Jumaat, 14 Oktober 2011

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia 2011


KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA 2011 ANJURAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK) DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) AKAN DIADAKAN DI 6 LOKASI IAITU PAHANG, PERAK, JOHOR, TERENGGANU, SARAWAK DAN SABAH BERMULA PADA OKTOBER 2011 SEHINGGA JANUARI 2012.
Pelbagai acara menarik menanti pengunjung karnival, antaranya pempamer terdiri daripada penyedia perkhidmatan jalur lebar, agensi Kerajaan Pusat dan Negeri serta pengeluar perkakasan dan perisian ICT . Selain itu, turut diadakan Pertandingan Konsol Guitar Hero , Pertandingan Konsol Nintendo Wii Sports , Cabaran Permainan Dalam Talian: Go Kart, Batu Seremban, Animasi Mania, Persembahan kesenian / artis.
Pelbagai hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi melalui aktiviti-aktiviti seperti pertandingan karaoke, pertandingan melukis, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan persembahan badut yang pasti membuatkan pengunjung semua terhibur.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA.

KUNJUNGI KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA PADA 15 – 16 OKTOBER 2011 BERTEMPAT DI TAMAN TASIK TAIPING, PERAK.

Khamis, 13 Oktober 2011

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI 2011

Photobucket

Kajian keberkesanan ini hendaklah di isi oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1 dan guru-guru English Language Year 1 tahun 2011. ( Semua guru yang mengajar BM& BI ,Jika di sekolah terdapat lebih daripada seorang guru yang mengajar subjek BM dan BI Tahun 1)


klik sini untuk mengisi

Khamis, 15 September 2011

SPPICTS Kali Ke 2/2011


Photobucket

Pengisian Data SPPICTS kali ke 2 telah bermula pada 14 sept - 08 okt 2011. Mohon kerjasama GPB dan Guru ICT sekolah untuk mengisi data tersebut.




Jumaat, 9 September 2011

Malaysia Merdeka

Layari Laman Kemerdekaan  Kali ke 54. Terdapat pelbagai info tentang sejarah kemerdekaan Negara Kita.
Photobucket

Selasa, 9 Ogos 2011

PROFILE SEKOLAH 2011

Mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengisi Profile Sekolah 2011. Untuk makluman surat untuk pengisian Profile Sekolah 2011 telah di hantar ke sekolah pada 06.04.2011 no rujukan surat PKG.SMG.8872/1/JLD3(27). Profile Sekolah 2011 merupakan kutipan Data Sekolah bagi tahun 2011 yang di buat secara on-line. Berikut adalah sekolah yang telah mengisi Profile Sekolah:

  1. SK KAMPONG SELAMAT
  2. SJKC CHONG WAH
  3. SK SAMA GAGAH
  4. SK KAMPONG TUA
  5. SK GUNONG SEMANGGOL
  6. SK KAMPONG DEW
  7. SK BUKIT MERAH
Kepada sekolah yang telah mengisi, Pihak PKG ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Bagi sekolah yang masih belum mengisi boleh berbuat demikian dengan kadar segera. Tarikh pengisian bermula pada 9 Ogos 2011 sehingga 29 Ogos 2011.



Muat Turun dahulu tatacara pengisian Profile Sekolah 2011 sebelum mula mengisi.
sebarang pertanyaan,sila hubungi PKG.

Jumaat, 5 Ogos 2011

BORANG LADAP EDUWEBTV

Kepada Semua Sekolah yang telah membuat LADAP EduWebTV di minta untuk menghantar laporan kepada PKG dengan kadar yang segera untuk Pihak BTPN perak membuat pelaporan. Borang Laporan tersebut boleh di muat turun disini.


Kerjasama pihak sekolah amatlah di harapkan dan di ucapkan ribuan terima kasih.

Isnin, 1 Ogos 2011

Sekitar Lawatan Kerja Pengarah Pelajaran Perak Ke SK Gunong Semanggol



















Khamis, 14 Julai 2011

Kajian Kepuasan Pelanggan Mengenai Pelaksanaan SSQS

Mohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT untuk menjawab kajian kepuasan pelanggan mengenai pelaksanaan SSQS yang sedang berlangsung ketika ini.Kajian ini sangat diperlukan oleh pihak BTPN Perak untuk menyuarakan sebarang masalah yang dihadapi oleh semua sekolah secara profesional dan berkesan.Kerjasama semua Guru didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Klik sini untuk menjawab

Tempoh Pengisian bermula 14 Julai 2011 - 21 Julai 2011

Rabu, 13 Julai 2011

Bengkel Pengisian SSQS 2011 dan Analisis SSQS 2010

Bengkel Pengisian SSQS 2011 akan di adakan pada 13 Julai 2011 - 14 Julai 2011 di Pusat kegiatan Guru Gunung Semanggol. Bengkel akan bermula pada pukul 2.00 petang - 4.30 petang. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT untuk menghadiri bengkel tersebut. Peralatan yang perlu dibawa adalah Laptop, Extension Wire dan Borang SSQS yang telah di isi.
Maklumat Respondend:
Sekolah Gred A/B - 62 Respondend
Sekolah Kurang Murid (SKM) - 14 Respondend


Rabu, 6 Julai 2011

Kajian Kepuasan Penyelenggaraan Peralatan ICT Oleh RHL

Mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengisi kajian kepuasan penyelenggaraan peralatan ICT oleh RHL secara on line di laman web http://175.145.14.201/penyenggaraan/ 
tatacara untuk mengisi kajian ini boleh di muat turun di sini



Sebarang pertanyaan sila hubungi PKG di talian 05-8904163.

