Jumaat, 17 April 2015

Google Meneruskan Sokongan Chrome Untuk Windows XP Sehingga Penghujung 2015

Google hari ini mengumumkan yang mana mereka akan meneruskan sokongan pelayar web Google Chrome untuk sistem operasi Windows XP sehingga penghujung tahun 2015 ini. Sebelum ini, Google telah mengatakan ia akan menyokong Chrome untuk XP hanya sehingga April 2015 sahaja.
 
Dengan pengumuman ini, ia mungkin memberikan kelegaan untuk para pengguna sistem operasi Windows XP. Walaubagaimanapun, pihak Google turut menekankan yang mana Windows XP telah tidak menerima kemaskini sekuriti daripada Microsoft untuk tempoh yang lama, membuatkan ia terdedah kepada beberapa bahaya pada peringkat sistem operasi.
Google mengatakan mereka ingin menawarkan kemaskini untuk pengguna XP sehingga penghujung tahun ini memandangkan masih ramai yang bergantung kepada sistem operasi berkenaan.

Mungkin pengenalan Windows 10 kelak akan membuatkan lebih ramai tertarik untuk beralih kepada sistem operasi berkenaan berbanding penawaran Windows 8 pada hari ini.

Khamis, 16 April 2015

Garis Panduan Netbook 1 Malaysia

https://drive.google.com/file/d/0B0kEjjUAfSnHX3JQMVE1U2hvdzQ/view?usp=sharing 

Sekolah yang menerima Netbook 1 Malaysia boleh memuat turun garis panduan Netbook 1 Malaysia sebagai rujukan untuk dokumentasi di sekolah.

Selasa, 14 April 2015

Pelaksanaan Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M2015)

Dengan ini dimaklumkan bahawa Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pendidikan Malaysia yang diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan. Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

Program KM1M akan berlangsung selama tiga (3) hari iaitu pada 21 April hingga 23 April 2015. Pelancaran program ini akan diadakan pada:

Tarikh : 21 April 2015
Hari : Selasa
Masa : 9.00 Pagi
Tema : Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia

Surat pelaksanaan KM1M 2015 dan cadangan jadual bagi pengisian program boleh dimuat turun melalui blog. Semua sekolah hendaklah melaksanakan program ini dan satu laporan perlu disediakan dan dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri  Perak melalui Pusat Kegiatan Guru masing-masing.

Khamis, 2 April 2015

Aduan Kerosakan 4G Go Dongle

Kepada pihak sekolah yang mengalami sebarang masalah dan kerosakan 4G Go Dongle, boleh membuat aduan secara atas talian (on-line) melalui blog ini.






GARIS PANDUAN PENGGANTIAN GO 4G DONGLE


TINDAKAN SEKOLAH

1.            Melaporkan kerosakan dongle melalui pautan berikut :


2.            Menyerahkan dongle yang rosak kepada PKG semasa menerima penggantian.

3.           Mencatatkan Mac Address setiap dongle yang rosak dan yang diterima dalam Sijil Akuan Penerimaan.

4.            Membuat uji lari dongle penggantian. Sekiranya dongle bermasalah sila hubungi Meja Bantuan 1BestariNet.


Muat Turun Prosiding Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya


Pihak sekolah boleh muat turun (download) Buku Prosiding Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya sebagai rujukan tambahan bagi meningkatkan penggunaan Frog VLE di sekolah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More