Rabu, 21 Ogos 2019

GMail Menambah Sokongan Pembetulan Ejaan Dan Tatabahasa Secara Pintar


Google sedia mengintegrasikan sokongan pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan pada sejumlah perkhidmatan mereka. Terbaru, Google turut memperkenalkan sokongan semakan ejaan dan tatabahasa yang lebih baik dikuasakan pembelajaran mesin pada GMail.
Buat masa ini, ia dilihat lebih kepada sokongan untuk bahasa Inggeris sahaja, dan dijangka diperluaskan ke bahasa lain.
Melalui integrasi ini, pengguna GMail boleh menaip seperti biasa, dan ia akan membetulkan ejaan anda secara automatik sekiranya tersalah ejaan. Selain itu, ia juga akan mengenalpasti kesalahan tatabahasa dalam penulisan emel pengguna.
GMail Autoeja
Hal ini semestinya akan digemari ramai, memandangkan ia akan mengurangkan kesalahan ejaan dan tatabahasa ketika berkomunikasi secara profesional menggunakan emel.
Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat, dan pengguna yang tidak menyukainya turut boleh mematikan sokongan ini pada halaman tetapan GMail.
SUMBER:AMANZ.MY

Isnin, 19 Ogos 2019

Huawei telah mula membuat Penyelidikan Teknologi 6G


5G pada masa ini masih lagi belum digunakan secara meluas oleh pengguna-pengguna biasa sungguhpun cakap-cakap mengenainya seringkali diuar-uarkan di media massa. Teknologi ini juga merupakan fokus utama dalam perniagaan Huawei di samping menjadi punca kepada sekatan perdagangan oleh kerajaan A.S.
Sungguhpun begitu, syarikat teknologi yang berpangkalan di China ini kini dilaporkan telah mula menjalankan penyelidikan teknologi rangkaian 6G.
Berdasarkan laporan oleh portal The Logic, Huawei pada masa ini sedang mengkaji teknologi 6G di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan miliknya sendiri di Ottawa, Kanada. Teknologi berkenaan bagaimanapun tidak akan menemui pengguna dalam masa yang terdekat ini mengambil kira teknologi 5G pun masih belum dilaksanakan lagi setakat ini. Huawei menjangkakan teknologi 6G mampu disediakan sekitar tahun 2030.
Huawei bukanlah satu-satunya syarikat yang menjalankan penyelidikan 6G setakat ini memandangkan Samsung juga telah mula menjalankan penyelidikan bagi teknologi rangkaian tanpa wayar berkenaan lebih kurang dua bulan yang lalu.
Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, teknologi 6G ini masih lagi jauh untuk dicapai pada masa ini. Sebelum ianya berlaku kita nantikan perkembangan dari isu hubungan dua hala di antara A.S. dan China yang turut melibatkan perihal penggunaan teknologi 5G.

Khamis, 15 Ogos 2019

4 Arahan Command Prompt mudah yang anda patut tahu


Command Prompt masih lagi relevan walaupun Windows sudah memperkenalkan penggunaan antaramuka grafik 30 tahun dahulu. Sungguhpun terdapat banyak fungsi-fungsinya kini dapat digunakan melalui aplikasi-aplikasi yang lebih menarik dan mesra pengguna, kau sebagai pakar komputer mesti tau gunakan Command Prompt ni.

Fungsi-fungsi di dalam Command Prompt ini sememangnya dapat membantu pengguna menjadikan persekitaran dalaman komputer Windows anda lebih baik. Lagipun, fungsi-fungsi di dalamnya boleh juga digunakan pada PowerShell yang dikatakan bakal menggantikan Command Prompt di masa akan datang.
Untuk mengaksesnya, klik kanan pada butang Start dalam Windows 10 dan pilih Command Prompt. Pastikan anda memiliki ‘hak pentadbir’ (admin rights) pada peranti ada agar tidak timbul isu keizinan. Antara fungsi-fungsi popular yang kerap digunakan adalah;

Baiki masalah capaian internet: ipconfig


Masalah capaian ke internet merupakan salah satu masalah yang kerap diadukan oleh pengguna. Anda boleh membuat semakan pada punca masalah berkenaan dengan menggunakan CMD. Caranya adalah dengan taipkan ipconfig /release dan ia akan ‘melepaskan’ sambungan sedia ada.
Seterusnya, taipkan ipconfig /renew untuk menyambung semula ke internet dengan menggunakan alamat IP yang baru.
Jika anda taipkan ipconfig sahaja, ia akan menyenaraikan maklumat-maklumat berkenaan sambungan internet komputer anda. Antara maklumat penting yang boleh didapati dari arahan ini adalah maklumat alamat IP router anda (juga dikenali sebagai gateway address). Dari alamat IP itu, anda boleh menaksesnya dengan menaipkannya pada ruangan pelayar anda (Chrome, Firefox, Edge, dan sebagainya).

