Jumaat, 28 Ogos 2009

Merdeka !!! Merdeka !!!



Salam Kemerdekaan & Salam 1 Malaysia
Alhamdulilah, Negara kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 pada tahun ini. Ia akan disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas
daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun dengan Temanya "Rakyat diDahulukan pencapaian diUtamakan".
Sambutan Pada Tahun ini akan Di adakan di Dataran Parlimen. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam bulan Ramadhan, bulan yang cukup mulia kepada umat islam. Sehubungan dengan itu, marilah kita menyemarakan semangat kemerdekaan tanpa mengira kaum dan bangsa.. Ayuh Malaysia!!

Malaysia Boleh, Saya Bangga Menjadi Anak Malaysia.......




0 comments:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More