Jumaat, 14 Oktober 2011

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia 2011


KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA 2011 ANJURAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK) DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) AKAN DIADAKAN DI 6 LOKASI IAITU PAHANG, PERAK, JOHOR, TERENGGANU, SARAWAK DAN SABAH BERMULA PADA OKTOBER 2011 SEHINGGA JANUARI 2012.
Pelbagai acara menarik menanti pengunjung karnival, antaranya pempamer terdiri daripada penyedia perkhidmatan jalur lebar, agensi Kerajaan Pusat dan Negeri serta pengeluar perkakasan dan perisian ICT . Selain itu, turut diadakan Pertandingan Konsol Guitar Hero , Pertandingan Konsol Nintendo Wii Sports , Cabaran Permainan Dalam Talian: Go Kart, Batu Seremban, Animasi Mania, Persembahan kesenian / artis.
Pelbagai hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi melalui aktiviti-aktiviti seperti pertandingan karaoke, pertandingan melukis, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan persembahan badut yang pasti membuatkan pengunjung semua terhibur.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA.

KUNJUNGI KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA PADA 15 – 16 OKTOBER 2011 BERTEMPAT DI TAMAN TASIK TAIPING, PERAK.

0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More