Sejarah PKG Gunung Semanggol

Pada tahun 1989, Pusat Sumber Pendidikan Daerah yang berpusat di Sekolah Menengah Mudzaffar Shah, Gunung Semanggol telah dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol dengan nama barunya Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol.
Terdapat 18 buah sekolah dalam kelompok Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol, Iaitu 2 buah Sekolah Menengah, 12 buah Sekolah Kebangsaan, 3 buah sekolah Tamil dan sebuah sekolah Cina. Pengerusi bagi Jawatankuasa Pengurusan Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol. Manakala Pengetua serta Guru Besar sekolah lain menjadi ahli Jawatankuasa dengan tugas-tugas yang telah diagihkan mengikut keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan (Jawatankuasa Induk). Segala aktiviti atau program yang dijalankan oleh Pegawai Penyalaras Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol adalah hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan tersebut.
Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol telah dikendalikan secara sambilan oleh seorang guru Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol. Ruang operasinya terlalu sempit dan peralatan terpaksa ditempatkan di bilik lain di sekolah itu. Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah melantik seorang Pekerja Rendah Am (PRA) di Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol untuk membantu tugas Penyelaras di Pusat Kegiatan Kegiatan Guru Gunung Semanggol. Pembantu Rendah Am ini bertugas 70% untuk Pusat Kegiatan Guru dan 30% untuk sekolah.
Pada 1 April 1993, seorang Pegawai Penyelaras sepenuh masa telah dilantik supaya program dan pentadbiran Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol supaya berjalan lancar. Pada tahun 1995, Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol dipindahkan ke Pusat Sumber baru yang lebih selesa apabila bangunan baru Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol siap dibina. Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol kini berkongsi ruang pejabat dengan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol. Segala aktiviti Pusat Kegiatan Guru seperti kursus, bengkel, seminar, mesyuarat dan taklimat dijalankan di ruang perpustakaan Pusat Sumber tersebut.
Atas inisiatif Guru Besar Sekolah Gunung Semanggol, Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol diberi sebuah bilik 10’ X 10’ untuk menyimpan peralatan yang dibekalkan. Di bilik inilah buku-buku, mesin Risograf, alatan pejabat dan sebagainya disimpan. Pihak sekolah juga telah meminjamkan perabot seperti meja, kerusi, dan rak buku untuk digunakan oleh pihak Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol. Peralatan ini diletakkan di ruang pejabat.
Pada tahun 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 44,685.25 untuk ubahsuai dan naik taraf Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol. Pihak pengurusan SK. Gunung Semanggol telah bermurah hati memberi ruang tambahan 10’ X 10’ dan 12’ X 10’ untuk menampung pertambahan staf di Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol.
Dalam tahun 2006 jumlah staf di Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggolialah 4 orang setelah perlantikan seorang Pegawai Teknologi Pendidikan DGA29 pada 1 Disember 2005 dan diikuti seorang Pembantu Tadbir (P/O) N17 pada 3 Januari 2006 bagi melancarkan segala aktiviti dan pengurusan Pusat Kegiatan Guru berjalan lancar dan sempurna.
Pada 15 Jan 2008, Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol telah menghantar surat permohonan untuk memohon menduduki Rumah Guru Lama (RGL) Gunung Semanggol untuk dijadikan bangunan Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol yang baru. Surat permohonan telah di tandatangani oleh pengerusi Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol dan dipanjangkan ke Pejabat Pendidikan Daerah. Pada 29 Jan 2008, surat setuju serah Rumah Guru Lama kepada Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol telah ditandatangani oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan dipanjangkan ke Jabatan Pelajaran Negeri. Pada 13 Feb 2008, Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol telah bersetuju agar Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol berpindah ke Rumah Guru Lama yang beralamat di JKR 1148 & 1149, Jalan Besar Gunung Semanggol, 34400 Simpang Empat, Perak dan pada 14 Feb 2008 Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol telah menerima surat setuju dari Jabatan Pelajaran Negeri.
