Jumaat, 17 April 2015

Google Meneruskan Sokongan Chrome Untuk Windows XP Sehingga Penghujung 2015

Google hari ini mengumumkan yang mana mereka akan meneruskan sokongan pelayar web Google Chrome untuk sistem operasi Windows XP sehingga penghujung tahun 2015 ini. Sebelum ini, Google telah mengatakan ia akan menyokong Chrome untuk XP hanya sehingga April 2015 sahaja.
 
Dengan pengumuman ini, ia mungkin memberikan kelegaan untuk para pengguna sistem operasi Windows XP. Walaubagaimanapun, pihak Google turut menekankan yang mana Windows XP telah tidak menerima kemaskini sekuriti daripada Microsoft untuk tempoh yang lama, membuatkan ia terdedah kepada beberapa bahaya pada peringkat sistem operasi.
Google mengatakan mereka ingin menawarkan kemaskini untuk pengguna XP sehingga penghujung tahun ini memandangkan masih ramai yang bergantung kepada sistem operasi berkenaan.

Mungkin pengenalan Windows 10 kelak akan membuatkan lebih ramai tertarik untuk beralih kepada sistem operasi berkenaan berbanding penawaran Windows 8 pada hari ini.

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More