Rabu, 4 November 2015

KAJIAN PENGGUNAAN FROG VLE MURID TAHUN EMPAT SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Untuk makluman pihak sekolah, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan rangkaian sedang melaksanakan kajian penggunaan frog VLE murid tahun empat sekolah-sekolah KPM. Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan/puan untuk melaksanakan kajian tersebut kepada murid tahun empat.

Kajian ini dilaksanakan secara atas talian melalui alamat berikut :
KAJIAN PENGGUNAAN FROG VLE MURID TAHUN EMPAT SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Tarikh akhir pengisian ialah pada atau sebelum 20 November 2015 (Jumaat). Negeri Perak mensasarkan semua murid tahun 4 melaksanakan kajian ini. Segala kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi Pegawai di talian 05-8904163.

Rabu, 9 September 2015

Bagaimana Menggunakan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sebagai Tugasan

 


Jumaat, 4 September 2015

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet.
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru. Beri tugasan dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan sumber pengajaran, beri maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang membolehkan anda melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara. Maksimumkan masa dan mulalah merancang dengan kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua, peribadikan laman utama anda, muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda dengan rakan sekelas atau guru melalui forum. Ikuti perkembangan acara sekolah, laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan notis sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain mengikut keselesaan anda.

Jumaat, 31 Julai 2015

KEPUTUSAN PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT PKG TAHUN 2015


Keputusan Pemilihan Tokoh Nilam PKG Gunung Semanggol boleh dimuat turun. Tahniah kepada semua pemenang! kepada peserta yang lain diharapkan akan berusaha lagi untuk tahun hadapan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan pemilihan tersebut.


Jumaat, 10 Julai 2015

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 2015 - SSQS

Adalah dimaklumkan bahawa Kementarian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang beteraskan pengetahuan (k-economy).

Sehubungan itu, tuan/puan dipohon untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan dan pemantauan penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan secara dalam talian mulai 6 julai - 30 Ogos 2015. Penarafan di kesemua sekolah akan diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari/ Guru Penyelaras ICT.


Sila dapatkan surat siaran, panduan dan instrumen di sini



BILANGAN RESPONDEN SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2015
A. Sekolah yang cukup 62 responden.
Jenis responden
Bilangan responden
 Pentadbir
1
 Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
1
 Guru (termasuk GPB/ GPICT)
30
 Murid
30
Jumlah Responden
62

B. Sekolah yang tidak cukup 62 responden
Jenis responden
Bilangan responden
 Pentadbir
1
 Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
1
 Guru (termasuk GPB/ GPICT)
1 hingga ≤ 30
(mengikut bilangan guru di sekolah)
 Murid
1 hingga ≤ 30
(mengikut bilangan murid di sekolah)
Jumlah responden
1 hingga ≤ 61

Contoh Kes 1: Sekolah yang cukup 62 responden
Enrolmen
Jumlah
Bilangan Responden
Guru
40
62
Murid
1200

Contoh Kes 2: Sekolah yang cukup 62 responden
Enrolmen
Jumlah
Bilangan Responden
Guru
30
62
Murid
32

Contoh Kes 3: Sekolah yang tidak cukup 62 responden
Enrolmen
Jumlah
Bilangan Responden
Guru
10
35
Murid
25
* Isi mengikut bilangan guru dan murid yang ada sahaja.

 

Hubungi PKG untuk maklumat lanjut 05-8904163  


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More