Khamis, 10 Julai 2014

Pemantauan Frog VLE Oleh BTP

Adalah dimaklumkan bahawa pemantauan penggunaan Frog VLE sedang dipantau secara online oleh Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perkara yang akan dipantau adalah seperti berikut :

1.Kekerapan penggunaan Frog VLE oleh guru, murid dan Ibu bapa secara mingguan mengikut Negeri PKG dan sekolah.

2.Peratus pencapaian mengikut KPI yang telah ditetapkan - login Frog VLE selama 30 minit seminggu
untuk 30% warga sekolah.

3.Status pengagihan ID Frog VLE kepada Guru, Murid dan Ibu bapa. 



Sehubungan dengan itu, mohon jasabaik dan kerjasama pihak sekolah supaya menggunakan Frog VLE mengikut KPI yang telah ditetapkan (Login Frog VLE 30 minit dalam tempoh seminggu).


Khamis, 12 Jun 2014

Kenyataan Akhbar KPPM - Isu Guru Memuatkan Unsur Berbaur Politik Menerusi Aplikasi Sosial


Cara Jimat Ruang Storan

Jika perkara ini berlaku,ada kemungkinan akibat pengurusan storan yang tidak sistematik. Selang sebulan, anda mesti mengemas kini storan, kadangkala terdapat kemas kini, muat turun serta video yang muncul secara automatik tanpa disedari. Jadi cuba amalkan tip-tip berikut untuk lebih jimat serta meningkatkan produktiviti.

1.URUS APLIKASI

Aplikasi yang dimuat turun (download) akan disimpan secara automatik dalam memori terbina pada peranti anda. Ada beberapa peranti yang membenarkan anda untuk menyimpannya dalam kad SD. Selain itu,anda perlu lebih rajin untuk mengemas kini aplikasi mana yang telah dimuat turun tetapi tidak berguna, rosak dan versi percubaan. Jangan terasa rugi untuk terus membuangnya.

2. KECILKAN FOTO
Kini ada pelbagai versi peranti berkamera dengan mega piksel yang besar. Jadi saiz foto yang diambil akan turut sama dalam saiz yang amat besar. Bagi kegunaan penting dan anda memang perlukan foto yang tajam, cantik dan sebagainya, saiz yang besar tiada masalah. Tetapi jika sekadar untuk memuat turun naik foto ke Facebook, anda boleh mengurangkan sedikit saiznya. Ini pasti dapat menjimatkan ruang dan  memuatkan lebih banyak foto.

3.DATA APLIKASI
Sesetengah aplikasi menyimpan banyak fail sementara dalam memori terbina pada peranti dan akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Data-data aplikasi ini selalunya tidak ditetapkan untuk pengurusan secara sistematik. Masalah ini tidak berlaku kepada aplikasi popular seperti Google Maps, Facebook, dan sebagainya.

4.CACHE PLAYER
Ada telefon pintar dan tablet memerlukan pembersihan semula fail-fail sementara internet yang disimpan dalam cache pelayar web secara manual. Tetapan secara automatik mengakibatkan ia terus disimpan sehingga melebihi kapasiti sepatutnya. Ia perlu dilakukan selang seminggu atau setiap sebulan, tertaluk pada jumlah penggunaan pelayar web di telefon pintar anda.

5.PINDAH VIDEO
Kini, kebanyakan video yang diambil dengan peranti mudah alih sangat berkualiti sehingga beresolusi definisi tinggi (HD). Perkara ini perlu dititikberatkan oleh pengguna kerana saiz video sangat besar dan akan mengambil banyak ruang dalam storan anda. Jadi, rajin-rajinkan diri untuk memindahkan fail video yang dirakamkan bagi membolehkan storan anda menampung data-data lain.

6.PADAM E-MEL
Terdapat versi peranti yang tidak sesuai bekerja dengan e-mel terlalu banyak. Pengurusan kurang sistematik ini kadangkala boleh mengakibatkan ruang menjadi sesak dan memenuhkan memori sehingga boleh melambatkan peranti tanpa disedari. Ambil sedikit masa untuk melihat dan memadam e-mel yang sudah tidak berguna lagi.

Sumber:Majalah PC

Jumaat, 11 April 2014

Kutipan Data Berkaitan Penggunaan Peruntukan Grant Per Kapita (PCG) Pusat Sumber Sekolah bagi Tahun 2013

Merujuk Perkara di atas mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengisi maklumat berkaitan penggunaan peruntukan grant per kapita (PCG) pusat sumber sekolah bagi tahun 2013. Pengisian boleh di lakukan melalui atas talian.
Segala perhatian dan kerjasama semua sekolah di dahului dengan ucapan terima kasih.Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PKG di talian 05-8904163.

Klik Di sini untuk membuat pengisian

Klik Di sini untuk Surat Arahan

Rabu, 9 April 2014

Manual Sistem Pengurusan Sekolah

Berikut adalah manual Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang sedang dilaksanakan oleh sekolah sekarang. Guru-guru boleh muat-turun manual ini untuk rujukan dan panduan perlaksanaan di sekolah.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki mengisi modul berikut:
  1. Profil Sekolah
  2. Kemudahan Sekolah
  3. Pengurusan Staff
  4. Pengurusan Murid
Kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami alu-alukan dan kami mengucapkan jutaan terima kasih

Isnin, 7 April 2014

Penjagaan Dan Penyimpanan Perlatan ICT KPM





Penjagaan dan Penyimpanan Perlatan ICT di Bahagian/JPN/PPD/Institut Pendidikan/Sekolah


  1. Pastikan peralatan sentiasa di bawah pengawasan pegawai
  2. Simpan di dalam almari/kabinet/peti besi/stor/bilik khas yang berkunci
  3. Jangan letak ditempat yang terdedah kepada umum jika tidak digunakan
  4. Jangan tinggalkan perlatan ICT di dalam kenderaan

Panduan Penggunaan,Penjagaan dan Penyimpanan Peralatan ICT di luar Premis Kerajaan

  1. Gunakan peralatan untuk kegunaan rasmi sahaja
  2. Rekod pergerakan dalam Borang Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6)
  3. Gunakan Borang Kebenaran Membawa Keluar Peralatan ICT (BPPA-20)






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More