Pemproses (Prossesor)
- Pemproses yang berkuasa tinggi akan memastikan proses mengedit dan memproses video digital dapat dilaksanakan dengan lancar dan dapat mengelakkan daripada berlakunya ralat yang akan melambatkan proses penyediaan video atau klip akhir untuk tujuan penyiaran dan lain-lain.
- Pemproses yang berkelajuan tinggi juga akan memastikan sejumlah klip video dapat dimainkan secara 'full motion'.kualiti pergerakan penuh yang dimainkan pada resolusi penuh ini penting untuk memastikan klip video dapat dilihat pada pergerakan penuh.
- Komputer yang dilengkapi dengan pemproses berkeupayaan rendah tidak akan berupaya memaparkan klip video pada pergerakan penuh dan ini akan menyukarkan penerbit untuk melihat babak-babak yang terdapat dalam klip video tersebut. Jika ini berlaku, proses mengedit tadak akan dapat dijalankan dengan lancar.
RAM
- Jumlah RAM atau ingatan utama yang tinggi juga akan menyumbang kepada kecepatan data diproses. Sistem operasi semasa terutamanya Windows Vista dan Windows 7 memerlukan sejumlah RAM yang agak tinggi untuk menjalankan aplikasi-aplikasi biasa yang wujud dalam sistem itu sendiri.
- Sehubungan dengan itu, jumlah RAM dan kelajuan pemproses adalah keperluan asas yang beriringan dalam mememastikan bahawa keupayaan sesebuah sistem komputer berada pada tahap yang maksimum.
- Konfigurasi RAM standard pada masa kini adalah antara 2GB, 4GB atau lebih. Secara asasnya semakin tinggi kapasiti RAM yang dipasang adalah lebih baik kerana keupayaan sistem komputer dan perisian yang digunakan untuk memproses video digital dapat dijalankan dengan lancar.
Kad Grafik
- Kad Grafik juga berperanan penting dalam memastikan keupayaan sistem komputer serasi atau sejajar dengan pemproses dan RAM yang dipasang.
- Kad Grafik berperanan untuk memastikan previu dimainkan secara maksimum (real time preview), untuk mencapai matlamat ini sejumlah RAM juga dipasang pada kad grafik.
- Jumlah RAM pada kad grafik yang standard adalah antara 256MB hingga 1GB atau labih.
- Kad Grafik tiga dimensi umpamanya dipasang dengan kapasiti RAM yang lebih tinggi dan ini akan menyediakan paparan yang maksimum.
Sistem Operasi
- Sistem operasi (operating systems) berfungsi untuk menjalankan aplikasi yang terdapat dalam sistem komputer.
- Ia juga bertindak mengawal segala aspek teknikal dalam memastikan sistem komputer berfungsi sewajarnya, sistem operasi bagi pelantar PC yang terkini adalah Windows Vista dan Windows 7.
- Kedua-dua sistem operasi ini berkeupayaan untuk menjalankan pelbagai perisian yang berkaitan dengan memproses dan mengedit video digital.
Perisian Mengedit Video
- Sejumlah perisian video digital disediakan sama ada secara percuma ataupun dengan harga yang minimum.
- Untuk pelantar Windows, perisian asas yang boleh dicuba adalah seperti Adobe Premiere Elements, Coral VideoStudio Pro X4, Sony Vegas Movie Studio, Cyberlink PowerDirector V9 dan lain-lain.
Sumber: Majalah PC
0 comments:
Catat Ulasan