Periksa sambungan anda: ping

Ada masa-masanya yang kita tak dapat nak mengakses ke website-website tertentu dan kita tak pasti sama ada website tu yang down ke atau line internet kita yang problem.
Dalam keadaan yang macam ni, anda boleh membuat semakan dengan melakukan ping ke Google terlebih dahulu untuk memastikan sama ada komputer anda dapat mengakses ke pautan luar atau tidak.

Cara nak membuat semakannya adalah dengan menaip ping www.google.com. Arahan ini akan menghantar paket-paket maklumat keluar. Tunggu sehingga terdapat respon dan kemudian ia akan menunjukkan berapa masa yang diambil untuk ia keluar dan sama ada terdapat paket-paket yang hilang atau tidak sepanjang perjalanannya.
Jika internet anda OK, ia akan memberi respon semula dengan tanpa kehilangan data.

Periksa fail sistem yang corrupt: sfc (System File Checker)

System File Checker akan mencari dan memperbetulkan fail-fail sistem yang corrupted. Arahan ini amat berguna jika anda tidak pasti tang mana anda nak mula check komputer anda bila ada timbul satu-satu masalah.
Ia berguna terutamanya pada masalah-masalah seperti ikon ‘eject external drive’ pada taskbar hilang secara tiba-tiba. Arahan sfc /scannow boleh digunakan dan ia mungkin memakan masa antara 5 hingga 10 minit bergantung dengan keadaan sistem komputer pengguna.

Periksa tahap kecekapan penggunaan tenaga peranti: powercfg

Banyak benda bagus yang command prompt ni boleh lakukan dan ia boleh menganalisa keseluruhan keadaan komputer anda termasuk cara ia menguruskan penggunaan tenaga elektrik. Benda ni memang sangat berguna buat pengguna komputer laptop. Bagaimanapun, pengguna desktop juga boleh memanfaatkan fungsi ini untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Cara mengaksesnya adalah dengan menaip powercfg /energy. Windows akan menganalisa penggunaan tenaga sistem anda untuk tempoh 60 saat dan akan menghantar laporannya ke folder System32 (Anda boleh lihat sendiri laporannya melalui alamat folder yang diberikannya).
Anda yang menggunakan laptop juga boleh cuba arahan powercfg /batteryreportuntuk melihat maklumat pada bateri peranti anda.

Pilihan lain Arahan powercfg

Selain dari itu, terdapat banyak lagi arahan-arahan berkaitan powercfg yang mungkin berguna untuk anda berdasarkan sintaks berikut:
powercfg  /option  [arguments ]  [ /?]
PilihanKeterangan
/?, -helpDisplays information about command-line parameters.
/list, /LLists all power schemes.
/query, /QDisplays the contents of a power scheme.
/change, /XModifies a setting value in the current power scheme.
/changenameModifies the name and description of a power scheme.
/duplicateschemeDuplicates a power scheme.
/delete, /DDeletes a power scheme.
/deletesettingDeletes a power setting.
/setactive, /SMakes a power scheme active on the system.
/getactiveschemeRetrieves the currently active power scheme.
/setacvalueindexSets the value associated with a power setting while the system is powered by AC power.
/setdcvalueindexSets the value associated with a power setting while the system is powered by DC power.
/importImports all power settings from a file.
/exportExports a power scheme to a file.
/aliasesDisplays all aliases and their corresponding GUIDs.
/getsecuritydescriptorGets a security descriptor associated with a specified power setting, power scheme, or action.
/setsecuritydescriptorSets a security descriptor associated with a power setting, power scheme, or action.
/hibernate, /HEnables and disables the hibernate feature.
/availablesleepstates, /AReports the sleep states available on the system.
/devicequeryReturns a list of devices that meet specified criteria.
/deviceenableawakeEnables a device to wake the system from a sleep state.
/devicedisablewakeDisables a device from waking the system from a sleep state.
/lastwakeReports information about what woke the system from the last sleep transition.
/waketimersEnumerates active wake timers.
/requestsEnumerates application and driver Power Requests.
/requestsoverrideSets a Power Request override for a particular Process, Service, or Driver.
/energyAnalyzes the system for common energy-efficiency and battery life problems.
/batteryreportGenerates a report of battery usage.
/sleepstudyGenerates a diagnostic system power transition report.
/srumutilDumps Energy Estimation data from System Resource Usage Monitor (SRUM).
/systemsleepdiagnosticsGenerates a diagnostic report of system sleep transitions.
/systempowerreportGenerates a diagnostic system power transition report.

