Jumaat, 14 Oktober 2011

Karnival Jalur Lebar 1Malaysia 2011


KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA 2011 ANJURAN KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN (KPKK) DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) AKAN DIADAKAN DI 6 LOKASI IAITU PAHANG, PERAK, JOHOR, TERENGGANU, SARAWAK DAN SABAH BERMULA PADA OKTOBER 2011 SEHINGGA JANUARI 2012.
Pelbagai acara menarik menanti pengunjung karnival, antaranya pempamer terdiri daripada penyedia perkhidmatan jalur lebar, agensi Kerajaan Pusat dan Negeri serta pengeluar perkakasan dan perisian ICT . Selain itu, turut diadakan Pertandingan Konsol Guitar Hero , Pertandingan Konsol Nintendo Wii Sports , Cabaran Permainan Dalam Talian: Go Kart, Batu Seremban, Animasi Mania, Persembahan kesenian / artis.
Pelbagai hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi melalui aktiviti-aktiviti seperti pertandingan karaoke, pertandingan melukis, pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan persembahan badut yang pasti membuatkan pengunjung semua terhibur.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA.

KUNJUNGI KARNIVAL JALUR LEBAR 1MALAYSIA PADA 15 – 16 OKTOBER 2011 BERTEMPAT DI TAMAN TASIK TAIPING, PERAK.

Khamis, 13 Oktober 2011

KAJIAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL MBMMBI 2011

Photobucket

Kajian keberkesanan ini hendaklah di isi oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Malaysia Tahun 1 dan guru-guru English Language Year 1 tahun 2011. ( Semua guru yang mengajar BM& BI ,Jika di sekolah terdapat lebih daripada seorang guru yang mengajar subjek BM dan BI Tahun 1)


klik sini untuk mengisi

Khamis, 15 September 2011

SPPICTS Kali Ke 2/2011


Photobucket

Pengisian Data SPPICTS kali ke 2 telah bermula pada 14 sept - 08 okt 2011. Mohon kerjasama GPB dan Guru ICT sekolah untuk mengisi data tersebut.




Jumaat, 9 September 2011

Malaysia Merdeka

Layari Laman Kemerdekaan  Kali ke 54. Terdapat pelbagai info tentang sejarah kemerdekaan Negara Kita.
Photobucket

Selasa, 9 Ogos 2011

PROFILE SEKOLAH 2011

Mohon kerjasama pihak sekolah untuk mengisi Profile Sekolah 2011. Untuk makluman surat untuk pengisian Profile Sekolah 2011 telah di hantar ke sekolah pada 06.04.2011 no rujukan surat PKG.SMG.8872/1/JLD3(27). Profile Sekolah 2011 merupakan kutipan Data Sekolah bagi tahun 2011 yang di buat secara on-line. Berikut adalah sekolah yang telah mengisi Profile Sekolah:

  1. SK KAMPONG SELAMAT
  2. SJKC CHONG WAH
  3. SK SAMA GAGAH
  4. SK KAMPONG TUA
  5. SK GUNONG SEMANGGOL
  6. SK KAMPONG DEW
  7. SK BUKIT MERAH
Kepada sekolah yang telah mengisi, Pihak PKG ingin mengucapkan ribuan terima kasih. Bagi sekolah yang masih belum mengisi boleh berbuat demikian dengan kadar segera. Tarikh pengisian bermula pada 9 Ogos 2011 sehingga 29 Ogos 2011.



Muat Turun dahulu tatacara pengisian Profile Sekolah 2011 sebelum mula mengisi.
sebarang pertanyaan,sila hubungi PKG.

Jumaat, 5 Ogos 2011

BORANG LADAP EDUWEBTV

Kepada Semua Sekolah yang telah membuat LADAP EduWebTV di minta untuk menghantar laporan kepada PKG dengan kadar yang segera untuk Pihak BTPN perak membuat pelaporan. Borang Laporan tersebut boleh di muat turun disini.


Kerjasama pihak sekolah amatlah di harapkan dan di ucapkan ribuan terima kasih.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More