Semua, Pengetua dan Guru Besar negeri Perak, Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana dan Pengintegrasian Data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Bil.1/2014 yang diadakan pada 5 Februari 2014, JPN Perak dan BTPN Perak telah dimaklumkan masih terdapat 31 buah sekolah masih belum melaksanakan apa-apa jua pengisian data dalam modul Profil Sekolah, Profil Guru/ Staf dan Murid. Untuk makluman, semua sekolah telah dimaklumkan agar melaksanakan kerja pengisian data sejak Oktober 2013 lagi. Mohon kerjasama semua Pengetua/ Guru Besar berikut agar segera laksanakan pengisian data yang dimaksudkan sebelum 7 Februari 2014. Sebarang pertanyaan atau masalah bolehlah hubungi Penyelaras PKG masing-masing. Kepada sekolah lain, sila pastikan semua data telah lengkap diisi mengikut situasi semasa SEBELUM 15 FEBRUARI 2014. SEKOLAH DAERAH KERIAN YANG TERLIBAT BIL NAMA SEKOLAH 1. SJK(T) LADANG YAM SENG 2. SJK(T) LADANG SOON LEE Sekian, terima kasih. SUMBER: Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak |
0 comments:
Catat Ulasan