Comscore Inc. sebuah badan dan peneraju ukuran dunia digital, baharu-baharu ini mengeluarkan laporan mengenai penggunaan laman web di Malaysia. Fakta dan penemuan ini cukup menarik untuk dikongsi memaparkan laman web yang mempunyai bilangan pengunjug teramai termasuk laman web pemilikan internet dan juga laman web tempatan.
Ia dibuat berdasarkan servis ComScore World Metrix dan dijalankan sekitar jun tahun lalu terhadap lebih 9.3 juta pengguna Internet di Malaysia berumur 15 tahun ke atas. Mereka ini dikaji dengan melihat corak penggunaan Internet sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Secara tidak langsung, laporan ini turut mendedahkan bahawa pengguna Malaysia mengakses kira-kira 1,066 muka kandungan Internet dan menghabiskan hampir 14 jam di talian pada bulan berkenaan.
Laman Web Tempatan Paling Banyak Dikunjungi
- MAYBANK2U.COM
- MUDAH.MY
- AIRASIA.COM
- STAR PUBLICATIONS
- UTUSAN.COM.MY
- BHARIAN.COM.MY
- MALAYSIAKINI.COM
- JOBSTREET.COM
- 701PANDUAN.COM
- HMETRO.COM.MY
- LOWYAT.NET
- DIGITAL FIVE
- CIMBCLICKS.COM.MY
- MALAYSIAAIRLINES.COM.MY
- MAXIS.COM.MY
0 comments:
Catat Ulasan