Rabu, 9 Disember 2009

Windows 7??


Apa itu Windows 7? adakah ia sama dengan Windows vista?
mari sama-sama kita lihat tentang Windows 7 ini yang tengah heboh dikatakan ketika ini dalam dunia IT...

Windows 7 (asalnya di kenali dengan nama Blackcomb, dan kemudian Vienna) ialah versi terkini sistem pengendalian Microsoft Windows untuk kegunaan Komputer peribadi, tak kira di rumah mahupun di pejabat, sama ada komputer meja, riba, netbook, tablet ataupun pusat media. Windows 7 mula dikeluarkan kepada pengilang komputer pada 22 Julai 2009, dan mula dijual kepada awam pada 22 Oktober 2009, tidak sampai tiga tahun selepas keluaran versi terdahulunya Windows Vista.

Ciri-ciri baru dan berubah

Berbeza dengan Vista yang memperkenalkan banyak ciri baru, Windows 7 dirancang supaya menjadi tatar yang terfokus dan kecilan kepada barisan Windows, dengan matlamat keserasian penuh dengan perisian dan perkakasan yang sudah serasi dengan Windows Vista. Pembentangan yang diberikan Microsoft pada 2008 memfokuskan pada sokongan multi-sentuhan, rekaan terkini Windows Shell dengan palang tugas baru, sistem perangkaian rumah dipanggil HomeGroup, dan peningkatan prestasi. Beberapa aplikasi yang sudah diterapkan dalam versi lepas Microsoft Windows, termasuk Windows Calendar, Windows mail, Windows movie maker dan Windows photo gallery, tidak akan dimasukkan dalam Windows 7 sebaliknya sesetengahnya akan ditawarkan berasingan sebagai sebahagian daripada suit percuma Windows Live Essentials.


Windows 7 menampilkan sebilangan ciri-ciri baru seperti kemajuan pengecaman tulisan tangan maya, peningkatan prestasi pemproses berbilang teras, mengebut, Direct Acsess.. Windows 7 turut menambah sokongan untuk sistem-sistem yang menggunakan berbilang kad grafik yang berlainan dari pelbagai vendor (Heterogeneous Multi-adapter), termasuk sekali versi baru Windows Media Center serta Gadgetnya,peningkatan ciri-ciri media, XPS Essentials Pack dan Windows PowerShell, dan kalkulator baru dengan keupayaan berbilang baris termasuk mod-mod Programmer dan Statistics serta tukaran unit ukuran. Banyak lagi item baru telah diterapkan ke dalam Control Panel, termasuk Clear Type Text Tuner, Display Color Calibration Wizard, Gadgets, Recovery, Troubleshooting, Workspaces Center, Location and Other Sensors, Credential Manager, Biometric Devices, System Icons, dan Display. Windows Security Center dinamakan semula sebagai Windows Action Center yang meliputi keselamatan dan penyelenggaraan komputer.

Seting asalan User Account Controller dalam Windows 7 dikritik kerana membolehkan perisian yang tidak dipercayai dilancarkan dengan dinaikkan keistimewaannya dengan mengeksploitasi perisian yang dipercayai. Jurutera Microsoft Windows Mark Russinovich memperakui masalah tersebut, tetapi mengingatkan bahawa adanya kerentanan lain yang tidak bergantung pada seting baru ini. Windows 7 juga menyokong paparan imej seakan Mac dengan menambah dekoder imej boleh WIC, yang membolehkan paparan lakaran imej, prebiu dan metadata imej mentah di Windows Explorer, di samping paparan saiz penuh dan persembahan slaid di Windows Photo Viewer dan Window Media Center.

Ciri-ciri yang digugurkan

Sebilangan kebolehan dan program tertentu yang pernah melengkapi Windows Vista sudah tiada lagi atau diubah, menyebabkan tiadanya fungsi-fungsi yang tertentu. Beberapa ciri-ciri dan komponen Windows Vista yang dikenali telah digantikan atau digugurkan dari Windows 7, antara muka pengguna Start Menu yang klasik,Windows Ultimate Extras,Inkball, dan Windows Calendar. Empat aplikasi yang diberkas dalam Windows Vistam iaitu Windows Photo Gallery, Windows Movie Maker, Windows Callendar dan Windows Mail, juga tidak diterapkan dalam Windows 7, sebaliknya boleh dimuat turun secara percuma dalam pakej berasingan yang bernama Windows Live Essentials.

