Khamis, 8 Oktober 2009

15 Perkara Yang Menyebabkan Bala

Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

  • Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  • Zakat dijadikan hutang.
  • Suami turut kehendak isteri.
  • Anak derhaka kepada ibunya.
  • Anak suka berbaik-baik dengan kawan.
  • Anak suka menjauhkan diri daripada bapanya.
  • Suara ditinggikan di dalam masjid.
  • Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
  • Seseorang dimuliakn kerana ditakuti kejahatannya.
  • Arak diminum di merata tempat.
  • Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
  • Artis jadi pujaan.
  • Muzik banyak dimainkan.
  • Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW.
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain. (Hadis Tarmizi)

Isnin, 5 Oktober 2009

Peringatan Dari Yang Maha Kuasa

Salam.. memang menyedihkan mengenai gempa bumi yang berlaku di negara jiran kita Indonesia.Ratusan orang terbunuh dan beribu yang lain masih hilang tertimbus di dalam runtuhan.
Kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana hanya mengalami gegaran kecil tanpa melibatkan kehilangan nyawa..apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya..inilah peringatan yang di tunjukan oleh Allah terhadap hambanya bahawa DIA lah yang maha Besar dan maha Berkuasa di bumi yang sudah tua ini.Marilah kita ambil iktibar dari apa yang berlaku, janganlah kita leka dan lalai di dunia yang hanya sementara ini.kepada rakyat Indonesia bersabarlah dan pada rakyat Malaysia marilah sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan dengan menderma pada Tabung-tabung yang telah ditubuhkan oleh pihak kerajaan dan swasta..marilah kita berdoa agar negara Malaysia ini terus di berikan rahmat oleh Allah.. amin.

Isnin, 28 September 2009

Bahaya Rokok

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Khamis, 24 September 2009

Puasa Enam Ibarat Puasa Setahun

Alhamdulillah kita telah tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan yang lalu. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan yang akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Marilah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kerana kedatangan haid, puasa Sunat 6 hari dalam Syawal ini memberi peluang terbaik untuk mengqadha' di samping mendapatkan pahala berpuasa sunat. Kebiasaan mentaakhirkan qadha sehingga hampir Ramadhan akan datang adalah satu amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah. Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qadha' puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajiban yang telah kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat di hati kita?

Natijah dari amalan puasa ialah taqwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepadaNya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Sebagai akhirnya, sama-samalah kita berdoa supaya kita dapat bertemu Ramadhan tahun depan dan seterusnya.

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

Jumaat, 18 September 2009

Adab - adab menyambut Hari Raya Aidilfitri

  1. Menghidupkan malam Hari Raya dengan memperbanyakkan amal ibadah dan bertakbir.
  2. Mandi sunat Hari Raya
  3. Memakai bau-bauan harum
  4. Memakai pakaian yang paling baik
  5. Menjamah sedikit makanan sebelum ke masjid
  6. Berjalan ke masjid dengan tenang dan tawadhuk
  7. Berzikir atau bertakbir semasa berjalan ke masjid
  8. Menunaikan zakat fitrah sebelum sembahyang sunat Hari Raya
  9. Mengucapkan tahniah bila berjumpa dengan saudara-saudara muslim
  10. Mengelakkan pembaziran
  11. Menjauhi segala maksiat dan perbuatan yang sia-sia
  12. Menziarahi kubur
  13. Kunjung mengunjung ke rumah saudara serta jiran
  14. Memperbanyakkan bersedekah

Selasa, 15 September 2009

Salam Aidilfitri


ingin kad Raya percuma?? sila download di blog ini dan kirimkan lah pada yang tersayang pada Aidilftri yang bakal menjelang nanti...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More