Selasa, 27 November 2012

You Tube EDU


MDeC dengan kerjasama pihak Youtube telah menandatangani satu “Memorandum Of Understanding (MoU” pada 9 Oktober 2012 di Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa untuk berkolaborasi dalam platform “YouTube EDU”.
Sehubungan dengan itu, MDeC dan YouTube telah mengadakan satu sesi pengenalan “YouTube EDU” yang bertujuan untuk membolehkan pencipta kandungan pendidikan memasarkan dan mempromosikan kandungan pendidikan mereka di laman “YouTube EDU”.
Objektif utama taklimat ini ialah untuk berkongsi bagaimana “YouTube EDU” berfungsi sebagai satu platform yang dapat membawa pendidik dan pelajar bersama-sama untuk membangunkan kandungan-kandungan yang unggul.
Taklimat tersebut telah diadakan pada Bilik Rebung 1, Multimedia Development Corporation, Cyberjaya pada 20 November 2012. Antara yang hadir pada sesi taklimat tersebut adalah Ketua Jabatan, Netizen Life Long Learning, MDeC , YBhg. Datin Dr Norrizan Razali, dan Pegawai YouTube Asia Tenggara.
Pihak Youtube juga ada memberi bayaran sekitar USD 2.00 kepada bahan video yang diupload jika rating viewers mencapai lebih 1000 viewers. Maka, melalui MoU ini, MDec berharap agar kita dapat sama berkongsi bahan pendidikan yang bermutu bagi memenuhi kehendak pembelajaran maya pada masa kini.
Antara contoh YouTube EDU yang ditunjukkan ialah di http://www.youtube.com/user/hooplakidz

Jumaat, 9 November 2012

SENARAI SEMAK PELUASAN PENGGUNAAN FROG VLE

BTPN Perak sedang melaksanakan penilaian pelaksanaan peluasan Frog VLE bagi Sekolah Champion Negeri Perak. Mohon kerjasama Sekolah Champion agar mengisi Senarai Semak Peluasan Frog VLE Sekolah Champion secara dalam talian melalui portal rasmi BTPN Perak 


http://btpnperak.moe.edu.my > Laman Utama 


Status pengisian boleh dilihat melalui portal rasmi BTPN Perak 


http://btpnperak.moe.edu.my > Laman Utama > 1BestariNet > Senarai Semak 
Senarai Semak Peluasan Frog VLE Sekolah Champion ini boleh diisi oleh Pengetua/ Guru Besar atau Penolong Kanan/ Guru Kanan atau Admin Frog VLE atau mana-mana guru bagi pihak sekolah berkenaan. Sekolah bukan Champion juga perlu mengisi senarai semak ini.

KLIK SINI UNTUK MENGISI BAGI SEKOLAH CHAMPION 

KLIK SINI UNTUK MENGISI BAGI SEKOLAH BUKAN CHAMPION

TARIKH AKHIR PENGISIAN : 16 NOVEMBER 2012 

Rabu, 7 November 2012

KAJIAN LEASING (PAJAKAN) PERALATAN ICT DARIPADA PIHAK SWASTA

Bahagian Teknologi Pendidikan sedang menjalankan kajian leasing (pajakan/sewaan) peralatan ICT ke BTP/BHG KPM/BTPN/PTPB/PKG/JPN/PPD/SEKOLAH. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap perkhidmatan peralatan ICT secara sewaan. Hasil maklum balas ini akan menjadi input untuk menambah baik inisiatif memanfaatkan penggunaan ICT berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sehubungan itu, kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG SEKOLAH DAN PENGGUNA ICT BAHAGIAN B: PENGGUNAAN PERALATAN ICT BAHAGIAN C: ISU DAN CABARAN ICT BAHAGIAN D: INTERVENSI/TINDAKAN

