Isnin, 19 Ogos 2019

Huawei telah mula membuat Penyelidikan Teknologi 6G


5G pada masa ini masih lagi belum digunakan secara meluas oleh pengguna-pengguna biasa sungguhpun cakap-cakap mengenainya seringkali diuar-uarkan di media massa. Teknologi ini juga merupakan fokus utama dalam perniagaan Huawei di samping menjadi punca kepada sekatan perdagangan oleh kerajaan A.S.
Sungguhpun begitu, syarikat teknologi yang berpangkalan di China ini kini dilaporkan telah mula menjalankan penyelidikan teknologi rangkaian 6G.
Berdasarkan laporan oleh portal The Logic, Huawei pada masa ini sedang mengkaji teknologi 6G di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan miliknya sendiri di Ottawa, Kanada. Teknologi berkenaan bagaimanapun tidak akan menemui pengguna dalam masa yang terdekat ini mengambil kira teknologi 5G pun masih belum dilaksanakan lagi setakat ini. Huawei menjangkakan teknologi 6G mampu disediakan sekitar tahun 2030.
Huawei bukanlah satu-satunya syarikat yang menjalankan penyelidikan 6G setakat ini memandangkan Samsung juga telah mula menjalankan penyelidikan bagi teknologi rangkaian tanpa wayar berkenaan lebih kurang dua bulan yang lalu.
Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini, teknologi 6G ini masih lagi jauh untuk dicapai pada masa ini. Sebelum ianya berlaku kita nantikan perkembangan dari isu hubungan dua hala di antara A.S. dan China yang turut melibatkan perihal penggunaan teknologi 5G.

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More