Jumaat, 24 Jun 2016

PELAKSANAAN PROGRAM KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 30 Mac 2016 bagi pelaksanaan program KABKS. 
Ini adalah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah Yayasan Kasih Astro untuk menyokong matlamat dan usaha KPM ke arah pembelajaran secara holistik kepada murid-murid seluruh Malaysia di samping menyediakan bahan sokongan tambahan kepada guru-guru.

Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Kasih Astro akan membekalkan perkhidmatan Program KABKS seperti di bawah: 

1. Pemasangan baharu di sekolah yang masih belum dipasang KABKS sejak tahun 2008.
Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi pemasangan baharu terdiri daripada:
i. TV
ii. Set dekoder (DMT)
iii. Kad pintar  (Smart Card)
iv. Out Door Unit (ODU)


Pemasangan baharu KABKS dilaksanakan oleh pembekal yang dilantik oleh pihak Yayasan Kasih Astro bermula 15 Jun hingga 22 Julai 2016.

Pihak sekolah perlu menyediakan keperluan seperti berikut:
i. Sebuah meja bersain 37" (T) x 33" (L) x 24" (P)
ii. 1 unit AC (power point) untuk sambungan ke perkakasan
iii. Langkah-langkah keselamatan bagi memastikan set peralatan yang diberikan terjamin keselamatannya serta memudahkan penjagaannya
iv. Lokasi/ ruang/ bilik yang selamat dan terkawal bagi pemasangan
v. Lokasi pemasangan yang Out Door Unit (ODU) yang sesuai dengan mengambil kira aspek keselamatan warga sekolah seperti:
- di bumbung bangunan
- sekurang-kurangnya ditingkat dua
- kawasan selamat yang dipersetujui antara pihak sekolah dengan pihak KABKS 


2.Penyelenggaraan bagi sekolah yang telah dipasang KABKS sejak tahun 2008.
Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi penyelenggaraan (jika rosak) terdiri daripada: i. Set dekoder (DMT)
ii. Kad pintar (Smart Card)
iii. Out Door Unit (ODU)

5. Untuk makluman pihak tuan, KABKS mengandungi 17 saluran pendidikan dan informasi. Kos pemasangan, penyelenggaraan, baik pulih dekoder dan yuran bulanan adalah PERCUMA.

Sila muat turun Instrumen Pemantauan Pemasangan Baharu KABKS/ Instrumen Pemantauan Penyelenggaraan KABKS dan lengkapkan maklumat yang diperlukan. Instrumen yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada pegawai PKG kelompok masing-masing sewaktu kerja-kerja pemasangan/ penyelenggaraan dilaksanakan di sekolah tuan.

Senarai nama sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program KABKS ini boleh diakses melalui url http://www.moe.edu.my/btp/2
 
Maklumat lanjut mengenai KAKBS ini boleh diakses melalui url  
http://www.astro.com.my/kampusastro

Sukacita diingatkan bahawa pembekal KABKS perlu melaporkan diri dan memohon kebenaran daripada pentadbiran sekolah untuk melaksanakan kerja-kerja pemasangan/ penyelenggaraan.

Jika ada pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi PKG kelompok masing-masing. Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More