Jumaat, 29 Januari 2016

EDARAN PERISIAN MICROSOFT PROFESSIONAL PLUS 2016 (32 BIT DAN 64 BIT) DAN WINDOWS PRO 8.1 PRO UPGRADE (32 BIT DAN 64 BIT)




EDARAN PERISIAN MICROSOFT PROFESSIONAL PLUS 2016 (32 BIT DAN 64 BIT) DAN WINDOWS PRO 8.1 PRO UPGRADE (32 BIT DAN 64 BIT) DI BAWAH PROGRAM EDUCATION ALLIANCE AGREEMENT (EAA) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Maklumat KPM telah mengedarkan DVD Microsoft Professional Plus 2016 (32 Bit Dan 64 Bit) dan Windows Pro 8.1 Pro Upgrade (32 Bit dan 64 Bit) di bawah program Education Alliance Agreement (Eaa) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kegunaan pihak sekolah.

3.     Untuk makluman, DVD perisian diedarkan ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk kegunaan sekolah. Oleh itu, tuan boleh menghubungi PKG masing-masing untuk mendapatkan salinan perisian tersebut.

4.      Bersama ini dilampirkan surat siaran daripada Bahagian Pengurusan Maklumat KPM, KPM.SP.100/3/17(4) bertarikh 23 Disember 2015 untuk makluman pihak tuan.

5.      Segala perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian.

SURAT SIARAN

Selasa, 12 Januari 2016

Sokongan Untuk Windows 8 Akan Berakhir Minggu Ini – Naik-Taraf Kepada Windows 8.1 Atau Windows 10

Microsoft sering menawarkan tempoh masa sokongan yang sangat lama untuk sistem operasi Windows mereka. Walaubagaimanapun, untuk Windows 8, ia sedikit berbeza. Perkara ini adalah kerana Windows 8.1 diposisikan sebagai Service Pack untuk Windows 8, sekaligus membuatkan sokongan untuk Windows 8 akan berakhir pada minggu ini.
Windows 8
Kemaskini patch terakhir untuk Windows 8 akan diperkenalkan pada minggu ini melalui Windows Update, dan selepas itu tiada sebarang kemaskini akan ditawarkan kepada pengguna sistem operasi berkenaan sekaligus menjadikan mereka yang masih menggunakannya terdedah kepada pelbagai ancaman sekuriti.
Untuk mengelak daripada perkara tidak diingini berlaku, pengguna boleh naik-taraf sistem operasi mereka kepada Windows 8.1 atau Windows 10 secara percuma.
Jika anda masih menggunakan Windows 8, kami mengalakkan anda menaik-taraf kepada Windows 10 sementara tempoh percuma yang ditawarkan oleh Microsoft masih tidak berakhir.

Sumber Rujukan: AMANZ

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More