Isnin, 6 Januari 2014

E-KELAS:PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR KPM DAN MAXIS

Maxis eKelas adalah satu perkhidmatan pembelajaran Matematik and Sains yang inovatif dan interaktif secara talian yang merangkumi alat pengajaran dan pembelajaran tambahan yang efektif dengan memanfaatkan kemudahan ICT yang sedia ada di sekolah. Program ini adalah hasil perkongsian pintar yang dimeterai antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Maxis pada tahun 2011, di mana Maxis telah melabur untuk menyokong inisiatif berterusan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan ICT di sekolah-sekolah melalui pembelajaran yang kreatif.
Sejak ia dilancarkan, program Maxis eKelas telahpun diperluaskan secara percuma ke lebih 2,300 Sekolah Menengah Kebangsaan di seluruh negara sejak bulan Jun 2013. Melalui program ini, para pelajar dan guru diberi alat pembelajaran dalam talian supplemental yang akan memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar, dimana kandungan dan penyampaian Maxis eKelas disesuaikan kepada keperluan pelajar, dan sentiasa diacu untuk menyampaikan pengalaman pendidikan yang inovatif. Pada masa hadapan, Maxis akan terus melabur dalam menyediakan perkhidmatan sambungan dan kehidupan seperti pendidikan kepada semua.
Bagi menikmati perkhidmatan secara percuma ini, sekolah boleh mendaftar dengan Program eKelas dengan mengisi borang pendaftaran yang boleh diakses melalui pautan ini :

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More