Selasa, 30 Mac 2010

Jalur Lebar Negara - Siri I


Keputusan kerajaan untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara diambil memandangkan kadar penembusan jalur lebar negara (broadband penetration) amat rendah iaitu 18 peratus berbanding dengan negara-negara maju di Asia seperti Singapura (78 peratus), Hong Kong (80 peratus) dan korea (93 peratus).

Pelaksanaan jalur lebar ini akan memberi impak yang besar kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Jika dahulu perkhidmatan bekalan air dan elektrik merupakan faktor penting untuk menarik pelaburan, kini perkhidmatan jalur lebar pula merupakan keperluan asas.

Oleh kerana infrastruktur dan perkhidmatan jalur lebar negara merupakan tulang belakang bagi perkembangan K-Ekonomi Negara, pelan ini mensasarkan penembusan jalur lebar bagi isi rumah sebanyak 50 peratus pada tahun 2010.

Perkhidmatan jalur lebar ini akan memberi manfaat kepada negara, kerajaan, industri dan rakyat. Perkhidmatan seperti
  1. e-Goverment
  2. e-Education
  3. e-Commerce
  4. e-Health
  5. Internet Protocol TV (IPTV)
  6. Teleworking (Berkerja dari rumah)
  7. e-payment
Sebagai contoh, kita perlukan beberapa saat sahaja untuk memuat turunkan (download) dokumen bersaiz 10 MB berbanding lima minit sekarang sementara perkhidmatan e-Health membolehkan pesakit berurusan secara on-line dengan pakar perubatan tanpa perlu bersemuka. Manakala petani dan nelayan boleh menyemak harga hasil tani mereka secara on-line dan memasarkan hasil pencarian secara terus tanpa menggunakan khidmat orang tengah.

Ehsan:Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More