Selasa, 12 Januari 2016

Sokongan Untuk Windows 8 Akan Berakhir Minggu Ini – Naik-Taraf Kepada Windows 8.1 Atau Windows 10

Microsoft sering menawarkan tempoh masa sokongan yang sangat lama untuk sistem operasi Windows mereka. Walaubagaimanapun, untuk Windows 8, ia sedikit berbeza. Perkara ini adalah kerana Windows 8.1 diposisikan sebagai Service Pack untuk Windows 8, sekaligus membuatkan sokongan untuk Windows 8 akan berakhir pada minggu ini.
Windows 8
Kemaskini patch terakhir untuk Windows 8 akan diperkenalkan pada minggu ini melalui Windows Update, dan selepas itu tiada sebarang kemaskini akan ditawarkan kepada pengguna sistem operasi berkenaan sekaligus menjadikan mereka yang masih menggunakannya terdedah kepada pelbagai ancaman sekuriti.
Untuk mengelak daripada perkara tidak diingini berlaku, pengguna boleh naik-taraf sistem operasi mereka kepada Windows 8.1 atau Windows 10 secara percuma.
Jika anda masih menggunakan Windows 8, kami mengalakkan anda menaik-taraf kepada Windows 10 sementara tempoh percuma yang ditawarkan oleh Microsoft masih tidak berakhir.

Sumber Rujukan: AMANZ

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More