Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) sebagai urus setia
Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca bertanggungjawab untuk mengumpul dan
seterusnya melapor pencapaian Program NILAM.
Sehubungan dengan itu, untuk memastikan
keselamatan data. BTP telah memutuskan tidak akan menggunakan Sistem
i-NILAM untuk tujuan kutipan data mulai tahun 2016.
BTP telah menyediakan satu templat interim
untuk mengutip data NILAM bagi menggantikan proses kutipan data sedia ada.
Kutipan data akan dilaksanakan
setiap suku tahun (Mac, Jun, September dan Disember) untuk tujuan
pelaporan.Bersama-sama ini disertakan templat kutipan data NILAM untuk
tindakan tuan.
Klik di sini untuk muat turun
Klik di sini untuk muat turun