Rabu, 2 Februari 2011

Google Chrome Extension

Photobucket

Sesuatu untuk menambah 'perisa' Google Chrome. Google Chrome Extension diperkenalkan oleh Google untuk orang ramai menempatkan fungsi atau sambungan ke laman web kegemaran dengan mudah pada pelayar web ini.

Bayangkan anda seseorang yang mahu sentiasa berhubung dengan laman sosial. Menerusi sambungan Facebook untuk Google Chrome, anda boleh melihat mengemaskini dan menulis status laman Facebook anda tanpa meninggalkan muka web sedang anda buka. hanya klik pada ikon sambungan atau extension Facebook bersebelahan dengan butang Tools dan anda boleh log masuk dan mengakses kandungan di dalamnya.

Bukan itu sahaja kerana banyak lagi sambungan yang boleh anda pilih. Daripada membeli-belah, sukan, permainan, kesihatan, berita dan aplikasi menarik semuanya terdapat menerusi ciri ini. Jika anda seorang 'Shopaholic' yang bijak membeli -belah secara talian, maka sambungan Chrome seperti Amazon, Woot! dan eBay sesuai untuk anda.

Jika anda pengemar sukan pula, sambungan ESPN pasti membuatkan pengalaman melayari internet anda lebih bermakna. Sambungan-sambungan ini memudahkan anda mengakses laman kegemaran dengan segera. Google perlu lakukan sesuatu untuk mempopularkan Chrome dan ini usaha yang bijak.

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More