Khamis, 25 Februari 2016

IMPORT MAKLUMAT MURID KE DALAM VLE

Dimaklumkan sistem 1BestariNet telah dipertingkatkan dengan pertambahan fungsi bagi pengemaskinian maklumat murid yang membolehkan setiap sekolah mengimport data murid terkini ke dalam VLE daripada pangkalan data APDM. 

Pentadbir VLE di sekolah kini dapat mengimport maklumat murid ke dalam VLE secara pukal melalui fungsi import yang terdapat di dalam aplikasi ‘Users’. Dengan pertambahan fungsi ini, proses import maklumat murid ke dalam VLE dapat dilakukan sendiri oleh Pentadbir VLE di setiap sekolah dengan menggunakan data murid yang diinput di peringkat sekolah masing-masing. 

Proses ini membolehkan: 
  1.  Pengemaskinian dilakukan untuk semua kelas dan murid di sekolah terbabit.
  2.  Pertambahan maklumat semua murid baru  
  3.  Pengemaskinian tingkatan/ kelas murid, dan Pembetulan sebarang kesilapan data atau maklumat yang tidak lengkap untuk murid tersebut. 
 Jika pihak sekolah mempunyai sebarang pertanyaan ataupun menghadapi sebarang masalah berkaitan dengan proses import maklumat murid ini, sila hubungi meja bantuan 1BestariNet di nombor talian atau emel yang tertera di bawah. Terima Kasih. 
Email: moesupport@ytlcomms.my 
No. Telefon:  018-7998787 
 Waktu Operasi:  Isnin – Jumaat (termasuk Cuti Awam) 7am-10pm

Tatacara pelaksanaan proses import maklumat murid boleh muat turun di sini. Pihak sekolah dinasihatkan untuk meneliti dan memahami panduan yang telah disediakan ini terlebih dahulu, sebelum melaksanakan proses import di sekolah masing-masing. 

Jumaat, 29 Januari 2016

EDARAN PERISIAN MICROSOFT PROFESSIONAL PLUS 2016 (32 BIT DAN 64 BIT) DAN WINDOWS PRO 8.1 PRO UPGRADE (32 BIT DAN 64 BIT)




EDARAN PERISIAN MICROSOFT PROFESSIONAL PLUS 2016 (32 BIT DAN 64 BIT) DAN WINDOWS PRO 8.1 PRO UPGRADE (32 BIT DAN 64 BIT) DI BAWAH PROGRAM EDUCATION ALLIANCE AGREEMENT (EAA) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2.      Sukacita dimaklumkan Bahagian Pengurusan Maklumat KPM telah mengedarkan DVD Microsoft Professional Plus 2016 (32 Bit Dan 64 Bit) dan Windows Pro 8.1 Pro Upgrade (32 Bit dan 64 Bit) di bawah program Education Alliance Agreement (Eaa) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kegunaan pihak sekolah.

3.     Untuk makluman, DVD perisian diedarkan ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk kegunaan sekolah. Oleh itu, tuan boleh menghubungi PKG masing-masing untuk mendapatkan salinan perisian tersebut.

4.      Bersama ini dilampirkan surat siaran daripada Bahagian Pengurusan Maklumat KPM, KPM.SP.100/3/17(4) bertarikh 23 Disember 2015 untuk makluman pihak tuan.

5.      Segala perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian.

SURAT SIARAN

Selasa, 12 Januari 2016

Sokongan Untuk Windows 8 Akan Berakhir Minggu Ini – Naik-Taraf Kepada Windows 8.1 Atau Windows 10

Microsoft sering menawarkan tempoh masa sokongan yang sangat lama untuk sistem operasi Windows mereka. Walaubagaimanapun, untuk Windows 8, ia sedikit berbeza. Perkara ini adalah kerana Windows 8.1 diposisikan sebagai Service Pack untuk Windows 8, sekaligus membuatkan sokongan untuk Windows 8 akan berakhir pada minggu ini.
Windows 8
Kemaskini patch terakhir untuk Windows 8 akan diperkenalkan pada minggu ini melalui Windows Update, dan selepas itu tiada sebarang kemaskini akan ditawarkan kepada pengguna sistem operasi berkenaan sekaligus menjadikan mereka yang masih menggunakannya terdedah kepada pelbagai ancaman sekuriti.
Untuk mengelak daripada perkara tidak diingini berlaku, pengguna boleh naik-taraf sistem operasi mereka kepada Windows 8.1 atau Windows 10 secara percuma.
Jika anda masih menggunakan Windows 8, kami mengalakkan anda menaik-taraf kepada Windows 10 sementara tempoh percuma yang ditawarkan oleh Microsoft masih tidak berakhir.

Sumber Rujukan: AMANZ

Rabu, 4 November 2015

KAJIAN PENGGUNAAN FROG VLE MURID TAHUN EMPAT SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Untuk makluman pihak sekolah, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan rangkaian sedang melaksanakan kajian penggunaan frog VLE murid tahun empat sekolah-sekolah KPM. Sehubungan dengan itu, mohon pihak tuan/puan untuk melaksanakan kajian tersebut kepada murid tahun empat.

Kajian ini dilaksanakan secara atas talian melalui alamat berikut :
KAJIAN PENGGUNAAN FROG VLE MURID TAHUN EMPAT SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Tarikh akhir pengisian ialah pada atau sebelum 20 November 2015 (Jumaat). Negeri Perak mensasarkan semua murid tahun 4 melaksanakan kajian ini. Segala kerjasama dari pihak tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi Pegawai di talian 05-8904163.

Rabu, 9 September 2015

Bagaimana Menggunakan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Sebagai Tugasan

 


Jumaat, 4 September 2015

Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Frog VLE, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet.
Frog adalah ringkas, mudah digunakan dan direka untuk membawa dunia pengajaran ke satu tahap baru. Beri tugasan dan ikuti kerja-kerja dan markah pelajar, hasilkan sumber pengajaran, beri maklum balas kepada pelajar dan gunakan forum untuk menggalakkan pelajar berbincang dan berkongsi pandangan. Rancanglah masa anda dengan lebih baik dengan menggunakan kalendar, yang membolehkan anda melihat, membuat, menyertai atau memasukkan acara. Maksimumkan masa dan mulalah merancang dengan kalendar, buatlah kerja dan ikuti perkembangan markah pada setiap masa, di mana jua, peribadikan laman utama anda, muat naik dan simpan fail-fail di dalam Frog, dan berkomunikasi atau kongsikanlah idea-idea anda dengan rakan sekelas atau guru melalui forum. Ikuti perkembangan acara sekolah, laporan PIBG dan notis sekolah dengan menggunakan kalendar dan papan notis sekolah, temui semua butiran perhubungan yang anda perlukan di halaman Contact School dan muat turun borang kebenaran dan dokumen-dokumen penting lain mengikut keselesaan anda.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More