Khamis, 17 Oktober 2013

Kajian Bahan Digital MBMMBI 2013

Pihak sekolah diminta untuk mengisi Kajian Bahan Digital MBMMBI 2013 secara atas talian.
kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan bahan digital MBMMBI di sekolah bagi pemantapan proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.

Sehubungan dengan itu,diminta semua guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di sekolah untuk mengisi kajian tersebut.Sebarang pertanyaan,sila hubungi pegawai PKG di talian 05-8904163.



Khamis, 10 Oktober 2013

Program Kem Membaca 1 Malaysia dan Read 2013

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.

Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di  dalam  entri Malaysian Book Of Record  (MBOR) 2010.

Sumbangan ini memberikan impak positif dalam pelaksanaan Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) di samping meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah. Bagi memastikan kejayaan kempen membaca ini, Scholastic Malaysia telah menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. Nilai sumbangan bahan bacaan yang diberikan bertambah dengan peningkatan bilangan sekolah dan murid yang mengambil bahagian dalam program ini setiap tahun meningkat. 

Selain itu, Scholastic Malaysia turut memberikan sokongan padu dalam menjayakan Program Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Ini jelas menunjukkan Scholastic Malaysia sama-sama berusaha merealisasikan aspirasi misi KPM dalam ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.’

Scholastic juga mewujudkan Scholastic Book Clubs yang merupakan saluran terbaik untuk murid memperoleh dan memiliki bahan bacaan yang berkualiti dengan kos yang rendah. Seleksi bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur dan mempunyai nilai sejagat dapat dibaca, dihayati dan diadaptasikan oleh murid dalam semua aspek kehidupan mereka. Di samping itu, bahan bacaan ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid dan keupayaan mereka berdaya saing di peringkat global. 

Semoga kerjasama erat antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia akan terus kukuh dan berterusan sejajar dengan visi Malaysia sebagai negara berasaskan ekonomi pengetahuan (k-economy) dan maju menjelang 2020.

Untuk makluman kini pendaftaran secara atas talian telah dibukakan pada 23 September 2013 sehingga 25 Oktober 2013 di laman web seperti dibawah:-

http://www.readtogether.com.my/

Tahun ini Scholastic hanya membuka kepada 2500 PENYERTAAN sahaja.


DAFTAR SEGERA!!!  Sila klik sini untuk muaturun bahan READ2013.

MUAT TURUN SURAT PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2013

Rabu, 11 September 2013

KAJIAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DI SEKOLAH

Dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan sedang menjalankan Kajian Penggunaan Bahan Digital di Sekolah. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan guru dan murid terhadap keberkesanan penggunaan bahan digital. Hasil daripada kajian ini akan dijadikan panduan untuk penambahbaikan pembangunan bahan digital.

Instrumen soal selidik terbahagi kepada dua iaitu soal selidik guru dan murid. Semua guru dan minimum 10 orang murid disetiap sekolah perlu mengisi soal selidik yang berkaitan. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan dijalankan ke seluruh negara bermula 6 september 2013 hingga 20 september 2013 secara atas talian.

Untuk soal selidik Guru
https://docs.google.com/forms/d/1_bPIAzmB9f1T84cuvRu-LF-BkRhLVDelTLMtw0iAswY/viewform

Untuk soal selidik Murid (Minimum 10 Orang Murid)
https://docs.google.com/forms/d/1lG04TCNrWb3I8j7kAwam1iOYG8nExfHP4GrzBF68SWY/viewform

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PKG ditalian 05-8904163

Selasa, 10 September 2013

SSQS 2.0

PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) TAHUN 2013

Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari KPM yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia serta Mesyuarat Flagship Coordination Commite (FCC) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara.

Indikator dan instrumen SSQS telah dibuat penambahbaikan dengan memasukkan elemen Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) dan Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Indikator SSQS 2.0 ini mempunyai 5 domain  iaitu:


  1. Domain Penggunaan (30%)
  2. Domain Modal Insan (30%)
  3. Domain Aplikasi (10%)
  4. Domain Infrastruktur (10%)
  5. Domain Pusat Sumber Sekolah (20%)

Penarafan SSQS ini akan diselaras, dipantau dan dibimbing pelaksanaanya oleh Pegawai di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri  (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG). Tempoh pelaksanaan penarafan bagi tahun ini ialah pada 2 September 2013 hingga 24 September 2013.

Sila Layari Blog SSQS Negeri Perak bagi maklumat lanjut dan pengisian

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai PKG di talian 05-8904163

Jumaat, 16 Ogos 2013

Password + Kata Laluan


Khamis, 18 Julai 2013

SPS - SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH


SPS merupakan satu komponen dalam Penyelesaian Bersepadu Projek Rintis Sekolah Bestari. Objektif SPS ialah mewujudkan satu primary data maklumat sekolah. Sistem ini telah dibangunkan pada awal tahun 2009 dengan pembangunan pangkalan data yang mengambil kira fungsi dan keperluan data aplikasi iaitu Sistem Maklumat Murid (SMM), Educational Management Information System (EMIS), Sistem Salahlaku dan Disiplin Murid (SSDM) dan Integrated Student Information System (ISIS). Penyeragaman  sistem-sistem berkenaan mengambil kira penyelarasan kod yang terkandung dalam Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
SPS mengandungi 22 modul pengurusan iaitu :
  • Pengurusan Maklumat Sekolah
  • Pengurusan Kemudahan SekolahPengurusan Takwim
  • Pengurusan Pentadbir Sistem
  • Pengurusan Staf
  • Pengurusan Murid
  • Pengurusan Sistem Rumah
  • Pengurusan Jadual Waktu
  • Pengurusan Asrama
  • Pengurusan Kehadiran
  • Pengurusan Kedatangan Murid
  • Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengurusan Buku Teks
  • Pengurusan Disiplin
  • Pengurusan Kurikulum
  • Pengurusan Kandungan
  • Pengurusan Program Nilam
  • Pengurusan Peperiksaan
  • Pengurusan Kokurikulum
  • Pengurusan Laporan
  • Pengurusan Utiliti
  • Pengurusan e-Cuti







Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More