Khamis, 19 Januari 2012

Sindiket Penipuan Sebagai Pegawai Sektor ICT JPN

Untuk makluman, sejak akhir-akhir ini terdapat sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai dari Sektor ICT JPN menelefon sekolah untuk mendapatkan butir-butir syarikat Komputer dan Kontraktor Pembersihan. Pemanggil dipercayai lelaki Melayu.  Sekiranya pihak tuan mendapat panggilan telefon bertanyakan butir berkenaan sila ambil langkah berikut;
1. Jangan memberi apa-apa maklumat kepada pemanggil.
2. Dapatkan nama penuh dan nombor telefon PEJABAT pemanggil.
3. Hubungi nombor telefon PEJABAT yang diberikan untuk kepastian. Untuk makluman, semua nombor telefon rasmi di JPN bermula 501xxxx.
4. Pihak tuan dipohon merujuk kepada Sektor ICT JPN/ Unit ICT, BTPN Perak untuk sebarang kes-kes yang melibatkan perolehan ICT, pelupusan ICT, penyelenggaraan ICT sekolah dan hal-hal lain yang berkaitan.
Modus Operandi Sindiket:
Selepas mendapat butir-butir syarikat/kontraktor dari pihak sekolah, sindiket akan menghubungi pula syarikat/kontraktor kononnya KPM/JPN akan menawarkan beberapa kontrak bernilai puluhan atau ratusan ribu ringgit secara tertutup. Jika berminat syarikat/kontraktor dikehendaki membayar wang deposit ke dalam akaun bank yang diberikan antara RM2,000 hingga RM4,000. Setelah wang dimasukkan, wakil syarikat/kontraktor dikehendaki hadir ke JPN Perak untuk menandatangi beberapa dokumen. Diharap semua syarikat/kontraktor tidak melayan kes seperti ini.
Untuk sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkenaan perkara di atas pihak tuan boleh menghubungi Sektor ICT di talian 05-5015204.
SUMBER: PORTAL BTPN PERAK

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More