Selasa, 5 Jun 2012

Bengkel Pembinaan Portal Joomla Untuk Juruteknik Komputer Sekolah dan PKG


Bengkel Pembinaan Portal Joomla Untuk Juruteknik Komputer Sekolah dan PKG telah di adakan pada 29 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012. Seramai 35 orang peserta yang terlibat yang terdiri daripada Juruteknik Komputer Sekolah, PKG serta Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Kerian.

Bengkel yang di adakan selama 3 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada semua peserta mengenai pembinaan portal dengan menggunakan perisian portal yang agak popular pada masa kini iaitu Joomla.

Penceramah untuk bengkel ini ialah En.Nazarkhan Bin Abdullah, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Perkhidmatan ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak (BTPN) yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada semua peserta. Beliau merupakan Pentadbir Portal BTPN Perak serta beberapa portal lain. Banyak tips dan maklumat yang telah beliau curahkan kepada semua peserta.

Pihak PKG Gunung Semanggol, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penceramah, En.Nazarkhan Bin Abdullah di atas kesudian beliau untuk berkongsi ilmu mengenai portal. Semoga dengan kursus yang di adakan ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta terutamanya Juruteknik Komputer yang perlu membangunkan Portal Sekolah dan PKG bagi memenuhi keperluan ICT yang semakin berkembang pesat.

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More