Rabu, 27 Mac 2013

PENAMATAN TALIAN INTERNET TMSBB

Adalah dimaklumkan pihak tuan dimestikan untuk menamatkan perkhidmatan talian internet School Broadband di sekolah tuan setelah genap 30 hari talian 1Bestarinet beroperasi di sekolah pihak tuan. Ini bagi mengelakkan pihak kerajaan perlu membayar sebanyak 2 perkhidmatan talian internet dalam satu masa. 

Kegagalan pihak tuan membuat penamatan akan menyebabkan pihak sekolah mesti menggunakan peruntukan sendiri bagi membuat pembayaran bagi perkhidmatan School Broadband tersebut. Sebarang permasalahan berkenaan talian 1Bestarinet, pihak tuan diminta terus menghubungi talian Helpdesk 1Bestarinet.

CONTOH SURAT PENAMATAN KLIK SINI

Rabu, 20 Mac 2013

Bahan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah



Makluman kepada Guru Penyelaras Media dan Guru Pusat Sumber,boleh memuat turun Bahan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah sebagai bahan rujukan bagi memantapkan Pengurusan Pusat Sumber disekolah masing-masing.Antara bahan yang telah disediakan adalah seperti :

  1. Analisis
  2. Carta Gantt Aktiviti
  3. Carta Gantt kerja pengurusan PSS
  4. Dasar Pemilihan bahan buku
  5. Kriteria pemilihan bahan
  6. Organisasi bahan PSS
  7. Pengkelasan
  8. Rekod penggunaan
  9. Sistem Fail PSS
  10. Bahan Bacaan
  11. Contoh Graf pengurusan PSS
  12. Fail Rekod
  13. Fail Kuasa Terbaru
  14. Instrumen PSS Cemerlang
  15. Proses Teknik
  16. SKT GPM

Selasa, 12 Mac 2013

Pemberian Buku Percuma oleh The Asia Foundation

Untuk makluman,pihak The Asia Foundation ingin memberi buku percuma kepada sekolah.Sehubungan dengan itu,bagi sekolah yang berminat boleh terus menghubungi pihak The Asia Foundation untuk maklumat lebih lanjut.

The Asia Foundation                                     
Suite 13 – 05 Level 13                                   
The Gardens South Tower
 Mid Valley City,Lingkaran Syed Putra
 59200, Kuala Lumpur.

Tel: 603 – 2282 0385
Fax: 603 – 2282 5385

Isnin, 11 Mac 2013

Profile Sekolah On-Line 2013



Mohon Kerjasama Pihak sekolah untuk mengisi maklumat Sekolah secara On-line bermula pada 11 Mac 2013 sehingga 22 Mac 2013.Sehubungan dengan itu,mohon kerjasama semua Guru ICT atau Juruteknik Komputer sekolah membantu mengisi bagi pihak sekolah masing-masing. Sebarang pertanyaan,sila hubungi Pihak PKG di Talian 05-8904163.Sekian,Harap Maklum.

Klik Di Sini untuk mula mengisi

Jumaat, 8 Mac 2013

Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran melalui Sumber Pendidikan di Library of Congress

Adakah anda mencari bahan untuk Rancangan Pengajaran-Pembelajaran Harian anda? Adakah anda anda mencari objek pembelajaran (Learning Objects-LO) untuk menarik minat murid dalam kelas? Jika ya, anda tak perlu bersusah-payah membina LO anda sendiri. Di Perpustakaan Digital 'Library of Congress' terdapat 151.8 juta koleksi di hujung jari anda. Anda hanya perlu mencari bahan yang sesuai untuk PdP dan murid anda. Yang penting ialah kreativiti. Apa tunggu lagi? klik di sini http://www.loc.gov/index.html


Sumber:Portal Pengurusan Sumber Pendidikan

Antivirus Symantec



Sukacita dimaklumkan sekolah-sekolah yang masih belum menerima perkhidmatan 1Bestarinet dan antivirus sedia ada telah tamat tempoh, boleh memuat turun antivirus tersebut melalui Sistem Pengurusan ICT (SPICT) yang boleh diakses di pautan berikut :

http://pelajaranperak.gov.my/spict

Pihak sekolah diminta login menggunakan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan semasa proses pengumpulan data Penyimpanan Maklumat Komputer Riba.

Klik pada menu Muat Turun -> Antivirus . Klik pada Sistem Operasi yang bersesuaian dengan komputer di sekolah masing-masing untuk memuat turun Installer Antivirus tersebut.

Pihak sekolah boleh menggunakan Window XP SP3, Window Vista, Window 7 dan 8 untuk menggunakan Antivirus . Pihak sekolah juga dinasihatkan untuk 'uninstall' antivirus yang sedia ada di dalam komputer tersebut untuk mengelakkan sebarang masalah timbul.

Sumber:Portal JPN Perak

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More