Khamis, 17 Oktober 2013

Kajian Bahan Digital MBMMBI 2013

Pihak sekolah diminta untuk mengisi Kajian Bahan Digital MBMMBI 2013 secara atas talian.
kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan bahan digital MBMMBI di sekolah bagi pemantapan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Sehubungan dengan itu,diminta semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah untuk mengisi kajian tersebut.Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai PKG di talian 05-8904163.



Khamis, 10 Oktober 2013

Program Kem Membaca 1 Malaysia dan Read 2013

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.

Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di  dalam  entri Malaysian Book Of Record  (MBOR) 2010.

Sumbangan ini memberikan impak positif dalam pelaksanaan Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) di samping meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah. Bagi memastikan kejayaan kempen membaca ini, Scholastic Malaysia telah menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Nilai sumbangan bahan bacaan yang diberikan bertambah dengan peningkatan bilangan sekolah dan murid yang mengambil bahagian dalam program ini setiap tahun meningkat. 

Selain itu, Scholastic Malaysia turut memberikan sokongan padu dalam menjayakan Program Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Ini jelas menunjukkan Scholastic Malaysia sama-sama berusaha merealisasikan aspirasi misi KPM dalam ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.’

Scholastic juga mewujudkan Scholastic Book Clubs yang merupakan saluran terbaik untuk murid memperoleh dan memiliki bahan bacaan yang berkualiti dengan kos yang rendah. Seleksi bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur dan mempunyai nilai sejagat dapat dibaca, dihayati dan diadaptasikan oleh murid dalam semua aspek kehidupan mereka. Di samping itu, bahan bacaan ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid dan keupayaan mereka berdaya saing di peringkat global. 

Semoga kerjasama erat antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia akan terus kukuh dan berterusan sejajar dengan visi Malaysia sebagai negara berasaskan ekonomi pengetahuan (k-economy) dan maju menjelang 2020.

Untuk makluman kini pendaftaran secara atas talian telah dibukakan pada 23 September 2013 sehingga 25 Oktober 2013 di laman web seperti dibawah:-

http://www.readtogether.com.my/

Tahun ini Scholastic hanya membuka kepada 2500 PENYERTAAN sahaja.


DAFTAR SEGERA!!!  Sila klik sini untuk muaturun bahan READ2013.

MUAT TURUN SURAT PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2013

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More