Rabu, 9 September 2015
Jumaat, 4 September 2015
Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?
| Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet. | |||
| Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru. Beri tugasan dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan sumber pengajaran, beri maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang membolehkan anda melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara. | Maksimumkan masa dan mulalah merancang dengan kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua, peribadikan laman utama anda, muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda dengan rakan sekelas atau guru melalui forum. | Ikuti perkembangan acara sekolah, laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan notis sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain mengikut keselesaan anda. | |
Jumaat, 31 Julai 2015
KEPUTUSAN PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT PKG TAHUN 2015
Keputusan Pemilihan Tokoh Nilam PKG Gunung Semanggol boleh dimuat turun. Tahniah kepada semua pemenang! kepada peserta yang lain diharapkan akan berusaha lagi untuk tahun hadapan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan pemilihan tersebut.
Jumaat, 10 Julai 2015
PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH 2015 - SSQS
Adalah dimaklumkan bahawa Kementarian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang beteraskan pengetahuan (k-economy).
Sehubungan itu, tuan/puan dipohon untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan dan pemantauan penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan secara dalam talian mulai 6 julai - 30 Ogos 2015. Penarafan di kesemua sekolah akan diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari/ Guru Penyelaras ICT.
Sehubungan itu, tuan/puan dipohon untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan dan pemantauan penarafan pembestarian sekolah yang dilaksanakan secara dalam talian mulai 6 julai - 30 Ogos 2015. Penarafan di kesemua sekolah akan diuruskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) dengan bantuan penyelarasan di peringkat sekolah oleh Guru Penyelaras Bestari/ Guru Penyelaras ICT.
Sila dapatkan surat siaran, panduan dan instrumen di sini
BILANGAN RESPONDEN SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2015
A. Sekolah yang cukup 62 responden.
|
Jenis responden
|
Bilangan responden
|
|
Pentadbir
|
1
|
|
Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
|
1
|
|
Guru (termasuk GPB/ GPICT)
|
30
|
|
Murid
|
30
|
|
Jumlah Responden
|
62
|
B. Sekolah yang tidak cukup 62
responden
|
Jenis responden
|
Bilangan responden
|
|
Pentadbir
|
1
|
|
Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
|
1
|
|
Guru (termasuk GPB/ GPICT)
|
1 hingga ≤ 30
(mengikut bilangan guru di sekolah) |
|
Murid
|
1 hingga ≤ 30
(mengikut bilangan murid di sekolah) |
|
Jumlah responden
|
1 hingga ≤ 61
|
Contoh Kes 1:
Sekolah yang cukup 62 responden
|
Enrolmen
|
Jumlah
|
Bilangan Responden
|
|
Guru
|
40
|
62
|
|
Murid
|
1200
|
Contoh Kes 2:
Sekolah yang cukup 62 responden
|
Enrolmen
|
Jumlah
|
Bilangan Responden
|
|
Guru
|
30
|
62
|
|
Murid
|
32
|
Contoh Kes 3:
Sekolah yang tidak cukup 62 responden
|
Enrolmen
|
Jumlah
|
Bilangan Responden
|
|
Guru
|
10
|
35
|
|
Murid
|
25
|
* Isi
mengikut bilangan guru dan murid yang ada sahaja.
Hubungi PKG untuk maklumat lanjut 05-8904163



