunyai ciri-ciri keselamatan yang canggih dan terkini.

Sumber:Best Antivirus 2010 Top Rated Antivirus, All-Internet-Security

Rabu, 1 September 2010

Kem Membaca 1Malaysia & READ2010

Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Program Membaca 1Malaysia dengan Tema "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia". Semua sekolah dikehendaki mengambil bahagian denga mengadakan aktiviti membaca disekolah masing-masing pada 8 hingga 12 November 2010.
Disamping itu sebanyak 59 buah sekolah Negeri Perak telah dipilih untuk melaksanakan program READ2010 dimana Sekolah SK Bukit Merah telah terpilih.Tahniah diucapkan..Kempen ini akan disenaraikan dalam Malaysian Book Of Record.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More