Kesimpulan

Itu sahaja sedikit perkongsian mengenai arahan-arahan asas di dalam command prompt yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh anda.

Rabu, 14 Ogos 2019

Microsoft Defender adalah perisian Anti-Virus Terbaik?

Anti-virus adalah perisian yang wajib bagi sesetengah pengguna Windows. Ini kerana dengan perisian ini, komputer akan lebih selamat daripada virus seperti shortcut, perisian hasad, perisian tebusan dan sebagainya.
Percaya atau tidak yang anti-virus terbina dalam Windows 10, iaitu Microsoft Defender (dahulunya Windows Defender) sudah lebih daripada cukup. Ia juga adalah antara yang paling selamat dan yang paling penting ianya adalah PERCUMA. Dalam artikel ini akan saya jelaskan, kenapa Microsoft Defender ini adalah anti-virus terbaik.


Semasa Microsoft memperkenalkan Windows 8, Windows Defender turut diubah menjadi lebih bagus. Kemudian selepas Windows 10 dilancarkan, Windows Defender telah menjadi satu perisian anti-virus penuh dan dijenamakan semula sebagai Microsoft Defender. Sejak dari Windows 8 lagi, saya sendiri sudah tidak gunakan perisian anti-virus pihak ketiga seperti KasperskyEssetAvast dan lain-lain.
Tetapi kenapa ramai yang masih risau dan skeptikal, sehingga mereka matikan Microsoft Defender dan beli perisian anti-virus lain? Lebih teruk, ada yang sanggup matikan Microsoft Defender kemudian muat turun perisian anti-virus dengan kunci pengaktifan haram – yang mana laman web yang menyediakannya penuh dengan perisian hasad, virus dan juga perisian pengaktifan lain yang entah atau tidak ‘mencuri’ data pengguna.
Mungkin mereka khuatir akan keselamatan komputer Windows mereka. Windows Defender pada zaman Windows 7 adalah antara yang paling teruk. Virus kerap mejangkiti komputer, kerja-kerja di kolej menjadi shortcut, perisian hasad terpasang dan lain-lain isu lagi.
Windows 10 kini adalah satu versi Windows yang bersifat universal. Yang mana selepas ini tiada lagi Windows lain akan diperkenalkan, tetapi hanya kemaskini dengan kemaskini kecil atau kemaskini besar dengan nama yang unik. Windows 10 kini adalah jenama. Ia juga mempunyai sifat seakan sistem operasi Android, yang mana Windows 10 menerima kemaskini sekuriti setiap bulan.
Bagaimanakah tahap keselamatan Microsoft Defender ini?
Saya cuba bereksperimen dengan beberapa cara. Berikut adalah eksperimen yang saya jalankan;
  1. Muat turun perisian asli tetapi mengaktifkannya dengan perisian pengaktifan dari laman web yang menyediakan perisian cetak rompak.
  2. Menggunakan pemacu USB yang telah digunakan dari komputer yang dijangkiti virus.
  3. Muat turun muzik, filem dan drama haram.
  4. Menjangkiti komputer saya dengan perisian tebusan WannaCry dengan sengaja.
Setiap eksperimen yang saya jalankan ini adalah bahaya. Ia mungkin akan menjangkiti komputer anda. Jadi jangan sama sekali anda lakukannya.
Eksperimen 1
Laman web ini tidak membenarkan pengguna mengaktifkan penghalang iklan. Jadi banyak iklan terpapar. Kemudian, setiap pautan yang ditekan mempunyai banyak iklan dan banyak pautan lain. Pasti akan ada perisian yang termuat turun dengan sendiri dan ada juga perisian yang terpasang dengan sendiri.
Selesai sahaja muat turun, perisian haram yang terkandung dalam format RAR atau ZIP telah dikenalpasti oleh Microsoft Defender. Ia memberitahu saya yang fail ini mempunyai virus.
Eksperimen 2
Saya memuat turun Microsoft Office Professional di laman web rasmi. Saya aktifkannya dengan menggnakan keygen yang diperoleh dari laman web yang mencurigakan. Banyak langkah perlu dilakukan, seperti salin dan tampal fail, membuka fail arkib demi arkib.
Fail keygen ini kemudiannya ingin mengakses rangkaian komputer saya, yang mana kononnya menggunakan teknik KMS untuk mengaktifkan Microsoft Office melalui pelayan yang rawak. Jika diberikan akses, adakah benar pembangun keygen ini tidak akan cuba curi data saya?
Microsoft Defender dengan pantas mengesan fail keygen dan KMS dan memberitahu yang kedua-dua fail ini adalah merbahaya.
Eksperimen 3
Cucuk sahaja pemacu USB ini ke komputer riba saya, ia dilihat seakan tiada apa-apa yang berlaku. Lebih-lebih lagi jika pemacu USB ini penuh dengan fail.
USB Killer 2.0
Microsoft Defender mengesan yang pemacu USB ini mengandungi fail yang mencurigakan dan mencadangkan saya untuk membuat imbasan penuh. Virus yang boleh dibuang akan dibuang, jika tidak pemacu USB ini perlu diformat bersih.
Eksperimen 4
Perkara biasa oleh ramai pengguna di Malaysia. Muat turun muzik, video secara haram. Tanpa rasa hormat kepada pencipta asal dan secara tidak langsung mempunyai perasaan tidak menghiraukan hasil karya orang lain yang banyak wang, masa dan titik peluh dihabiskan.
Laman web yang banyak iklan adalah laman web yang mencurigakan. Walaupun fail yang dimuat turun kadangkala berjaya, tetapi jika tersalah tekan pasti fail yang diterima mempunyai format yang pelik. Apabila ditekan, ia memasang perisian hasad secara senyapMicrosoft Defender berjaya mengesan dan memadamnya. Secara tidak langsung fail yang dimuat turun, belum sempat diakses sudah dipadam.
Eksperimen 5
Ini adalah eksperimen yang paling bahaya. Saya tidak akan ajar caranya, kerana ia amat merbahaya. Saya matikan Microsoft Defender dan jalankan perisian tebusan WannaCry, secara terus segala fail dan perisian yang saya pasang pada komputer saya tidak boleh diakses. Perisian ini turut menjangkiti partition penyelamat Windows saya.
Apabila saya mencuba sekali lagi dengan Microsoft Defender diaktifkan, perisian WannaCry terus lesap dan dibuang oleh Windows Defender.
Dari sini sudah jelas yang Microsoft Defender adalah perisian anti-virus terbaik. Malah dalam ujian AV-TestMicrosoft Defender mendapat skor maksima yang sama dengan mana-mana perisian anti-virus lain. Iaitu 6/6 untuk semua langkah keselamatan. Ini membuktikan yang Microsoft Defender sudah lebih dari cukup dan setanding dengan perisian anti-virus terkenal lain.
Jadi, adakah anda masih ingin menghabiskan wang dengan membeli anti-virus lain? Atau adakah anda sanggup mengumpul dosa dengan mencuri hak orang lain dengan memuat turun perisian anti-virus haram? Guna sahaja Microsoft Defender yang sudah cukup selamat.
SUMBER:AMANZ.MY

