Rabu, 2 Februari 2011

Google Chrome Extension

Photobucket

Sesuatu untuk menambah 'perisa' Google Chrome. Google Chrome Extension diperkenalkan oleh Google untuk orang ramai menempatkan fungsi atau sambungan ke laman web kegemaran dengan mudah pada pelayar web ini.

Bayangkan anda seseorang yang mahu sentiasa berhubung dengan laman sosial. Menerusi sambungan Facebook untuk Google Chrome, anda boleh melihat mengemaskini dan menulis status laman Facebook anda tanpa meninggalkan muka web sedang anda buka. hanya klik pada ikon sambungan atau extension Facebook bersebelahan dengan butang Tools dan anda boleh log masuk dan mengakses kandungan di dalamnya.

Rabu, 5 Januari 2011

Kaspersky Key 2011

Photobucket

Kaspersky Key 2011 boleh dimuat turun di Portal Rasmi PKG Gunung Semanggol.

Photobucket


Isnin, 3 Januari 2011

Portal Rasmi Baru PKG Gunung Semanggol

Photobucket

Alhamdulilah, Portal Rasmi PKG Gunung Semanggol yang baru telah mula beroperasi pada 1 Januari 2011. Pihak PKG ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sekolah kelompok kerana telah memberi kerjasama yang baik terhadap blog ini. Semoga dengan adanya portal yang baru pihak kami akan memberikan info-info yang terkini dan terbaik untuk warga pendidik.

Isnin, 15 November 2010

Laman Mikro MBMMBI

Laman Portal MBMMBI yang dibangunkan oleh KPM untuk info lebih lanjut perlaksanaan MBMMBI pada Tahun 2011.

Khamis, 11 November 2010

Portal Keselamatan ICT Sektor Awam

Portal Keselamatan ICT yang dibangunkan oleh MAMPU memberi pelbagai info mengenai Keselamatan ICT yang sangat penting untuk Kakitangan Awan.

Rabu, 13 Oktober 2010

Kajian Kepuasan Pengguna Schoolnet

Satu kajian perlu dilaksanakan bagi menilai kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan SchoolNet bagi capaian internet yang telah dibekalkan ke sekolah. kajian tersebut perlu dilaksanakan secara atas talian dan boleh dicapai pada alamat http://goo.gl/herU atau http://bit.ly/9HOaKH
Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT sekolah untuk mengisi borang tersebut pada atau sebelum 14 OKT 2010. Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai kami di 05-8904163.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More