Jumaat, 4 Mac 2011

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALAUI SISTEM i-Nilam

Photobucket

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat kajian maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program nilam melalui i-nilam yang mula di laksanakan pada tahun 2010.
Mohon kerjasama GPM atau Guru PSS sekolah untuk mengisi soal selidik ini secara atas talian (on-line).
Maklum balas daripada GPM atau Guru PSS amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program bacaan ini.Tarikh akhir bagi mengisi soal selidik tersebut adalah 
pada 18 Mac 2011(Jumaat)

Selasa, 1 Mac 2011

TM HOT-LINE

Photobucket

Talian Hotline TM untuk dihubungi, jika sekolah mengalami masalah talian internet.

Isnin, 7 Februari 2011

Pelan Tindakan Pengurusan PSS Sekolah

Photobucket

Pelan Tindakan Pengurusan PSS Sekolah untuk GPM Tahun 2011.
GPM boleh muat turun Pelan ini untuk makluman dan tindakan.

Rabu, 2 Februari 2011

Google Chrome Extension

Photobucket

Sesuatu untuk menambah 'perisa' Google Chrome. Google Chrome Extension diperkenalkan oleh Google untuk orang ramai menempatkan fungsi atau sambungan ke laman web kegemaran dengan mudah pada pelayar web ini.

Bayangkan anda seseorang yang mahu sentiasa berhubung dengan laman sosial. Menerusi sambungan Facebook untuk Google Chrome, anda boleh melihat mengemaskini dan menulis status laman Facebook anda tanpa meninggalkan muka web sedang anda buka. hanya klik pada ikon sambungan atau extension Facebook bersebelahan dengan butang Tools dan anda boleh log masuk dan mengakses kandungan di dalamnya.

Rabu, 5 Januari 2011

Kaspersky Key 2011

Photobucket

Kaspersky Key 2011 boleh dimuat turun di Portal Rasmi PKG Gunung Semanggol.

Photobucket


Isnin, 3 Januari 2011

Portal Rasmi Baru PKG Gunung Semanggol

Photobucket

Alhamdulilah, Portal Rasmi PKG Gunung Semanggol yang baru telah mula beroperasi pada 1 Januari 2011. Pihak PKG ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sekolah kelompok kerana telah memberi kerjasama yang baik terhadap blog ini. Semoga dengan adanya portal yang baru pihak kami akan memberikan info-info yang terkini dan terbaik untuk warga pendidik.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More