Apa itu Windows 7? adakah ia sama dengan Windows vista?
mari sama-sama kita lihat tentang Windows 7 ini yang tengah heboh dikatakan ketika ini dalam dunia IT...
Windows 7 (asalnya di kenali dengan nama Blackcomb, dan kemudian Vienna) ialah versi terkini sistem pengendalian Microsoft Windows untuk kegunaan Komputer peribadi, tak kira di rumah mahupun di pejabat, sama ada komputer meja, riba, netbook, tablet ataupun pusat media. Windows 7 mula dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009, dan mula dijual kepada awam pada 22 Oktober 2009, tidak sampai tiga tahun selepas keluaran versi terdahulunya Windows Vista.
Ciri-ciri baru dan berubah
Berbeza dengan Vista yang memperkenalkan banyak ciri baru, Windows 7 dirancang supaya menjadi tatar yang terfokus dan kecilan kepada barisan Windows, dengan matlamat keserasian penuh dengan perisian dan perkakasan yang sudah serasi dengan Windows Vista. Pembentangan yang diberikan Microsoft pada 2008 memfokuskan pada sokongan multi-sentuhan, rekaan terkini Windows Shell dengan palang tugas baru, sistem perangkaian rumah dipanggil HomeGroup, dan peningkatan prestasi. Beberapa aplikasi yang sudah diterapkan dalam versi lepas Microsoft Windows, termasuk Windows Calendar, Windows mail, Windows movie maker dan Windows photo gallery, tidak akan dimasukkan dalam Windows 7 sebaliknya sesetengahnya akan ditawarkan berasingan sebagai sebahagian daripada suit percuma Windows Live Essentials.Windows 7 menampilkan sebilangan ciri-ciri baru seperti kemajuan pengecaman tulisan tangan maya, peningkatan prestasi pemproses berbilang teras, mengebut, Direct Acsess.. Windows 7 turut menambah sokongan untuk sistem-sistem yang menggunakan berbilang kad grafik yang berlainan dari pelbagai vendor (Heterogeneous Multi-adapter), termasuk sekali versi baru Windows Media Center serta Gadgetnya,peningkatan ciri-ciri media, XPS Essentials Pack dan Windows PowerShell, dan kalkulator baru dengan keupayaan berbilang baris termasuk mod-mod Programmer dan Statistics serta tukaran unit ukuran. Banyak lagi item baru telah diterapkan ke dalam Control Panel, termasuk Clear Type Text Tuner, Display Color Calibration Wizard, Gadgets, Recovery, Troubleshooting, Workspaces Center, Location and Other Sensors, Credential Manager, Biometric Devices, System Icons, dan Display. Windows Security Center dinamakan semula sebagai Windows Action Center yang meliputi keselamatan dan penyelenggaraan komputer.
Seting asalan User Account Controller dalam Windows 7 dikritik kerana membolehkan perisian yang tidak dipercayai dilancarkan dengan dinaikkan keistimewaannya dengan mengeksploitasi perisian yang dipercayai. Jurutera Microsoft Windows Mark Russinovich memperakui masalah tersebut, tetapi mengingatkan bahawa adanya kerentanan lain yang tidak bergantung pada seting baru ini. Windows 7 juga menyokong paparan imej seakan Mac dengan menambah dekoder imej boleh WIC, yang membolehkan paparan lakaran imej, prebiu dan metadata imej mentah di Windows Explorer, di samping paparan saiz penuh dan persembahan slaid di Windows Photo Viewer dan Window Media Center.
0 comments:
Catat Ulasan