Jumaat, 15 Julai 2016

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH KPM NEGERI PERAK MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) 2016


Pihak sekolah diminta untuk melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan SSQS secara dalam talian oleh semua responden mengikut kategori sekolah bermula 15 julai sehingga 30 Ogos 2016 bagi peringkat negeri perak.

Untuk makluman, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dipertanggungjawabkan untuk mengurusetiakan pelaksanaan penarafan pembestarian sekolah menggunakan SSQS. Sila layari pautan berikut http://btpnperak.moe.gov.my/ssqs/index.php 

Kerjasama dan tindakan pihak sekolah sangat dihargai serta diucapkan jutaan terima kasih. Segala pertanyaan sila hubungi PKG di talian 05-8904163.
Sila muat turun surat siaran dan instrumen SSQS 2016

PANDUAN SSQS 2016 

BILANGAN RESPONDEN BAGI MENJAWAB INSTRUMEN PENARAFAN SSQS BAGI TAHUN 2016

1.Penyelaras penarafan di peringkat sekolah :  Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT
2.Sila layari pautan berikut http://btpnperak.moe.gov.my/ssqs/index.php 
3.Log masuk Sekolah : Kod Sekolah (ABAXXXX) , Kata laluan: Kod Sekolah (ABAXXXX)
4.Dapatkan senarai token, print senarai token bagi memudahkan pengisian.
5.Cetak borang instrumen mengikut responden, edarkan kepada responden untuk di isi secara offline. kemudian isi secara online. Jika talian internet mengalami masalah sila hadir ke PKG.

