Isnin, 29 Disember 2014

Amaran Bencana Banjir Di Negeri Perak - Pindahan Peralatan ICT

Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah di Negeri Perak

Tuan,

AMARAN BENCANA BANJIR DI NEGERI PERAK - PINDAHAN PERALATAN ICT

Adalah dimaklumkan dijangkakan gelombang ke-2 banjir akan melanda negeri Perak pada hari ini 24 Disember 2014.

Oleh itu, mohon sekolah yang kebarangkalian akan dinaiki air (banjir) mengambil tindakan segera MEMINDAHKAN SEMUA PERALATAN ICT ke tempat yang lebih selamat.

Sila pastikan bekalan elektrik diputuskan terlebih dahulu bagi menjamin keselamatan semasa proses perpindahan.

Pastikan proses perpindahan peralatan tersebut dijalankan dengan teratur dan cermat.

Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Peringatan Khas daripada JPN, PPD dan BTPN

Sumber:JPN Perak

Rabu, 24 Disember 2014

Kenapa Anda Perlukan Perisian Antivirus?



Hari ini antivirus hanya satu perkataan untuk alat yang melindungi data anda dan komputeranda daripada virus, Trojan, botnet, rootkit, ransomware, dan semua jenis perisian berniat jahat.

Anda hanya menggunakan komputer untuk melayari web, yang anda kata tidak menyimpan apa-apa maklumat peribadi di dalamnya. Siapa yang peduli jika virus atau beberapa program berniat jahat telah masuk kedalam sistem atau komputer anda tanpa anda sedari?

Senario ancaman virus seperti Trojan, memasuki sistem anda dengan berpura-pura untuk menjadi berguna, tetapi apabila ia telah masuk kedalam sistem komputer ia akan mengeluarkan sejumlah perisian berniat jahat. Anda mengatakan anda tidak menyimpan data peribadi ? Bagaimana dengan alamat e-mel, Trojan mungkin cuba untuk mencuri alamat e-mel dan kata laluan anda, atau memasukkan dirinya ke dalam urus niaga kewangan secara online untuk mengalirkan akaun bank anda. Itulah rompakan bank yang tidak memerlukan topeng atau pistol.

Jika komputer anda telah diserap masuk oleh botnet, penternak bot boleh melakukan apa sahaja, termasuk memuntahkan spam, mengambil bahagian dalam serangan perkhidmatan, atau berkhidmat sebagai perintah dan kawalan server (pelayan) peer-to -peer. Jika ISP anda mengesan trafik datang dari alamat IP anda, anda mungkin mendapati diri anda terpisah dari semua akses Internet .

Ini adalah sebahagian contoh bagaimana perisian yang berniat jahat atau virus menyerang komputer anda.oleh itu, setiap peranti atau komputer memerlukan perisian antivirus bagi mengelakkan komputer anda dijangkiti virus. Gunalah perisian antivirus sama ada yang percuma atau berbayar.


Selamatkan Data Peribadi Anda!

Khamis, 30 Oktober 2014

Pelaksanaan Program Membaca 1 Malaysia (KM1M)


Dengan ini dimaklumkan bahawa Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pendidikan Malaysia yang di urus setiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Program ini bertujuan membina tabiat membaca di kalangan murid sekolah dan sebagai pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang hayat.

Program ini akan berlangsung selama tiga (3) hari, iaiti 04, 05, dan 06 November 2014. Pelancaran Program ini akan diadakan pada :

Tarikh : 4 November 2014
Hari : Selasa
Masa : 9.00 Pagi 
Tema : Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia 

Surat arahan dan cadangan jadual bagi pengisian program boleh dimuat turun di sini
Semua sekolah hendaklah melaksanakan pelbagai aktiviti galakan membaca dan satu laporan pelaksanaan program perlu disediakan dan diserahkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui Pusat Kegiatan Guru kawasan masing-masing pada atau sebelum 11 November 2014.

Kerjasama semua sekolah dalam melaksanakan agenda untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara ini amat dihargai.



Jumaat, 10 Oktober 2014

Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Negeri Perak Tahun 2014

Pengetua/ Guru Besar
sekolah Menengah/ Rendah Daerah Kerian
1. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Perak akan mengadakan Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Pembelajaran Maya Negeri Perak Tahun 2014 seperti ketetapan berikut:
Daerah Kerian Dan Larut Matang Selama
Tarikh : 15-16 Oktober 2014
Tempat: Hotel Taiping Perdana, Taiping
2. Peserta dikehendaki membuat prapendaftaran (pengesahan kehadiran) di sini.
4. Tuntutan yang lewat diterima atau tidak lengkap tidak akan dilayan. Tuntutan perjalanan adalah berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan berkuatkuasa dan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak melalui Urus Setia program semasa sesi pendaftaran.
5. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Kegiatan Guru kelompok masing-masing.
Pra-Pendaftaran peserta Program Perkongsian Amalan Terbaik Pengintegrasian Persekitaran Maya sila klik di sini

Rabu, 1 Oktober 2014

Bahan Taklimat SPS Daerah Kerian 2014




Taklimat akan diadakan seperti berikut:

1. Tarikh: 1 Oktober 2014 (Rabu)
    Masa: 2.30 Petang - 5.00 Petang
    Tempat: Bilik Gerakan SMK Bagan Serai
    Peserta: Pengetua dan Guru Besar

2. Tarikh: 2 Oktober 2014 (Khamis)
    Masa: 8.30 Pagi - 12.00 Tengahari
    Tempat: Bilik Gerakan SMK Bagan Serai
    Peserta: Admin 1(Guru Data) dan Admin 2 (GPB/GPICT) Sekolah Kebangsaan Sahaja

3. Tarikh: 2 Oktober 2014 (Khamis)

    Masa: 2.30 Petang - 5.00 Petang
    Tempat: Bilik Gerakan SMK Bagan Serai
    Peserta: Admin 1(Guru Data) dan Admin 2 (GPB/GPICT) Sekolah Menengah,SJK(C) dan
    SJK(T) Sahaja     





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More