Rabu, 27 Jun 2012

Penarafan Sekolah Menggunakan SSQS 2012


Untuk makluman Pihak Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Penarafan Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan Pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari.

Penarafan ini akan diselaras, dipantau dan dibimbing pelaksanaanya oleh Pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini adalah pada 1 Julai 2012 - 30 Julai 2012 mengikut Zon.

Pada tahun 2012, pemverifikasian terhadap penarafan SSQS akan dilakukan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) bersama Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) ke sekolah-sekolah. Pemverifikasian ini akan dijangka dilaksanakan pada 9 September 2012 - 21 September 2012.

Sehubungan dengan itu,mohon kerjasama semua pihak sekolah terutamanya Guru Penyelaras Bestari ,Guru ICT dan Juruteknik Komputer sekolah untuk memastikan Pengisian penarafan SSQS pada tahun ini mencapai 100% seperti pada tahun-tahun sebelum ini.

Mohon Guru Penyelaras Bestari ,Guru ICT dan Juruteknik Komputer sekolah untuk memuat turun Borang Responden 2012di dalam blog ini pada Muat turun ICT untuk di isi secara offline. Pihak PKG akan mengadakan 1 Bengkel Pengisian data SSQS yang dijangka akan dilaksanakan pada 4 Julai 2012 - 5 Julai 2012. Sebarang pertanyaan,sila hubungi Pegawai PKG di talian 05-8904163. Sekian,harap maklum.



0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More