Pada 05 Nov 2008, Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol telah mula menjanlankan projek Ubahsuai & Naik Taraf (USNT) Rumah Guru Lama (RGL) beralamat di JKR 1148 & 1149, Jalan Besar Gunung Semanggol, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak. Segala kerja-kerja pengubahsuaian berjalan dengan lancar dan sempurna sekali. Pada 05 Jan 2009, projek Ubah Suai & Naik Taraf (USNT) luar dan dalam telah siap sepenuhnya untuk diduduki. Kerja-kerja memunggah dan memindahkan perabot dan barang-barang giat dijalankan. Segala kemudahan dan infranstuktur seperti bekalan air, elektrik, telefon dan internet telah siap dipasang dan boleh digunakan.
Pada 06 Mac 2009, aktiviti dan penggunaan bangunan baru Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol pertama kali dijalankan ialah mengadakan Majlis Serah Tugas dan Perpisahan, Pn. Syamkinah Binti Zakaria PT N17 (P/O) yang telah bertukar ke Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. Majlis ini juga di jalankan untuk meraikan kedatangan Pembantu Tadbir yang baru. Majlis ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru, Daerah Kerian. Pada 17 Mac 2009, Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol lama telah berpindah sepenuhnya ke Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol baru dan telah mula beropersi berkuatkuasa pada tarikh tersebut.
Pada 04 April 2009, Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol telah menerima 2 orang pengawal keselamatan dari Syarikat Kawalan Keselamatan SAS PK untuk menjaga dan mengawal keselamatan bangunan Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol. Pengawal keselamatan bertugas 24 jam sehari dan di bahagikan kepada dua syif iaitu En. Mohd Yusof Bin Hussin ( 06.00pagi - 06.00petang) dan En. Azmi Bin Harun ( 06.00petang – 06.00pagi) secara bergilir-gilir.
Pada 29 Jun 2009, Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol telah menerima seorang lagi kakitangan sokongan yang baru iaitu En. Mohd Hafiz Bin Ariffin sebagai Juruteknik Komputer FT17. Beliau telah melapor diri pada hari tersebut. Tugas sebagai Juruteknik Komputer adalah bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pengcegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi perkomputeran dan operasi sistem dalam sesebuah organisasi.
Dengan adanya bangunan sendiri, Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol dapat menjalankan segala aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dengan lebih baik dan berkesan. Segala kemudahan yang disediakan oleh Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol dapat memberi banyak manfaat kepada guru-guru di bawah kelompok Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol untuk menjalankan tugas dengan lebih teratur dan sistemetik.
Pada 07 Januari 2010, Pusat Kegiatan Guru Gunung Semanggol telah menerima seorang Pekerja Rendah Awam (PRA) Gred R1 secara dipinjamkan untuk menjalankan tugas-tugas seperti membersihkan kawasan luar dan dalam bangunan PKG, meracun, mengemas dan sebagainya.
SENARAI PENGERUSI PKG GUNUNG SEMANGGOL

Bil

Nama Pengerusi

Tarikh

Dari
Tarikh Hingga

1

Tn. Hj. Sulaiman Bin Ijab

00.11.1987

00.02.1991 (PSPDZ)

2

En. Amer Hamzah Bin Sulaiman

12.06.1991

16.06.1992

3

En. Shairi Bin Hj. Abdul Jalil

16.06.1992

22.03.1999

4

En. Shahari Bin Embon

22.03.1999

16.10.2006

5

En. Abdul Samad Bin Harun

16.10.2006

Sekarang

SENARAI PENYELARAS PKG GUNUNG SEMANGGOL

Bil
Nama Penyelaras
Tarikh Dari
Tarikh Hingga
1
Pn. Norhimah Binti Razak
00.00.1989
00.00.1990 (PSPDZ)
2
En. Zainuddin Bin Othman
01.05.1990
30.03.1993
3
En. Md. Mamsor Bin Md. Nordin
01.04.1993
15.08.2004
4
Kosong
15.08.2004
01.04.2005
5
En. Md. Mamsor Bin Md. Nordin
01.04.2005
Sekarang


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More