Jumaat, 23 Julai 2010
Jumaat, 25 Jun 2010
Jimat Sehingga RM 870 Dengan Ubuntu!!!
Hanya dengan melakukan satu perubahan sistem operasi (OS) yang anda gunakan kepada Ubuntu, kos pemilikan dapat dikurangkan dengan drastik sekali. Rujuk jadual di bawah dan lihatlah perbandingannya sendiri.
Ubuntu bukan sahaja membantu anda berjimat dengan hanya perisian malah juga perkakasan -- Ubuntu memerlukan sistem perkakasan rendah tidak memerlukan anda melakukan pertukaran perkakasan yang melibatkan kos yang tinggi. Bayangkan anda boleh menggunakan komputer lama tapi diberikan nafas baru!
Ya, Ubuntu tidak memerlukan anda membeli lesen tambahan seperti suit pejabat (office suit), bebas virus -- maknanya jimat lagi kos anti-virus, laju, stabil dan selamat.
Bukan itu sahaja, malah terdapat pelbagai perkara percuma lagi.
>Click Disini<
Sumber: jomlinux.com
Isnin, 21 Jun 2010
Pengisian Data ICT SPPICTS kali Ke-2
Rabu, 2 Jun 2010
Sekitar Kursus Baik Pulih Komputer Guru ICT

Kursus Baik Pulih Komputer untuk Guru ICT telah diadakan pada 26 Mei 2010 sehingga 27 Mei 2010 di dewan Kelisa PKG Gunung Semanggol.Seramai 18 orang Guru ICT Sekolah Kelompok PKG Gunung Semanggol dan dibantu oleh 4 orang Juruteknik Komputer Sekolah dan PKG.Tujuan kursus ini untuk memberi pendedahan asas baik pulih komputer kepada Guru ICT.
Sekitar Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Perak
Khamis, 29 April 2010
Soal Selidik Maklumat Pemasangan Kampus Astro
Di Maklumkan kepada semua sekolah kelompok PKG Gunung Semanggol untuk menghantar Borang Soal Selidik Maklumat Pemasangan Kampus Astro (L/UPIM) bagi sekolah yang telah memasang Kampus Astro dan berfungsi.Borang tersebut boleh di ambil (Download) pada blog ini.
- Pergi ke sidebar blog ini di sebelah kanan. Pada label Info PSS/Nilam dan Media. Click pada folder Kampus Astro.

- Cari Borang Maklumat dan Borang Rekod Penggunaan.

- Click pada borang tersebut dan satu paparan akan keluar. pilih tempat untuk menyimpan borang tersebut pada komputer dan click save.

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami di 05-8904163.





