Jumaat, 1 April 2011

Pengisian Data ICT (SPPICTS)

Photobucket

Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa kutipan data dan Pemantauan Penggunaan Inisiatif ICT sekolah (SPPICTS) secara online telah bermula pada 27 Mac 2011 Hingga 16 April 2011. Lapan medan inisiatif ICT yang dikenal pasti untuk dipantau dan dinilai pada tahun ini adalah seperti berikut:
    1. Capaian Internet
    2. Pusat Akses Sekolah
    3. Makmal Komputer
    4. EduWebTV
    5. Peralatan PPSMI
    6. Perisian Kursus Pendidikan
    7. ICT dalam pengurusan dan pentadbiran
    8. Perkongsian Pintar
Diharap pihak sekolah, dapat mengemaskini dan melengkapkan data tersebut melalui URL:http://ssqs.moe.edu.my atau http://pnp.moe.edu.my


Khamis, 10 Mac 2011

SKT UNTUK GURU PENYELARAS MEDIA

Photobucket

Sasaran Kerja Tahunan untuk Guru Penyelaras Media Sekolah. Sila muat turun untuk makluman lanjut.

Klik Di Sini Untuk Muat Turun

Jumaat, 4 Mac 2011

KAJIAN KEBERKESANAN PENGURUSAN PROGRAM NILAM MELALAUI SISTEM i-Nilam

Photobucket

Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang membuat kajian maklum balas terhadap keberkesanan pengurusan program nilam melalui i-nilam yang mula di laksanakan pada tahun 2010.
Mohon kerjasama GPM atau Guru PSS sekolah untuk mengisi soal selidik ini secara atas talian (on-line).
Maklum balas daripada GPM atau Guru PSS amat penting dalam membantu usaha untuk menambah baik pengurusan program bacaan ini.Tarikh akhir bagi mengisi soal selidik tersebut adalah 
pada 18 Mac 2011(Jumaat)

Selasa, 1 Mac 2011

TM HOT-LINE

Photobucket

Talian Hotline TM untuk dihubungi, jika sekolah mengalami masalah talian internet.

Isnin, 7 Februari 2011

Pelan Tindakan Pengurusan PSS Sekolah

Photobucket

Pelan Tindakan Pengurusan PSS Sekolah untuk GPM Tahun 2011.
GPM boleh muat turun Pelan ini untuk makluman dan tindakan.

Rabu, 2 Februari 2011

Google Chrome Extension

Photobucket

Sesuatu untuk menambah 'perisa' Google Chrome. Google Chrome Extension diperkenalkan oleh Google untuk orang ramai menempatkan fungsi atau sambungan ke laman web kegemaran dengan mudah pada pelayar web ini.

Bayangkan anda seseorang yang mahu sentiasa berhubung dengan laman sosial. Menerusi sambungan Facebook untuk Google Chrome, anda boleh melihat mengemaskini dan menulis status laman Facebook anda tanpa meninggalkan muka web sedang anda buka. hanya klik pada ikon sambungan atau extension Facebook bersebelahan dengan butang Tools dan anda boleh log masuk dan mengakses kandungan di dalamnya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More