Jika perkara ini berlaku,ada kemungkinan akibat pengurusan storan yang tidak sistematik. Selang sebulan, anda mesti mengemas kini storan, kadangkala terdapat kemas kini, muat turun serta video yang muncul secara automatik tanpa disedari. Jadi cuba amalkan tip-tip berikut untuk lebih jimat serta meningkatkan produktiviti.
1.URUS APLIKASI
1.URUS APLIKASI
Aplikasi yang dimuat turun (download) akan disimpan secara automatik dalam memori terbina pada peranti anda. Ada beberapa peranti yang membenarkan anda untuk menyimpannya dalam kad SD. Selain itu,anda perlu lebih rajin untuk mengemas kini aplikasi mana yang telah dimuat turun tetapi tidak berguna, rosak dan versi percubaan. Jangan terasa rugi untuk terus membuangnya.
2. KECILKAN FOTO
Kini ada pelbagai versi peranti berkamera dengan mega piksel yang besar. Jadi saiz foto yang diambil akan turut sama dalam saiz yang amat besar. Bagi kegunaan penting dan anda memang perlukan foto yang tajam, cantik dan sebagainya, saiz yang besar tiada masalah. Tetapi jika sekadar untuk memuat turun naik foto ke Facebook, anda boleh mengurangkan sedikit saiznya. Ini pasti dapat menjimatkan ruang dan memuatkan lebih banyak foto.
3.DATA APLIKASI
Sesetengah aplikasi menyimpan banyak fail sementara dalam memori terbina pada peranti dan akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Data-data aplikasi ini selalunya tidak ditetapkan untuk pengurusan secara sistematik. Masalah ini tidak berlaku kepada aplikasi popular seperti Google Maps, Facebook, dan sebagainya.
4.CACHE PLAYER
Ada telefon pintar dan tablet memerlukan pembersihan semula fail-fail sementara internet yang disimpan dalam cache pelayar web secara manual. Tetapan secara automatik mengakibatkan ia terus disimpan sehingga melebihi kapasiti sepatutnya. Ia perlu dilakukan selang seminggu atau setiap sebulan, tertaluk pada jumlah penggunaan pelayar web di telefon pintar anda.
5.PINDAH VIDEO
Kini, kebanyakan video yang diambil dengan peranti mudah alih sangat berkualiti sehingga beresolusi definisi tinggi (HD). Perkara ini perlu dititikberatkan oleh pengguna kerana saiz video sangat besar dan akan mengambil banyak ruang dalam storan anda. Jadi, rajin-rajinkan diri untuk memindahkan fail video yang dirakamkan bagi membolehkan storan anda menampung data-data lain.
6.PADAM E-MEL
Terdapat versi peranti yang tidak sesuai bekerja dengan e-mel terlalu banyak. Pengurusan kurang sistematik ini kadangkala boleh mengakibatkan ruang menjadi sesak dan memenuhkan memori sehingga boleh melambatkan peranti tanpa disedari. Ambil sedikit masa untuk melihat dan memadam e-mel yang sudah tidak berguna lagi.
Sumber:Majalah PC
0 comments:
Catat Ulasan