Khamis, 23 Jun 2011

MSC MALAYSIA APICTA AWARDS 2011





Multimedia Development Corporation (MDeC) sekali lagi akan menganjurkan MSC Malaysia APICTA Award 2011. Anugerah ini adalah acara tahunan bertujuan menggalakkan percambahan daya kreativiti dan inovasi dalam ICT khususnya di kalangan warga pendidik dan pelajar, syarikat-syarikat berstatus MSC dan lain-lain , sejajar dengan dasar yang diambil oleh pihak MOSTI berkaitan dengan inovasi dan kreativiti.
Sehubungan itu kerjasama pihak Sekolah dipohon untuk mempromosikan “pencalonan” , dengan menyebarkan maklumat ini kepada Guru-guru dan menggalakkan mereka menyertai anugerah ini
Untuk makluman juga, pencalonan boleh dilakukan secara online, melalui laman web www.mscmalaysia.my/apicta . Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Julai 2011. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Puan Maimunah bt Mohd Tahir talian 03-20987753 / 017-3477739 atau Puan Sofia Akmal binti Abu Bakar di MDeC di talian 013-3525359 atau emel sofia@mdec.com.my . 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More