Evolusi teknologi yang pesat membolehkan kita mengakses internet di mana jua. Ia juga membolehkan kita menyimpan maklumat peribadi dan kerja di dalam peralatan mudah alih. Walau bagaimanapun, jika anda kehilangan peranti mudah alih, anda akan menghadapi risiko lebih daripada sekadar kehilangan senarai kenalan. Anda juga akan kehilangan semua maklumat sensitif dan peribadi lain yang disimpan di dalamnya serta mendedahkan diri anda kepada risiko yang lebih besar.
Menjamin keselamatan peranti mudah alih anda secara fizikal
Menjamin keselamatan peranti mudah alih anda secara fizikal
- Pastikan peranti mudah alih anda dikonfigurasikan dengan auto-lock selepas beberapa saat.
- Berhati-hati menggunakan peranti mudah alih anda di tempat awam.
- Jika anda kehilangan peranti mudah alih anda yang mempunyai data peribadi, segera laporkan kehilangan tersebut.
Berhati-hati apabila menggunakan wifi awam
Tiada yang sulit pada wifi awam
Jika anda melayari internet menggunakan sambungan yang tidak selamat (cth:wifi percuma di restoran makanan segera), anda akan terdedah kepada penjenayah siber yang boleh melihat dan mencuri data anda.
Jangan mengirim atau menerima data yang sensitif melalui wifi awam
Apabila melakukan transaksi sensitif (contohnya perbankan dalam talian), pastikan ia dilakukan pada rangkaian yang terjamin.