Selasa, 27 November 2012

You Tube EDU


MDeC dengan kerjasama pihak Youtube telah menandatangani satu “Memorandum Of Understanding (MoU” pada 9 Oktober 2012 di Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa untuk berkolaborasi dalam platform “YouTube EDU”.
Sehubungan dengan itu, MDeC dan YouTube telah mengadakan satu sesi pengenalan “YouTube EDU” yang bertujuan untuk membolehkan pencipta kandungan pendidikan memasarkan dan mempromosikan kandungan pendidikan mereka di laman “YouTube EDU”.
Objektif utama taklimat ini ialah untuk berkongsi bagaimana “YouTube EDU” berfungsi sebagai satu platform yang dapat membawa pendidik dan pelajar bersama-sama untuk membangunkan kandungan-kandungan yang unggul.
Taklimat tersebut telah diadakan pada Bilik Rebung 1, Multimedia Development Corporation, Cyberjaya pada 20 November 2012. Antara yang hadir pada sesi taklimat tersebut adalah Ketua Jabatan, Netizen Life Long Learning, MDeC , YBhg. Datin Dr Norrizan Razali, dan Pegawai YouTube Asia Tenggara.
Pihak Youtube juga ada memberi bayaran sekitar USD 2.00 kepada bahan video yang diupload jika rating viewers mencapai lebih 1000 viewers. Maka, melalui MoU ini, MDec berharap agar kita dapat sama berkongsi bahan pendidikan yang bermutu bagi memenuhi kehendak pembelajaran maya pada masa kini.
Antara contoh YouTube EDU yang ditunjukkan ialah di http://www.youtube.com/user/hooplakidz

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More