  A. Sekolah yang mempunyai bilangan responden mencukupi 62
BUKAN Sekolah Kurang Murid atau SKM
Jenis Responden
Bilangan Responden
Pentadbir
1
Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
1
Guru (termasuk GPB / GPICT)
30
Murid
30
Jumlah Keseluruhan Responden
62
B. Sekolah Kurang Murid (SKM) dan bilangan responden TIDAK mencukupi 62
Sekolah Kurang Murid (SKM) dan bilangan responden TIDAK mencukupi 62
Jenis Responden
Bilangan Responden
Pentadbir
1
Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
1
Guru (termasuk GPB / GPICT)
1 hingga 30
Murid
1 hingga 30
Jumlah Keseluruhan Responden
4 hingga 62

Jenis Responden
Catatan
 Pentadbir Perlu dijawab oleh Pengarah/Pengetua/Guru Besar
 GPM Perlu dijawab oleh Guru Perpustakaan Media
 Guru Mengikut bilangan guru disekolah termasuk penolong kanan dan GPM. Maksimum responden adalah 30. Admin PKG perlu memadam token yang lebih jika guru kurang dari 30 orang.
 Murid Mengikut bilangan murid disekolah. Maksimum responden adalah 30. Admin PKG perlu memadam token yang lebih jika murid kurang dari 30 orang.
* GPB / GPICT adalah juga sebagai responden (guru)
* Sekiranya admin PKG terpadam lebih token, sila hubungi PKG masing-masing bagi mendapatkan semula token tersebut.

Jumaat, 24 Jun 2016

PELAKSANAAN PROGRAM KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) Kampus ASTRO Bersama Komuniti Sekolah (KABKS) pada 30 Mac 2016 bagi pelaksanaan program KABKS. 
Ini adalah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bawah Yayasan Kasih Astro untuk menyokong matlamat dan usaha KPM ke arah pembelajaran secara holistik kepada murid-murid seluruh Malaysia di samping menyediakan bahan sokongan tambahan kepada guru-guru.

Sehubungan dengan itu, pihak Yayasan Kasih Astro akan membekalkan perkhidmatan Program KABKS seperti di bawah: 

1. Pemasangan baharu di sekolah yang masih belum dipasang KABKS sejak tahun 2008.
Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi pemasangan baharu terdiri daripada:
i. TV
ii. Set dekoder (DMT)
iii. Kad pintar  (Smart Card)
iv. Out Door Unit (ODU)


Pemasangan baharu KABKS dilaksanakan oleh pembekal yang dilantik oleh pihak Yayasan Kasih Astro bermula 15 Jun hingga 22 Julai 2016.

Pihak sekolah perlu menyediakan keperluan seperti berikut:
i. Sebuah meja bersain 37" (T) x 33" (L) x 24" (P)
ii. 1 unit AC (power point) untuk sambungan ke perkakasan
iii. Langkah-langkah keselamatan bagi memastikan set peralatan yang diberikan terjamin keselamatannya serta memudahkan penjagaannya
iv. Lokasi/ ruang/ bilik yang selamat dan terkawal bagi pemasangan
v. Lokasi pemasangan yang Out Door Unit (ODU) yang sesuai dengan mengambil kira aspek keselamatan warga sekolah seperti:
- di bumbung bangunan
- sekurang-kurangnya ditingkat dua
- kawasan selamat yang dipersetujui antara pihak sekolah dengan pihak KABKS 


2.Penyelenggaraan bagi sekolah yang telah dipasang KABKS sejak tahun 2008.
Set peralatan KABKS yang dibekalkan bagi penyelenggaraan (jika rosak) terdiri daripada: i. Set dekoder (DMT)
ii. Kad pintar (Smart Card)
iii. Out Door Unit (ODU)

5. Untuk makluman pihak tuan, KABKS mengandungi 17 saluran pendidikan dan informasi. Kos pemasangan, penyelenggaraan, baik pulih dekoder dan yuran bulanan adalah PERCUMA.

Sila muat turun Instrumen Pemantauan Pemasangan Baharu KABKS/ Instrumen Pemantauan Penyelenggaraan KABKS dan lengkapkan maklumat yang diperlukan. Instrumen yang telah dilengkapkan hendaklah diserahkan kepada pegawai PKG kelompok masing-masing sewaktu kerja-kerja pemasangan/ penyelenggaraan dilaksanakan di sekolah tuan.

Senarai nama sekolah yang terlibat dalam pelaksanaan program KABKS ini boleh diakses melalui url http://www.moe.edu.my/btp/2
 
Maklumat lanjut mengenai KAKBS ini boleh diakses melalui url  
http://www.astro.com.my/kampusastro

Sukacita diingatkan bahawa pembekal KABKS perlu melaporkan diri dan memohon kebenaran daripada pentadbiran sekolah untuk melaksanakan kerja-kerja pemasangan/ penyelenggaraan.

Jika ada pertanyaan, pihak tuan boleh menghubungi PKG kelompok masing-masing. Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More