Khamis, 23 Jun 2011

MSC MALAYSIA APICTA AWARDS 2011





Multimedia Development Corporation (MDeC) sekali lagi akan menganjurkan MSC Malaysia APICTA Award 2011. Anugerah ini adalah acara tahunan bertujuan menggalakkan percambahan daya kreativiti dan inovasi dalam ICT khususnya di kalangan warga pendidik dan pelajar, syarikat-syarikat berstatus MSC dan lain-lain , sejajar dengan dasar yang diambil oleh pihak MOSTI berkaitan dengan inovasi dan kreativiti.
Sehubungan itu kerjasama pihak Sekolah dipohon untuk mempromosikan “pencalonan” , dengan menyebarkan maklumat ini kepada Guru-guru dan menggalakkan mereka menyertai anugerah ini
Untuk makluman juga, pencalonan boleh dilakukan secara online, melalui laman web www.mscmalaysia.my/apicta . Tarikh tutup penyertaan ialah pada 16 Julai 2011. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Puan Maimunah bt Mohd Tahir talian 03-20987753 / 017-3477739 atau Puan Sofia Akmal binti Abu Bakar di MDeC di talian 013-3525359 atau emel sofia@mdec.com.my . 

Selasa, 31 Mei 2011

Video Klip Foto Imejan Penternakan Ketam Lembut





Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru Ke 40

Selasa, 26 April 2011

Spesifikasi Komputer Untuk Mengedit Video Digital


Perkembangan teknologi video digital semasa membolehkan pelbagai peringkat pengguna sama ada pengguna amatur,profesional atau dalam kalangan pelajar untuk mengendalikan video digital adalah mudah. ini adalah kerana spesifikasi komputer yang diperlukan adalah merupakan spesifikasi standard yang rata-ratanya telah sedia dilengkapi dalam komputer yang berada di pasaran.

Pemproses (Prossesor) 

  • Pemproses yang berkuasa tinggi akan memastikan proses mengedit dan memproses video digital dapat dilaksanakan dengan lancar dan dapat mengelakkan daripada berlakunya ralat yang akan melambatkan proses penyediaan video atau klip akhir untuk tujuan penyiaran dan lain-lain.
  • Pemproses yang berkelajuan tinggi juga akan memastikan sejumlah klip video dapat dimainkan secara 'full motion'.kualiti pergerakan penuh yang dimainkan pada resolusi penuh ini penting untuk memastikan klip video dapat dilihat pada pergerakan penuh.
  • Komputer yang dilengkapi dengan pemproses berkeupayaan rendah tidak akan berupaya memaparkan klip video pada pergerakan penuh dan ini akan menyukarkan penerbit untuk melihat babak-babak yang terdapat dalam klip video tersebut. Jika ini berlaku, proses mengedit tadak akan dapat dijalankan dengan lancar.
RAM   

  • Jumlah RAM atau ingatan utama yang tinggi juga akan menyumbang kepada kecepatan data diproses. Sistem operasi semasa terutamanya Windows Vista dan Windows 7 memerlukan sejumlah RAM yang agak tinggi untuk menjalankan aplikasi-aplikasi biasa yang wujud dalam sistem itu sendiri.
  • Sehubungan dengan itu, jumlah RAM dan kelajuan pemproses adalah keperluan asas yang beriringan dalam mememastikan bahawa keupayaan sesebuah sistem komputer berada pada tahap yang maksimum.
  • Konfigurasi RAM standard pada masa kini adalah antara 2GB, 4GB atau lebih. Secara asasnya semakin tinggi kapasiti RAM yang dipasang adalah lebih baik kerana keupayaan sistem komputer dan perisian yang digunakan untuk memproses video digital dapat dijalankan dengan lancar.

Kad Grafik    

  • Kad Grafik juga berperanan penting dalam memastikan keupayaan sistem komputer serasi atau sejajar dengan pemproses dan RAM yang dipasang.
  • Kad Grafik berperanan untuk memastikan previu dimainkan secara maksimum (real time preview), untuk mencapai matlamat ini sejumlah RAM juga dipasang pada kad grafik.
  • Jumlah RAM pada kad grafik yang standard adalah antara 256MB hingga 1GB atau labih.
  • Kad Grafik tiga dimensi umpamanya dipasang dengan kapasiti RAM yang lebih tinggi dan ini akan menyediakan paparan yang maksimum.

Sistem Operasi       
                                                                                             

  • Sistem operasi (operating systems) berfungsi untuk menjalankan aplikasi yang terdapat dalam sistem komputer.
  • Ia juga bertindak mengawal segala aspek teknikal dalam memastikan sistem komputer berfungsi sewajarnya, sistem operasi bagi pelantar PC yang terkini adalah Windows Vista dan Windows 7.
  • Kedua-dua sistem operasi ini berkeupayaan untuk menjalankan pelbagai perisian yang berkaitan dengan memproses dan mengedit video digital. 

Perisian Mengedit Video

  • Sejumlah perisian video digital disediakan sama ada secara percuma ataupun dengan harga yang minimum.
  • Untuk pelantar Windows, perisian asas yang boleh dicuba adalah seperti Adobe Premiere Elements, Coral VideoStudio Pro X4, Sony Vegas Movie Studio, Cyberlink PowerDirector V9 dan lain-lain.
         

                                           

Sumber: Majalah PC

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More