Jumaat, 27 Januari 2012

Rekod Penggunaan Pusat Sumber Sekolah


Kepada Guru Penyelaras Media / Guru Pusat Sumber Sekolah kelompok. klik di sini untuk muat turun contoh Rekod Pengggunaan Pusat Sumber Sekolah  yang boleh diguna pakai di pusat Sumber Sekolah. Sekian, Harap Maklum.

Rabu, 25 Januari 2012

Cara Mengatasi Masalah Virus ShortCut



Ada 2 cara yang akan ditunjukkan cara untuk mengatasi masalah Virus Shortcut. cara yang pertama adalah melalui command prompt.cara ini sesuai bagi Pendrive atau external hardrive.
langkah-langkahnya:

1. buka RUN
2. type CMD
3. taip dalam command prompt tu ---> cd.. dan enter ( perkataan cd dan dua titik)
4. taip lagi cd.. (perkataan cd dan dua titik)
5. kenal pasti pendrive ke samada F ke atau G dan sebagainya
6. taip F: ( huruf F dan titik bertindih bergantung pada pendrive anda kalu G taip G: lah yea)
7. taip --> attrib -h -s \*.* /s /d
tunggu sebentar sampai semua shortcut am pendive anda bertukar
ke folder asal. Contoh seperti gambar rajah dibawah.


cara kedua pula adalah dengan menggunakan Shortcut Virus Remover. Program ini telah dibangunkan oleh sekumpulan pelajar dari UITM.


klik disini untuk mendapatkan Shortcut Virus Remover. cara menggunakannya adalah seperti berikut:

  1. Pilih sama ada untuk scan pada Pendrive atau Komputer.
  2. Pilih device. contoh pendrive adalah pada drive E:\


     3.  Tekan Scan dan klik "Yes"
     4.  Kemudian,klik "OK" untuk delete virus shortcut.
    5. Kemudian klik "Yes". 
   6. kemudian periksa semula pendrive yang telah di scan. Shortcut Virus Remover ini juga boleh digunakan untuk scan pada komputer. hanya pilih komputer pada antaramuka Shortcut Virus Remover dan ikut langkah-langkah diatas. Selamat Mencuba.

Khamis, 19 Januari 2012

Sindiket Penipuan Sebagai Pegawai Sektor ICT JPN

Untuk makluman, sejak akhir-akhir ini terdapat sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai dari Sektor ICT JPN menelefon sekolah untuk mendapatkan butir-butir syarikat Komputer dan Kontraktor Pembersihan. Pemanggil dipercayai lelaki Melayu.  Sekiranya pihak tuan mendapat panggilan telefon bertanyakan butir berkenaan sila ambil langkah berikut;
1. Jangan memberi apa-apa maklumat kepada pemanggil.
2. Dapatkan nama penuh dan nombor telefon PEJABAT pemanggil.
3. Hubungi nombor telefon PEJABAT yang diberikan untuk kepastian. Untuk makluman, semua nombor telefon rasmi di JPN bermula 501xxxx.
4. Pihak tuan dipohon merujuk kepada Sektor ICT JPN/ Unit ICT, BTPN Perak untuk sebarang kes-kes yang melibatkan perolehan ICT, pelupusan ICT, penyelenggaraan ICT sekolah dan hal-hal lain yang berkaitan.
Modus Operandi Sindiket:
Selepas mendapat butir-butir syarikat/kontraktor dari pihak sekolah, sindiket akan menghubungi pula syarikat/kontraktor kononnya KPM/JPN akan menawarkan beberapa kontrak bernilai puluhan atau ratusan ribu ringgit secara tertutup. Jika berminat syarikat/kontraktor dikehendaki membayar wang deposit ke dalam akaun bank yang diberikan antara RM2,000 hingga RM4,000. Setelah wang dimasukkan, wakil syarikat/kontraktor dikehendaki hadir ke JPN Perak untuk menandatangi beberapa dokumen. Diharap semua syarikat/kontraktor tidak melayan kes seperti ini.
Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan perkara di atas pihak tuan boleh menghubungi Sektor ICT di talian 05-5015204.
SUMBER: PORTAL BTPN PERAK

Selasa, 10 Januari 2012

1BestariNet


1BestariNet? Apakah ia?. Bagi yang pertama kali mendengarnya pasti tertanya-tanya apakah ia, adakah satu lagi program kerajaan selepas 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh kerajaan. 1BestariNet merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan satu perkhidmatan capaian Internet yang berteknologi tinggi dan pantas untuk kegunaan di sekolah bagi menggantikan TM School Broadband yang dulu dikenali sebagai SchoolNet.

Projek 1BestariNet merupakan pembaharuan dan penambahbaikan  perkhidmatan capaian Internet di sekolah. Antaranya:

  1. Sambungan WAN & LAN di sekolah.
  2. Hosting Terurus
  3. Centralize Monitoring
  4. Tapisan kandungan
  5. Sekuriti tanpa had bagi device di sekolah
  6. Penambahbaikan dalam sistem tampalan pengurusan
  7. Virtual Learning Enviroment (VLE)
Fokus utama adalah kepada end to end solution dengan komponen utama adalah capaian internet dan perkhidmatan VLE untuk warga sekolah. Antara faedah pelaksanaan 1BestariNet ialah:
  1. Akses rangkaian stabil (kelajuan dari 2Mbps Sehingga 10Mbps)
  2. Bahan pembelajaran melalui platform tunggal menggunakan VLE
  3. Guru fokus kepada integrasi ICT dalam P&P dan bukan mengurus peneyelenggaraan
  4. Mengintegrasikan bahan P&P dan aplikasi P&T dalam satu platform yang terurus
  5. Memberi autonomi kepada sekolah dalam pengurusan ICT
  6. Menyediakan pengurusan keselamatan terurus,mantap dan berkesan
  7. Menampung keperlan KSSR dan KSSM serta keperluan Native Speakers
  8. Help Desk tunggal untul sluruh perkhidmatan
1BesatariNet akan bermula secara berperingkat-peringkat bermula Disember 2011 sehingga Disember 2012.

Selasa, 3 Januari 2012

Lanjutan Tempoh Interim Talian Internet 2012


Untuk Makluman Pihak Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memutuskan semua sekolah dibawah pengurusan KPM adalah dibenarkan untuk meneruskan perkhidmatan internet dengan pembekal perkhidmatan sedia ada atau memilih mana-mana penyedia perkhidmatan internet (ISP) lain bagi mendapatka sambungan perkhidmatan internet di sekolah-sekolah sepanjang tahun 2012 sehingga projek perkhidmatan 1BestariNet dilaksanakan di sekolah masing-masing. Pemasangan perkhidmatan internet dibawah projek perkhidmatan 1BestariNet akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu mulai Disember 2011 sehingga Disember 2012. Pihak sekolah masih tertaluk kepada peraturan-peraturan kewangan sedia ada bagi tujuan perolehan perkhidmatan internet ini. sekian,harap maklum.sebarang pertanyaan,sila hubungi pihak PKG di talian 05-8904163.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More