RESPONDED:
1 ORANG GURU ICT
1 ORANG PENTADBIR

TARIKH PENGISIAN : 6 NOVEMBER - 16 NOVEMBER 2012

KLIK DISINI UNTUK MENJAWAB

Selasa, 4 September 2012

READ2012:PANDUAN PENYERTAAN


Langkah 1: Datftar Penyertaaan Anda!
-     Lawati laman sesawang www.readtogether.com.my untuk mendaftarkan penyertaan sekolah anda sebelum 30 September 2012.
-     JANGAN GUNAKAN ALAMAT P.O. Box. Jika sekolah anda tidak mempunyai alamat surat-menyurat, sila gunakan alamat anda Pusat Kegiatan Guru atau merujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri /Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri anda.
-     Scholastic akan menghantar Kit READ2012 Sekolah yang terdiri daripada penanda buku, poster, dan lain-lain kepada sekolah-sekolah yang mendaftar sebelum tarikh tutup atau, selepas kita telah mencapai 2,000 buah sekolah. Yang mana terdahulu.
-     Selepas 30 September 2012, sekolah masih boleh mendaftar untuk mengambil bahagian dalam READ2012 dan menerima 50 buku, tetapi mereka tidak akan menerima Kit Sekolah.
Lagkah 2: Hebahkan  Acara Itu Kepada Murid-Murid Sekolah Anda!
-     Edarkan bahan-bahan dalam Kit Sekolah kepada murid sekolah anda dan gantung poster di sekitar sekolah anda sekurang-kurangnya satu minggu sebelum 24 Oktober 2012 untuk memberitahu semua murid sekolah anda untuk membaca untuk acara tersebut.
-     Ingatkan murid sekolah anda  untuk membawa buku cerita pada 24 Oktober 2012 untuk dibaca pada masa acara tersebut berlangsung.
Langkah 3: Waktu Persembahan!
-     Pada 24 Oktober, sekolah perlu  menganjurkan sesi membaca di dalam kelas mereka selama 2012 saat (33.5 minit).
-     Anak-anak yang bersekolah dari peringkat pra-sekolah hingga ke sekolah menengah - boleh menyertai program pembacaan ini. Bergantung kepada keupayaan membaca mereka,  guru boleh mengatur teknik membaca – samaada membaca kuat atau berkongsi sesi membaca atau membenarkan mereka untuk membaca bahan-bahan pilihan mereka secara bebas.
Langkah  4: Selepas Upacara !
-  Hantar kepada kamu SEKEPING gambar foto  murid-murid  anda sedang membaca semasa program dilaksanakan.
-  Had maksima saiz gambar ialah 1MB.
-  Untuk muatnaik, layari www.readtogether.com.my dan klik pada punat Upload Photo
-  Scholastic akan menghantar 50 buah buku kepada sekolah anda apabila telah menerima gambar foto selepas  acara tersebut.

Selasa, 14 Ogos 2012

Program Ziarah Sempena Perayaan Hari Guru Daerah Kerian


Selasa,7 Ogos 2012 - Satu Program Ziarah Sempena Perayaan Hari Guru Daerah Kerian 2012 telah di adakan bagi membantu dan memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban dan kesusahan yang di alami oleh Guru-guru yang sakit serta keluarga bagi guru yang telah meninggal dunia. Program ini diketuai oleh Ketua Sektor Psikologi dan kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri Perak Pn.Khadijah Bt Mohd Shaari, Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, Pn.Ommi Kalsom Bt Mohamad dan Pegawai-pegawai PPD serta Pegawai Teknologi Pendidikan dan Juruteknik Komputer PKG Daerah Kerian yang turut sama bagi menjayakan Program Ziarah pada kali ini.

Program ini dimulakan dengan sedikit taklimat ringkas bagi memaklumkan kepada semua yang terlibat mengenai aturcara dan hal-hal yang berkaitan bagi melincinkan perjalanan program. Selepas selesai taklimat, Program Ziarah dimulakan dengan terus ke rumah Pn.Siti Sarah Bt Ani di Taman Seri Tenggara,Parit Buntar yang mengalami masalah kesihatan kanser.sedikit sumbangan telah diberikan kepada beliau dan doa agar beliau terus tabah dan diberikan kesihatan yang lebih baik.

Program ziarah diteruskan lagi ke rumah keluarga Allahyarham Ust.Hj Hassan Bin Husin di Taman Kerian,Parit Buntar. Tahlil ringkas telah diadakan dirumah keluarga Allahyarham dan sedikit sumbangan. Kemudian,diteruskan lagi ke rumah En.Saidi Bin Majid di Sg Dungun.En.Saidi mengalami masalah penyakit kencing manis yang kritikal sehingga beliau tidak dapat melihat serta lemah pada kedua-dua belah kaki.Doa dan sumbangan telah diberikan kepada beliau agar kesihatan beliau bertambah baik dan dapat meringankan sedkit beban bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Seterusnya,program diteruskan lagi ke rumah yang terakhir bagi program ini iaitu rumah En.Ismail Hajar Bin Abdul Rahman di Taman Serai Maju,Bagan Serai. Beliau juga mengalami masalah kesihatan yang serupa dengan En.Saidi. Matanya juga tidak boleh melihat dan lemah kedua belah kakinya. Diharap beliau terus tabah menjalani ujian dan dugaan yang telah diberikan oleh Allah, sesungguhnya setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya dan Allah jua lah yang lebih mengetahui. Doa dipohon dan sedikit sumbangan telah diberikan kepada beliau.

Program Ziarah telah berakhir di sini, dan diharapkan program seperti ini akan terus diadakan lagi bagi mengingati Guru-Guru yang uzur dan sakit yang telah banyak memberikan jasa kepada Agama,Bangsa dan Negara.Akhir kata, "Terima Kasih Cikgu" dan di doakan mereka semua terus tabah menjalani kehidupan yang mendatang.

Rabu, 8 Ogos 2012

Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR

Jumaat, 3 Ogos 2012 - Satu Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR telah diadakan dengan kerjasama Pengerusi Sekolah Kelompok 7 iaitu En.Mokhtar Bin Mat Piah,Guru Besar Sk Dato' Alaudin. Bengkel yang telah bermula pada 31 Julai 2012 - 3 Ogos 2012, Seramai 50 orang murid telah terlibat dalam bengkel ini.Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan teknik yang betul bagi menjawab soalan di dalam peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Semoga bengkel ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada semua pelajar yang terlibat dan didoakan semoga berjaya di dalam Peperiksaan nanti.
Photobucket

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More