Jumaat, 11 April 2014

Kutipan Data Berkaitan Penggunaan Peruntukan Grant Per Kapita (PCG) Pusat Sumber Sekolah bagi Tahun 2013

Merujuk Perkara di atas mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengisi maklumat berkaitan penggunaan peruntukan grant per kapita (PCG) pusat sumber sekolah bagi tahun 2013. Pengisian boleh di lakukan melalui atas talian.
Segala perhatian dan kerjasama semua sekolah di dahului dengan ucapan terima kasih.Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PKG di talian 05-8904163.

Klik Di sini untuk membuat pengisian

Klik Di sini untuk Surat Arahan

Rabu, 9 April 2014

Manual Sistem Pengurusan Sekolah

Berikut adalah manual Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang sedang dilaksanakan oleh sekolah sekarang. Guru-guru boleh muat-turun manual ini untuk rujukan dan panduan perlaksanaan di sekolah.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki mengisi modul berikut:
  1. Profil Sekolah
  2. Kemudahan Sekolah
  3. Pengurusan Staff
  4. Pengurusan Murid
Kerjasama dari pihak tuan/puan amat kami alu-alukan dan kami mengucapkan jutaan terima kasih

Isnin, 7 April 2014

Penjagaan Dan Penyimpanan Perlatan ICT KPM





Penjagaan dan Penyimpanan Perlatan ICT di Bahagian/JPN/PPD/Institut Pendidikan/Sekolah


  1. Pastikan peralatan sentiasa di bawah pengawasan pegawai
  2. Simpan di dalam almari/kabinet/peti besi/stor/bilik khas yang berkunci
  3. Jangan letak ditempat yang terdedah kepada umum jika tidak digunakan
  4. Jangan tinggalkan perlatan ICT di dalam kenderaan

Panduan Penggunaan,Penjagaan dan Penyimpanan Peralatan ICT di luar Premis Kerajaan

  1. Gunakan peralatan untuk kegunaan rasmi sahaja
  2. Rekod pergerakan dalam Borang Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6)
  3. Gunakan Borang Kebenaran Membawa Keluar Peralatan ICT (BPPA-20)






Selasa, 25 Februari 2014

KENYATAAN MEDIA ISU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)



Rabu, 19 Februari 2014

NOTA BENGKEL INSTALASI DAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI 2014


Untuk Muat turun Klik disini












Jumaat, 7 Februari 2014

SEGERA : SENARAI SEKOLAH MASIH BELUM LAKSANA PENGISIAN DATA SPS


Semua, Pengetua dan Guru Besar negeri Perak,

Merujuk kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana dan Pengintegrasian Data Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Bil.1/2014 yang diadakan pada 5 Februari 2014, JPN Perak dan BTPN Perak telah dimaklumkan masih terdapat 31 buah sekolah masih belum melaksanakan apa-apa jua pengisian data dalam modul Profil Sekolah, Profil Guru/ Staf dan Murid. Untuk makluman, semua sekolah telah dimaklumkan agar melaksanakan kerja pengisian data sejak Oktober 2013 lagi.

Mohon kerjasama semua Pengetua/ Guru Besar berikut agar segera laksanakan pengisian data yang dimaksudkan sebelum 7 Februari 2014. Sebarang pertanyaan atau masalah bolehlah hubungi Penyelaras PKG masing-masing.

Kepada sekolah lain, sila pastikan semua data telah lengkap diisi mengikut situasi semasa SEBELUM 15 FEBRUARI 2014.

SEKOLAH DAERAH KERIAN YANG TERLIBAT

BIL NAMA SEKOLAH 

1. SJK(T) LADANG YAM SENG
2. SJK(T) LADANG SOON LEE 

Sekian, terima kasih.

SUMBER: Unit Pengurusan Maklumat, Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), JPN Perak 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More