Selasa, 17 November 2009

Bengkel Penggunaan Kamera dalam P&P

Pada 10 Nov 2009 yang lalu, PKG Gunung Semanggol telah mengadakan Bengkel Penggunaan Kamera Dalam P&P untuk Juruteknik Komputer sekolah dan PKG Daerah Kerian. Seramai 15 orang Juruteknik Komputer yang telibat.Bengkel ini telah diadakan selama 3 hari bermula dari
10 -12 Nov 2009.


Di sepanjang bengkel berlangsung, semua juruteknik komputer telah di dedahkan dengan Teknik Penggambaran Video yang di sampaikan oleh En.Zamhuri B. Tasir dari Unit Media BTPN Perak, serta di ajar bagaimana untuk menggunakan Kamera Pegun/Still Camera dengan cara yang betul yang telah di Sampaikan oleh En Aspiyah Mahyus b. Ismail dari PKG Kuala Kurau. Terima Kasih diucapkan kepada penceramah yang hebat dan cemerlang di atas tunjuk ajar yang diberikan..

Di akhir Bengkel tesebut, semua Juruteknik Komputer telah di beri kumpulan dan tugasan untuk menghasilkan sebuah Video Klip Pendek selama 5 minit. semua kumpulan telah berjaya menghasilkan klip video tersebut dengan jayanya. Semoga dengan berakhirnya kursus ini,semua Juruteknik komputer di Daerah kerian dapat menggunakan kamera dengan cara yang betul dan dapat membantu pihak sekolah menghasilkan video klip yang bermutu..

Selasa, 3 November 2009

EDUWEBTV



"Pendidikan Digital Untuk Semua"
Sudahkah anda mendaftar?
Daftarlah Sekarang!!!
click sini <-


Isnin, 2 November 2009

Tip Penjagaan Komputer Riba (Laptop)



1. Bateri
  • Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
  • Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
2. Papan Kekunci
  • Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuk habuk.
  • Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlhan-lahan. jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
  • Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
3. Skrin LCD
  • Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan screen saver.
  • Power management setkan pada 'Turn Off monitor in...minutes'.
  • Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
  • Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.
4. Haba Panas
  • Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.
  • Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
5. Surge Protector
  • Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
  • Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba.
  • Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply)
6. Port
  • Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
  • Gunakan berus atau berus gigi lama.
  • Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Khamis, 8 Oktober 2009

15 Perkara Yang Menyebabkan Bala

Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

  • Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.
  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
  • Zakat dijadikan hutang.
  • Suami turut kehendak isteri.
  • Anak derhaka kepada ibunya.
  • Anak suka berbaik-baik dengan kawan.
  • Anak suka menjauhkan diri daripada bapanya.
  • Suara ditinggikan di dalam masjid.
  • Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.
  • Seseorang dimuliakn kerana ditakuti kejahatannya.
  • Arak diminum di merata tempat.
  • Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.
  • Artis jadi pujaan.
  • Muzik banyak dimainkan.
  • Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW.
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan di ubah menjadi makhluk yang lain. (Hadis Tarmizi)

Isnin, 5 Oktober 2009

Peringatan Dari Yang Maha Kuasa

Salam.. memang menyedihkan mengenai gempa bumi yang berlaku di negara jiran kita Indonesia.Ratusan orang terbunuh dan beribu yang lain masih hilang tertimbus di dalam runtuhan.
Kita rakyat Malaysia harus bersyukur kerana hanya mengalami gegaran kecil tanpa melibatkan kehilangan nyawa..apa yang berlaku ini pasti ada hikmahnya..inilah peringatan yang di tunjukan oleh Allah terhadap hambanya bahawa DIA lah yang maha Besar dan maha Berkuasa di bumi yang sudah tua ini.Marilah kita ambil iktibar dari apa yang berlaku, janganlah kita leka dan lalai di dunia yang hanya sementara ini.kepada rakyat Indonesia bersabarlah dan pada rakyat Malaysia marilah sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan dengan menderma pada Tabung-tabung yang telah ditubuhkan oleh pihak kerajaan dan swasta..marilah kita berdoa agar negara Malaysia ini terus di berikan rahmat oleh Allah.. amin.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More