Khamis, 14 Julai 2011

Kajian Kepuasan Pelanggan Mengenai Pelaksanaan SSQS

Mohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT untuk menjawab kajian kepuasan pelanggan mengenai pelaksanaan SSQS yang sedang berlangsung ketika ini.Kajian ini sangat diperlukan oleh pihak BTPN Perak untuk menyuarakan sebarang masalah yang dihadapi oleh semua sekolah secara profesional dan berkesan.Kerjasama semua Guru didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Klik sini untuk menjawab

Tempoh Pengisian bermula 14 Julai 2011 - 21 Julai 2011

Rabu, 13 Julai 2011

Bengkel Pengisian SSQS 2011 dan Analisis SSQS 2010

Bengkel Pengisian SSQS 2011 akan di adakan pada 13 Julai 2011 - 14 Julai 2011 di Pusat kegiatan Guru Gunung Semanggol. Bengkel akan bermula pada pukul 2.00 petang - 4.30 petang. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari dan Guru ICT untuk menghadiri bengkel tersebut. Peralatan yang perlu dibawa adalah Laptop, Extension Wire dan Borang SSQS yang telah di isi.
Maklumat Respondend:
Sekolah Gred A/B - 62 Respondend
Sekolah Kurang Murid (SKM) - 14 Respondend


Rabu, 6 Julai 2011

Kajian Kepuasan Penyelenggaraan Peralatan ICT Oleh RHL

Mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengisi kajian kepuasan penyelenggaraan peralatan ICT oleh RHL secara on line di laman web http://175.145.14.201/penyenggaraan/ 
tatacara untuk mengisi kajian ini boleh di muat turun di sini



Sebarang pertanyaan sila hubungi PKG di talian 05-8904163.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More